PENGAMPUNAN DOSA MENGUMPAT
ALHAMDULILLAH SELESAI KULIAH DUHA MINGGUAN HARI INI YANG DISAMPAIKAN OLEH TUAN GURU BABA KHAIRUL ANUAR. ANTARA INTIPATI KULIAH HARI INI ADALAH MENGENAI DOSA MENGUMPAT.
PERSOALAN PERLU ATAU TIDAK MENERANGKAN TENTANG PERKARA YANG DIUMPAT KEPADA ORANG YANG DIUMPATI, IMAM AL-NAWAWI MENERANGKAN PARA ULAMA BERSELISIH PENDAPAT DALAM HAL INI;
SEBAHAGIAN ULAMA MENGATAKAN SESEORANG ITU PERLU MENJELASKAN PERKARA YANG DIUMPATI DAN,
SEBAHAGIAN ULAMA SEPERTI IMAM IBN QAYYIM DAN SELAINNYA MENGATAKAN SESEORANG ITU TIDAK PERLU MENJELASKAN PERKARA YANG DIUMPATKAN TERSEBUT, CUKUP HANYA MEMOHON MAAF SAHAJA KEPADANYA DAN MENYEBUT KEBAIKAN-KEBAIKANNYA.
WALAUBAGAIMANAPUN, JIKA DIDAPATI MUDARAT LEBIH BESAR JIKA MENYEBUTKAN PERKARA TERSEBUT MAKA TIDAK PERLU MENJELASKANNYA ADALAH LEBIH BAIK.
JIKA ORANG YANG DIUMPATI ITU TELAH MENINGGAL DUNIA ATAU TIADA, MAKA TIDAK MUNGKIN UNTUK MENDAPATKAN PELEPASAN DARIPADANYA,
OLEH ITU PARA ULAMA BERPENDAPAT: HENDAKLAH (ORANG YANG MENGAKU BERSALAH INI) MEMOHONKAN AMPUN UNTUKNYA, BERDOA, DAN BANYAK MEMPERBANYAK BERBUAT AMALAN KEBAIKAN.
SESUNGGUHNYA AMALAN KEBAIKAN TERSEBUT AKAN MENGHAPUSKAN KEBURUKAN DOSA YANG TELAH DILAKUKAN. SEPERTIMANA FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH HUD AYAT 114:
إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ ‎
MAKSUDNYA: SESUNGGUHNYA AMAL-AMAL KEBAJIKAN ITU MENGHAPUSKAN KEJAHATAN. PERINTAH-PERINTAH ALLAH YANG DEMIKIAN ADALAH MENJADI PERINGATAN BAGI ORANG-ORANG YANG MAHU BERINGAT.
APA YANG BOLEH LAKUKAN JUGA ADALAH DENGAN MENGHADIAHKAN PAHALA SEPERTI BACAAN AL-QURAN, SEDEKAH DAN SEBAGAINYA KEPADA ORANG YANG DIZALIMI ATAU DIUMPAT. MUDAH-MUDAHAN, DENGAN IZIN ALLAH, IA DAPAT MENEBUS KESALAHAN ATAU DOSA YANG DILAKUKAN.
TERIMA KASIH KEPADA RESTORAN IKAN BAKAR TOP ALOR SETAR KERANA MENAJA MAKANAN UNTUK JAMUAN KEPADA PENGKULIAH KITA PADA HARI INI. SEMOGA PERNIAGAAN ANDA BERTAMBAH MAJU.
UNTUK MAKLUMAN, KULIAH DUHA ESOK, HARI RABU DAN KULIAH MAGHRIB PADA HARI KHAMIS INI DITANGGUHKAN KE MINGGU HADAPAN.
#KULIAHDUHADARULHADIS #MAAHADDARULHADIS
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS #YAYASANPAKSI
#MAJLISILMU #ALORSETAR #KEDAH