SEPERTI YANG SEDIA MAKLUM, AKHLAK DAN SIKAP NABI KETIKA KECIL YANG TIDAK PERNAH BERBOHONG MENYEBABKAN BAGINDA DIGELAR AL-AMIN. KEBANYAKAN PERISTIWA NABI MUHAMMAD S.A.W SEMASA KECIL MENGAMBARKAN BAHAWA BAGINDA DIJAGA KESUCIANNYA OLEH ALLAH DARI SETIAP ASPEK. OLEH YANG DEMIKIAN ITU, DIANTARA KISAH YANG BOLEH DIAMBIL IBRAH KETIKA BAGINDA MASIH KECIL ADALAH KISAH PEMBEDAHAN DADA BAGINDA.
PERISTIWA PEMBEDAHAN DADA RASULULLAH SEMASA BAGINDA TINGGAL BERSAMA HALIMAH AL SA’DIYYAH MERUPAKAN SALAH SATU TANDA KENABIAN DAN TANDA PEMILIHAN TUHAN TERHADAPNYA UNTUK SESUATU YANG MULIA.
PERISTIWA INI TELAH DIPERIHALKAN DENGAN BETUL DAN BENAR MELALUI BEBERAPA ORANG SAHABAT. ANTARANYA ANAS BIN MALIK (RADIYALLAHU’ANH) PERIHALNYA TERDAPAT DALAM KITAB HADITH MUSLIM YANG BERMAKSUD:
'SESUNGGUHNYA RASULULLAH SAW TELAH DIDATANGI JIBRIL KETIKA BAGINDA SEDANG BERMAIN-MAIN DENGAN SEKUMPULAN KANAK-KANAK. JIBRIL A.S TELAH MEREBAHKAN DAN MEMBELAH BETUL-BETUL DI TEMPAT LETAKNYA HATI DAN MENGELUARKANNYA KEMUDIAN DIKELUARKAN SEKETUL DARAH SAMBIL BERKATA, INILAH SASARAN SYAITAN KE HATI ENGKAU. SELEPAS ITU DIBASUHNYA DI DALAM TAS DAN EMAS DENGAN AIR ZAM-ZAM BARULAH DIMASUKKAN SEMULA KE TEMPAT ASALNYA DAN KANAK-KANAK YANG LAIN BERKEJARAN MENEMUI IBU PENYUSUNYA HALIMAH, SAMBIL MELAUNG-LAUNG, MUHAMMAD TELAH DIBUNUH DAN MEREKA SEMUA MELURU KE ARAH NABI MUHAMMAD DAN DIDAPATI BAGINDA PUCAT LESU.'
HIKMAH ALLAH YANG JELAS DI SINI IALAH MENGILKLAN DAN MENGISYTIHARKAN KERASULAN BAGINDA DAN MENJADIKANNYA MA’SUM DAN MEMPERSIAPKAN BAGINDA UNTUK MENERIMA WAHYU DARI KECIL LAGI DENGAN CARA YANG BOLEH DILIHAT DENGAN MATA KASAR KERANA DENGAN JALAN INI MEMBAWA ORANG PERCAYA DAN BERIMAN DENGAN RISALAH PENGUTUSANNYA DENGAN MUDAH.
PEMBEDAHAN TADI ADALAH PEMBERSIHAN ROHANI DENGAN SUATU CARA YANG BOLEH DINAMPAKKAN OLEH PANCAINDERA SUPAYA INI MENJADI CANANG ILAHI KEPADA MANUSIA SELURUHNYA DENGAN BOLEH DILIHAT DAN DIDENGAR.
DIANTARA KISAH LAIN YANG BOLEH DIAMBIL IBRAH ADALAH KISAH PERTEMUAN DENGAN BUHAIRA IAITU SEORANG YANG BIJAK MENGENAI KITAB INJIL DAN AGAMA NASRANI (KRISTIAN) KETIKA BAGINDA BERUSIA 12 TAHUN BERSAMA BAPA SAUDARANYA ABU TALIB PERGI KE SYAM(SYRIA).
CERITA RINGKAS TENTANG PELIHARAAN ALLAH KE ATAS DIRI NABI MUHAMMAD DARI ANASIR JAHAT DAN DUGAAN SEJAK KECIL HINGGA DEWASA MEMBUKTIKAN KEPADA KITA DUA FAKTOR YANG PENTING:
1. NABI MUHAMMAD S.A.W TETAP SEORANG MANUSIA BIASA YANG MEMPUNYAI SIFAT-SIFAT DAN NALURI TERDAPAT PADA MANUSIA LAIN. IANYA TETAP SEBAGAI SEORANG PEMUDA YANG PENUH DENGAN JIWA, PERASAAN; GEMARKAN KEPADA KESENANGAN, HIBURAN, BERSUKA RIA DAN SEBAGAINYA.
2. ALLAH S.W.T TELAH MEMELIHARA DAN MEMA’SUMKANNYA DAN MELAKUKAN KEKEJIAN DAN SESUATU YANG TIDAK SEPATUTNYA DILAKUKAN OLEH SESEORANG PENDA’WAH. ANDAI KATA DI SANA TIDAK ADA PEMELIHARAAN DAN PEMA’SUMAN NAMUN DEMIKIAN NABI MUHAMMAD SAW TETAP TIDAK AKAN MENJUNAMKAN DIRINYA KE DALAM LUBUK KEKEJIAN KERANA SUARA BATIN DAN LAUNGAN HATI SANUBARINYA MEMBERI AMARAN SERTA ISYARAT SEBAGAI SEORANG YANG TELAH DISEDIAKAN OLEH TAKDIR UNTUK MENYEMPURNAKAN AKHLAK DAN BUDI PEKERTI SERTA MENDIRIKAN ASAS SYARI’AT ISLAMIYYAH DAN TIDAK SEHARUSNYA MELAKUKAN PERKARA YANG TIDAK SENONOH SERTA KEJI.
KEDUA FAKTOR YANG DISEBUTKAN TADI MENUNJUKKAN KEPADA KITA YANG RASULULLAH MEMANG MENDAPAT BIMBINGAN ILAHI SECARA TERUS-MENERUS SEDANGKAN MEREKA YANG DI SEKELILINGNYA TETAP DIBAWA ARUS BIAH (KEADAAN). TIDAK HAIRANLAH MENGAPA RASULULLAH SAW BOLEH MELANCARKAN BAHTERA REMAJANYA DI TENGAH GELOMBANG JAHILIYYAH YANG PANAS DAN SERBA BENGIS ITU.
KESEMUANYA INI MEMPERLIHATKAN KEPADA KITA TANDA KENABIAN YANG DISEDIAKAN DEMI UNTUK MEMIKUL BEBANAN TANGGUNGJAWAB. KENABIAN JUGA TIDAK KURANG PERANAN BUAT MEMBENTUK ASAS PERTAMA KE ARAH PERIBADI, KECENDERUNGAN JIWA, FIKIRAN DAN CARA-CARA MENGHADAPI HIDUP.
AKAN BERSAMBUNG...
LINK KISAH RASULULULLAH SIRI 1 : HTTPS://BIT.LY/3LZAA2A