MISI 2030 : REJUVENASI PENTADBIRAN YAYASAN PAKSI DAN DARUL HADIS
ALOR SETAR, 27 OGOS 2023 - MELIHAT KEPADA SITUASI SEMASA DEMI MEMENUHI KEPERLUAN MASA KINI, YAYASAN PAKSI BAKAL MEREJUVENASI PENTADBIRAN BERSAMA PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS SECARA BERPERINGKAT MULAI SEPTEMBER INI.
PROSES REJUVENASI PENTING BAGI MEMASTIKAN GRADUAN YANG KELUAR DARI BUMI WAQAFAN DARUL HADIS TERUS KEKAL RELEVAN SETERUSNYA MEREALISASIKAN MOTO KE ARAH MELAHIRKAN ULAMAK PEWARIS NABI.
AGENDA PEMBAHARUAN DASAR YANG DINAMAKAN SEBAGAI MISI 2030 MENUMPUKAN KEPADA 6 FOKUS UTAMA IAITU SISTEM PENTADBIRAN, KELAS PAKSI, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS, EKONOMI, ASET DAN PEMBANGUNAN SERTA KEMASYARAKATAN.
MISI 2030 MERUPAKAN SATU INISIATIF PERANCANGAN PIHAK YAYASAN PAKSI UNTUK MENETAPKAN HALATUJU GERAKERJA 7 TAHUN KE HADAPAN UNTUK MEWUJUDKAN WEHDATUL FIKR & AMAL (KESATUAN PEMIKIRAN & KERJA) DALAM KALANGAN SELURUH PENGGERAK PAKSI.
KESEMUA AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH IAITU CIKGU SUKARNO, DR. MAJDI, DR. NAZIL DAN DR. ALIAS TELAH HADIR DALAM PERJUMPAAN BERSAMA SELURUH KAKITANGAN PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS.
SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN GERAK KERJA WARGA YAYASAN PAKSI DALAM MENCAPAI MISI 2030.
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS
YAYASAN PAKSI, ALOR SETAR
#MISI2030 #DARULHADIS
#STAFDARULHADIS #GURUDARULHADIS
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#MAAHADDARULHADIS
#YAYASANPAKSI