TUAN GURU BABA AZHARI GULAU ḥāFIẓAHULLāH (BERUMUR 82 TAHUN), MERUPAKAN ANTARA ULAMAʼ YANG TELAH BERKAHWIN LAMBAT KERANA MUJAHADAH DALAM MENUNTUT ILMU. BELIAU HANYA BERNIKAH PADA UMUR 42 TAHUN.
PADA TAHUN 1975, BELIAU TELAH PERGI KE MAKKAH KETIKA BERUSIA 30-AN DENGAN KAPAL LAUT. SEBELUM ITU, BELIAU MENUNTUT ILMU DENGAN GURU MUDA DI PASIR TUMBUH (KELANTAN). KEMUDIAN, BELAJAR DENGAN GURU TUA DI PASIR PUTIH (KELANTAN).
BABA AZHARI HAFIZHAHULLAH TELAH MENUNTUT ILMU SELAMA 14 TAHUN DI MAKKAH. SEBELUM BELIAU KE SANA, ANTARA GURUNYA IALAH MAULANA LAMBAK ḥāFIẓAHULLāH (TERENGGANU). BABA AZHARI BERPESAN SUPAYA JANGAN TINGGALKAN EMPAT (4) AMALAN INI PADA SETIAP HARI:
1. AMALKAN BASMALAH DALAM SETIAP PERKARA,
بسم الله الرحمن الرحيم
• FAEDAH AMALAN INI: JAUH DARIPADA DITELAN OLEH BUMI, JAUH DARIPADA BERUBAH WAJAH KETIKA DIBANGKITKAN DI PADANG MAHSYAR DAN BANYAK LAGI.
2. AMALKAN DOA NABI YUNUS 'ALAIHISSALāM SEPERTI YANG TERSEBUT DI DALAM SURAH AL-ANBIYAʼ PADA AYAT 87,
لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَٰنَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ ٱلظَّلِمِين
MAKSUDNYA: "SESUNGGUHNYA TIADA TUHAN (YANG DAPAT MENOLONG) MELAINKAN ENGKAU (YA ALLAH)! MAHA SUCI ENGKAU (DARIPADA MELAKUKAN ANIAYA, TOLONGKANLAH DAKU)! SESUNGGUHNYA AKU ADALAH DARI ORANG-ORANG YANG MENGANIAYA DIRI SENDIRI."
• FAEDAH AMALAN INI: IKAN YANG MENELAN NABI YUNUS 'ALAIHISSALāM TELAH MENGELUARKAN BAGINDA DENGAN SELAMAT KE TEBING PANTAI. INI SEPERTI YANG TERSEBUT PADA AYAT YANG BERIKUTNYA DI DALAM SURAH AL-ANBIYAʼ BAHAWA,
فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُۥ وَنَجَّيۡنَٰهُ مِنَ ٱلۡغَمِّ وَكَذَٰلِكَ نُـۨجِي ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
MAKSUDNYA: "MAKA, KAMI KABULKAN PERMOHONAN DOANYA, DAN KAMI SELAMATKAN DIA DARI KESUSAHAN YANG MENYELUBUNGINYA; DAN SEBAGAIMANA KAMI MENYELAMATKANNYA KAMI AKAN SELAMATKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN (KETIKA MEREKA MERAYU KEPADA KAMI)."
3. AMALKAN HAUQALAH PADA SETIAP HARI,
لا حول ولا قوة الا بالله
• FAEDAH AMALAN INI: TERLEPAS DARIPADA KESULITAN, BABA AZHARI SENDIRI MENCERITAKAN PENGALAMANNYA BAHAWA BELIAU PERNAH TERSELAMAT DARIPADA KENA TANGKAP DAN DIMASUKKAN KE DALAM PENJARA SEMASA DI MAKKAH.
BABA AZHARI ḥāFIẓAHULLāH JUGA TELAH MENYEBUTKAN KISAH YANG BERLAKU KE ATAS SALAH SEORANG SAHABAT SAYYIDUNA RASULULLAH ﷺ. BELIAU IALAH SEORANG BUDAK MUDA YANG BERNAMA, SAYYIDUNA SALIM رضي الله تعالى عنه.
PADA SUATU HARI BELIAU TELAH DITANGKAP OLEH ORANG KAFIR. LALU, IBU DAN AYAHNYA DATANG MENGADU KEPADA SAYYIDUNA RASULULLAH ﷺ TENTANG ANAK MEREKA. KEMUDIAN, BAGINDA BERPESAN SUPAYA AMALKANLAH HAUQALAH.
4. AMALKAN DOA YANG TERDAPAT DI DALAM AYAT YANG TERAKHIR DARIPADA SURAH AL-BAQARAH,
رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرٗا كَمَا حَمَلۡتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآۚ أَنتَ مَوۡلَىٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَٰفِرِينَ
MAKSUDNYA: (MEREKA BERDOA DENGAN BERKATA): "WAHAI TUHAN KAMI! JANGANLAH ENGKAU MENGIRAKAN KAMI SALAH JIKA KAMI LUPA ATAU KAMI TERSALAH. WAHAI TUHAN KAMI ! JANGANLAH ENGKAU BEBANKAN KEPADA KAMI BEBANAN YANG BERAT SEBAGAIMANA YANG TELAH ENGKAU BEBANKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG TERDAHULU DARIPADA KAMI. WAHAI TUHAN KAMI! JANGANLAH ENGKAU PIKULKAN KEPADA KAMI APA YANG KAMI TIDAK TERDAYA MEMIKULNYA. DAN MAAFKANLAH KESALAHAN KAMI, SERTA AMPUNKANLAH DOSA KAMI, DAN BERILAH RAHMAT KEPADA KAMI. ENGKAULAH PENOLONG KAMI; OLEH ITU, TOLONGLAH KAMI UNTUK MENCAPAI KEMENANGAN TERHADAP KAUM-KAUM YANG KAFIR."
TUJUH DOA DALAM SEPOTONG AYAT
PESAN BABA AZHARI ḥāFIẓAHULLāH, DI DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 286 PADA AMALAN KEEMPAT TADI, SEBENARNYA TELAH TERHIMPUN TUJUH (7) DOA YANG SANGAT BESAR. BERIKUT ADALAH POTONGANNYA:
[ DOA 1 ] رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ
[ DOA 2 ] رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرٗا كَمَا حَمَلۡتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَاۚ
[ DOA 3 ] رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ
[ DOA 4 ] وَٱعۡفُ عَنَّا
[ DOA 5 ] وَٱغۡفِرۡ لَنَا
[ DOA 6 ] وَٱرۡحَمۡنَآۚ
[ DOA 7 ] أَنتَ مَوۡلَىٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَٰفِرِينَ
AKHIRNYA, SETELAH SELESAI MEMBACA KETUJUH-TUJUH DOA INI, SAYYIDUNA RASULULLAH ﷺ AKAN MENYEBUT "AMIN".
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم