SAHABAT ADALAH SEORANG YANG SETIAKAWAN, BOLEH MEMBANTU APABILA KITA BERADA DI DALAM KESUSAHAN.
SAHABAT JUGA MAMPU MEREDAKAN KESEDIHAN, MENGHILANGKAN KEBIMBANGAN DAN SANGGUP BERJUANG DEMI KEBAIKAN KITA. SAHABAT ADALAH ORANG YANG MAMPU MENYIMPAN RAHSIA DAN KEAIBAN KITA. MEREKA AKAN SENTIASA MELINDUNGI KITA.
SEJAK KEBELAKANGAN INI KITA DAPAT SAKSIKAN ADA DALAM KALANGAN MEREKA YANG SANGGUP UNTUK MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG TIDAK SEPATUTNYA DILAKUKAN OLEH SEORANG SAHABAT YANG SEJATI.
ANTARANYA MENIPU, MENGAIBKAN HAL PERIBADI SAHABAT KARIBNYA, MENJATUHKAN MARUAH DAN PELBAGAI LAGI SEHINGGA ADA YANG SANGGUP PECAH AMANAH TERHADAP SAHABATNYA ITU.
BETAPA PENTINGNYA MEMILIH SAHABAT YANG BAIK SEHINGGAKAN BAGINDA RASULULLAH MENYEBUT DI DALAM HADISNYA: SEORANG MUKMIN ITU CERMIN BAGI MUKMIN LAINNYA, DAN SEORANG MUKMIN ITU SAUDARA BAGI MUKMIN LAINNYA; IA MEMBANTUNYA SAAT KESULITAN SERTA MENJAGANYA (MEMBELANYA) DARI BELAKANG - [HR ABU DAUD 4272].
DALAM ISLAM, BEBERAPA FAKTOR DALAM MEMILIH KAWAN AMAT DITITIK-BERATKAN. HUBUNGAN PERSAHABATAN ADALAH HUBUNGAN YANG SANGAT MULIA, KERANA KAWAN ATAU SAHABAT BERPERANAN DALAM MEMBENTUK PERSONALITI INDIVIDU.
ADA KAWAN YANG SANGGUP BERSUSAH-PAYAH DAN BERKONGSI DUKA BERSAMA KITA, DAN TIDAK KURANG JUGA KAWAN YANG NAMPAK MUKA SEMASA SENANG DAN HANYA SANGGUP BERKONGSI KEGEMBIRAAN SAHAJA.
TERDAPAT AYAT YANG MENGISYARATKAN MENGENAI PERANAN DAN PENGARUH KAWAN, ANTARANYA FIRMAN ALLAH DIDALAM SURAH AT-TAUBAH AYAT 119. MAKNANYA: WAHAI ORANG YANG BERIMAN! BERTAKWALAH DAN HENDAKLAH KAMU BERSAMA-SAMA ORANG YANG BERSIFAT BENAR.
PENDEK KATA SAHABAT BOLEH MENENTUKAN CORAK HIDUP KITA. JUSTERU, JIKA SALAH PILIH SAHABAT KITA AKAN MERANA DAN MENERIMA PADAHNYA. SELARI DENGAN HADIS RASULULLAH YANG BERMAKSUD: “SESEORANG ITU AKAN MENGIKUT AGAMA TEMANNYA, OLEH ITU HENDAKLAH SESEORANG ITU MENELITI SIAPA YANG MENJADI TEMANNYA.” - [HR TARMIZI 2300].
DALAM HADIS YANG LAIN PULA: DIUMPAMAKAN RAKAN YANG SOLEH DAN RAKAN YANG JAHAT IALAH SEPERTI (BERKAWAN) DENGAN PENJUAL MINYAK WANGI DAN TUKANG BESI. PENJUAL MINYAK WANGI TIDAK AKAN MENSIA-SIAKAN ANDA, SAMA ADA ANDA MEMBELINYA ATAU HANYA MENDAPAT BAU HARUMANNYA. TUKANG BESI PULA BOLEH MENYEBABKAN BAJU ANDA BERLUBANG, ATAU MENDAPAT BAU BUSUK. - [HR BUKHARI 5108].
OLEH KERANA ITU PEMILIHAN SAHABAT DUNIA AKHIRAT SANGATLAH PENTING KERANA MEREKA YANG AKAN SENTIASA MENDORONG KITA KE ARAH KEBAIKAN. JIKA TERSALAH MEMILIH SAHABAT MAKA BINASALAH SESEORANG ITU.