https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH001_1576558872.JPG

MAJLIS EIDUL ILMI DARUL HADIS YAYASAN PAKSI MERAIKAN KECEMERLANGAN PELAJAR

MAJLIS EIDUL ILMI YANG DIADAKAN PADA HARI SELASA 3 DISEMBER 2019 BERJALAN DENGAN BAIK DAN LANCAR DENGAN KEHADIRAN DARIPADA IBU BAPA DAN WARIS PELAJAR.

PROGRAM YANG BERMULA JAM 1.30 PETANG ITU DIMULAI DENGAN MAJLIS TEMUMESRA WARIS BERSAMA GURU-GURU KELAS BAGI MEMBINCANGKAN PERKEMBANGAN PENGAJIAN DAN PEMBELAJARAN ANAK DI SINI.

MAJLIS YANG DIADAKAN INI MENJADI SEJARAH BUAT DARUL HADIS APABILA TERDAPAT 7 ORANG PELAJAR PERTAMA YANG BERJAYA MENAMATKAN PENGAJIAN DI SINI SELAMA 7 TAHUN DAN DIANUGERAHKAN SYAHADAH 4 SENAWI.

DIDOAKAN SEMOGA MEREKA MENDAPAT RAHMAT DAN BERKAT DARIPADA ALLAH SWT.

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH045_1576558626.JPG

PENDAFTARAN PELAJAR PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS

TELAH BERLANGSUNG SESI PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS BAGI MEMULAKAN PERSIAPAN PENGAJIAN SESI 2020 DI KOMPLEKS PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS YAYASAN PAKSI ALOR SETAR.

TAHNIAH KEPADA WARIS DAN ANAK-ANAK PELAJAR YANG TELAH HADIR BAGI SESI PENDAFTARAN KALI INI, SEMOGA SEMANGAT YANG ADA MENJADIKAN PEMACU KEPADA ANAK-ANAK PELAJAR UNTUK TERUS MENDALAMI ILMU AGAMA DI SINI.

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH001_1576487158jpeg

KINI MUDAH DENGAN DARUL HADIS ON TOUCH

KINI DUNIA DI HUJUNG JARI. BEGITU JUGA DENGAN PERKEMBANGAN PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS YAYASAN PAKSI.

IBU BAPA DAN WARIS PELAJAR BOLEH MEMBUAT BAYARAN YURAN ANAK BILA-BILA MASA DAN DI MANA SAHAJA HANYA DENGAN MELAYARI WEBSITE DARUL HADIS DI

WWW.PPDHADIS.EDU.MY

KLIK PADA BUTANG E-PARENT KEMUDIAN BAYAR YURAN ONLINE DAN MASUKKAN NO IC WARIS.

PARA WARIS BOLEH MELIHAT SENARAI TUNGGAKAN YURAN ANAK KEMUDIAN BOLEH TERUS MEMBUAT BAYAAN MELALUI PEMBAYARAN FPX ATAU DEBIT/KREDIT KAD.

✅ CASHLESS
✅ FAST & EASY
✅ SAVE TIME & ENERGY

SEBARANG KEKELIRUAN HUBUNGI NOMBOR RASMI PEJABAT DARUL HADIS 019-4402769

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH001_1576289186jpeg

EKSPLORASI ROYAL BELUM BINA JATIDIRI GURU DAN PELAJAR DARUL HADIS

4 DIS - SERAMAI 37 ORANG PELAJAR DAN GURU DARUL HADIS MENAIKI HOUSEBOAT DI JETI TASIK BANDING GERIK PERAK UNTUK PROGRAM EKSPLORASI ROYAL BELUM.

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK SEPERTI MENAIKI SPEEDBOAT MENUJU KE PERKAMPUNGAN ORANG ASLI, MENDAKI BUKIT UNTUK KE WATERFALL, JUNGLE TRACKING DAN LAIN-LAIN LAGI.

PROGRAM SELAMA 2 HARI 3 MALAM ITU BERMULA DENGAN MANDI MANDI DI HOT SPRING ULU LEGONG BALING KEDAH. DIIKUTI DENGAN SARAPAN PAGI DI PEKAN PENGKALAN HULU DAN SETERUSNYA MENAIKI HOUSEBOAT DI JETI TASIK BANDING.

SEMUA PALAJAR BERGANDING BAHU MEMASAK SENDIRI DI TENGAH-TENGAH TASIK SAMBIL BERMANDI MANDA.

SEMOGA DENGAN PROGRAM YANG DIADAKAN INI AKAN MEMBERI MANFAAT YANG BAIK KEPADA KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH001_1576288388jpeg

BAYARAN ZAKAT SECARA ONLINE DENGAN DARUL HADIS

KINI ANDA BOLEH MEMBAYAR ZAKAT KEPADA PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS (EJEN RASMI YANG DILANTIK OLEH LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH. NO TAULIAH : ESA000124) SECARA ONLINE.

ANDA HANYA PERLU ISIKAN MAKLUMAT DI ALAMAT BAWAH INI DAN TERUS MEMBUAT BAYARAN MELALUI FPX ATAU KAD DEBIT/KREDIT

HTTPS://PPDHADIS.EDU.MY/PAGE/ZAKAT.PHP?SUBMENU=ZAKAT

ATAU MASUK KE DALAM WEB BERIKUT

WWW.PPDHADIS.EDU.MY > INFAQ/ZAKAT > JOM ZAKAT

ANDA AKAN DIBERI RESIT RASMI LZNK SERTA BOLEH DIJADIKAN REBAT CUKAI BAGI TAHUN 2019 INI.

ZAKAT YANG ANDA BAYAR AKAN DIBERI KEPADA LZNK DAN SEBAHAGIANNYA AKAN DIPULANGKAN SEMULA KEPADA DARUL HADIS SEBAGAI ASNAF ZAKAT.

TOLONG SEBARKAN MAKLUMAT INI KEPADA ORANG RAMAI

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH001_1575427891jpeg

SARAPAN PAGI DI PENGKALAN HULU SELEPAS ULU LEGONG

SELEPAS SELESAI SOLAT SUBUH DI MASJID PENGKALAN HULU PERAK, SEMUA ROMBONGAN BERGERAK KE JETI ROYAL BELUM SERTA SINGGAH SARAPAN DI WARUNG BERDEKATAN.

SERONOK KADANG-KADANG SARAPAN BERSAMA DI LUAR, SOLAT BERJEMAAH DI TEMPAT YANG LAIN, MEMBACA MA'THURAT SERTA SURAH WAQI'AH BERAMAI-RAMAI WALAUPUN BUKAN DI TEMPAT YANG KEBIASAAN.

 

AMALAN WIRID HARIAN DAN ULANGAN SURAH SECARA HARIAN PERLU DIJALANKAN WALAUPUN DI CUTI SEKOLAH

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH001_1575427477jpeg

ISI MASA CUTI DENGAN JAULAH TARBAWI

SELESAI MAJLIS EIDUL ILMI YANG DIADAKAN PADA HARI SELASA 3 DISEMBER 2019, ANAK-ANAK DARUL HADIS BERSAMA DENGAN SEBAHAGIAN GURU MENGADAKAN JAULAH TARBAWI KE ULU LEGONG DAN TASIK BANDING GERIK PERAK.

BERTOLAK JAM 1 PAGI DARIPADA DARUL HADIS SERAMAI 37 ORANG MENAIKI 7 BIJI KERETA. SELAIN DARIPADA MENGAJI DAN BELAJAR DALAM KELAS SEKALI SEKALA BERJALAN MELIHAT ALAM KERANA IA ADALAH TERAPI JIWA. BAHKAN MENJADIKAN BADAN KITA BERINTERAKSI DENGAN TANAH, AIR, POKOK DAN LAIN-LAIN.

SEPANJANG JAULAH INI BEBERAPA PENGISIAN TELAH DITETAPKAN SEPERTI SEJUMLAH ZIKIR YANG DIWAJIBKAN, TAKLIFAN MEMASAK, TAKLIFAN KULIAH SUBUH DAN MAGHRIB, TAKLIFAN KEBERSIHAN DAN LAIN-LAIN

PERJALANAN INI SELAMA 2 HARI 2 MALAM PADA TARIKH 4-5 DISEMBER 2019. SEMOGA DIBERI KEBERKATAN DAN RAHMAT SEPANJANG PROGRAM INI BERJALAN

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH001_1575427016jpeg

TAMAT PENGAJIAN 7 TAHUN DI DARUL HADIS

SEGALA PUJIAN BAGI ALLAH SWT. ANAK2 TAHUN AKHIR INI TELAH MENAMATKAN PENGAJIAN DI DARUL HADIS BACTH YANG PERTAMA.

SILIBUS PENGAJIAN YANG DISUSUN SELAMA 7 TAHUN SUDAH LENGKAP DIAJAR DI DARUL HADIS. 3 TAHUN YANG PERTAMA ADALAH TAHFIZ DAN 4 TAHUN BERIKUTNYA ADALAH TAFAQQUH FIDDIN.

7 ORANG INI MENDAPAT SYAHADAH NIHAIE (SIJIL TAMAT PENGAJIAN) DAN DIANUGERAHKAN SYAHADAH 4 SANAWI.

MOGA DIBERI KEBERKATAN OLEH ALLAH SWT DENGAN ILMU DAN PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH001_1575352383jpeg

PERSIAPAN MAJLIS EIDUL ILMU

PERSIAPAN YANG RAPI DILAKUKAN OLEH GURU-GURU DAN PELAJAR UNTUK MEMASTIKAN MAJLIS BERJALAN DENGAN LANCAR PADA HARI INI.

REHEARSAL DILAKUKAN PADA MALAM SEBELUM MAJLIS PADA HARI INI.

MAJLIS AKAN BERMULA DENGAN TEMUMESRA WARIS PELAJAR DAN GURU-GURU KELAS UNTUK BERBINCANG TENTANG PENGAJIAN ANAK DAN MASA DEPAN MEREKA.

KEMUDIAN MAJLIS EIDUL ILMI AKAN BERMULA PADA JAM 3.00 PETANG DENGAN MENYAMPAIKAN HADIAH ANUGERAH KEPADA PELAJAR YANG BERJAYA.

SEMOGA MAJLIS INI BERJALAN DENGAN BAIK DAN LANCAR

LAGI