ALOR SETAR, 13 OKTOBER 2022 - SETELAH TERHENTI PENGANJURAN SELAMA 2 TAHUN AKIBAT SEKATAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), PIHAK MASJID AN-NUR DENGAN KERJASAMA JPKK TOK KELING SERTA 4 BUAH SEKOLAH IAITU PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS, SK HAJI WAHAB, MADRASAH AT-TAKLIMIAH AL-KHAIRIAH DAN SRITI TAHFIZ AT-TAKLIMIAH TELAH MENGANJURKAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KAMPUNG TOK KELING.
MAJLIS SAMBUTAN YANG DIADAKAN PADA 13 OKTOBER 2022 ITU BERMULA DENGAN PERARAKAN SAMBIL BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW DARI PERKARANGAN MASJID AN-NUR HINGGA KE PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS. SEBANYAK 13 KONTINJEN TERLIBAT DALAM PERARAKAN TERSEBUT YANG MENYAKSIKAN KONTINJEN MADRASAH AT-TAKLIMIAH (PEREMPUAN - D) TELAH DINOBATKAN SEBAGAI KONTINJEN TERBAIK PERARAKAN SELAWAT BAGI KATEGORI SEKOLAH MENENGAH MANAKALA KONTINJEN TERBAIK SEKOLAH RENDAH JATUH KEPADA PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS (PEREMPUAN).
SELEPAS SELESAI PERARAKAN SELAWAT, KESEMUA PESERTA TERLIBAT TERMASUK PENDUDUK KARIAH TOK KELING BERKUMPUL DI DEWAN USTAZ SUHAIMI, KOMPLEKS UTAMA PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS UNTUK SAMA-SAMA MENDENGAR CERAMAH MAULIDUR RASUL YANG DISAMPAIKAN OLEH USTAZ HAJI MOHD ISA BIN HAJI ABDUL RAHMAN, PENOLONG PEGAWAI DAKWAH DAN TARBIYAH (KANAN), JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM KEDAH (JHEIK).
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN NASYID DAN QASIDAH DARIPADA PELAJAR SK HAJI WAHAB, DARUL HADIS, SRITITAS DAN MADRASAH AT-TAKLIMIAH. TURUT DIADAKAN AKTIVITI SELINGAN IAITU KUIZ CINTA RASUL YANG MENGUJI PENGETAHUAN PARA PELAJAR TENTANG SIRAH JUNJUNGAN MULIA, RASULULLAH SAW.
PADA SEBELAH MALAM PULA, MAULID AKBAR BERSAMA USTAZ ZUBAIR YUSOFF SEBAGAI PENGISI UTAMA BERGANDINGAN DENGAN MUDIR PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS, USTAZ SHAHRIZAN HAZIME SAMBIL DISAJIKAN DENGAN PERSEMBAHAN QASIDAH OLEH KUMPULAN QASIDAH DARUL HADIS IAITU SYAUQUL MUSTHOFA.
PENGARAH PROGRAM MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2022 PERINGKAT TOK KELING IAITU USTAZ AHMAD SHOLAHUDIN BIN MOHAMED MERANGKAP PENGERUSI MASJID AN-NUR MERAKAMKAN PENGHARGAAN KEPADA SELURUH AHLI JAWATANKUASA SERTA TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TURUT MENJAYAKAN SAMBUTAN KALI INI.
SEMOGA KECINTAAN KITA TERHADAP BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW TERUS MEKAR SETERUSNYA MEMANIFESTASIKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS
YAYASAN PAKSI, ALOR SETAR
#MAULIDURRASUL1444 #MAULIDURRASUL2022
#DARULHADIS #TOKKELING #SKHAJIWAHAB
#MADARASAHTAKLIMIAH #SRITITAS #JPKK
#MASJIDANNUR
JOM TUNAIKAN ZAKAT PENDAPATAN DEMI KEHIDUPAN SEKELUARGA YANG LEBIH BERKAT. ZAKAT KITA MENGEMBIRAKAN HATI MEREKA YANG MEMERLUKAN.
ANDA MENETAP DI KEDAH!?
ANDA BEKERJA DI KEDAH!?
TAHUKAH ANDA PENDAPATAN/GAJI WAJIB DIKENAKAN ZAKAT JIKA CUKUP KADAR NISAB!?
KADAR NISAB BAGI NEGERI KEDAH (LZNK) :
RM 22,254.80 (TAHUN 2022)
KADAR ZAKAT :
2.5% ATAUPUN 1/40 DARI PENDAPATAN SETAHUN
SEBELUM ITU, KITA BOLEH BUAT KIRA-KIRA DULU, SAMA ADA KITA NI WAJIB BAYAR ZAKAT ATAU SEBALIKNYA
-----------------------------------------------------------------------------
[CONTOH PENDAPATAN]
BULANAN = RM2,000 (GAJI KASAR)
TAHUNAN = RM24,000 (12 BULAN)
[KAEDAH A] -TANPA POTONGAN
KADAR ZAKATNYA :
RM24,000 X 2.5% = RM600.00 SETAHUN
RM600 / 12 BULAN = RM50.00 SEBULAN
------------------------------------------------------------------------------
[KAEDAH B] -DENGAN POTONGAN PERBELANJAAN KEPERLUAN ASAS
(PENDAPATAN SETAHUN - PERBELANJAAN KEPERLUAN ASAS) X (KADAR ZAKAT)
PERBELANJAAN KEPERLUAN ASAS ;
1) DIRI SENDIRI : RM10,000 (SETAHUN)
2) ISTERI : RM 4,000 (SETAHUN)
3) ANAK : RM 2,000 (SETIAP ORANG)
4) CARUMAN KWSP : RM 2,640 (PEKERJA)
5) TABUNG HAJI : RM 600 (SETAHUN)
JUMLAH TOLAKAN YANG DIBENARKAN IALAH RM19,240.00
KADAR ZAKATNYA :
RM24,000 - RM19,240 = RM4,760.00
RM4,760 X 2.5% = RM119.00 SETAHUN
RM119 / 12 BULAN = RM9.92 SEBULAN
RUJUKAN PENGIRAAN : KLIK SINI
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
DAN JANGAN LUPA, ANDA JUGA BOLEH REBAT 100% CUKAI PENDAPATAN DENGAN MEMBAYAR ZAKAT.
JOM TUNAIKAN ZAKAT DENGAN KAMI:
✅ DAPAT RESIT LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH(LZNK)
✅ DAPAT PELEPASAN CUKAI LHDN DENGAN RESIT LZNK
✅ 42.5%(TERMASUK 5% UPAH AMIL) DARIPADA ZAKAT ANDA AKAN DISALURKAN KE PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS
KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT:
1️⃣ ZAKAT ONLINE
BOLEH DIBUAT MELALUI PAYMENT GATEWAY(FPX) : KLIK SINI
📌 SILA MAKLUM KEPADA KAMI SELEPAS MEMBUAT ZAKAT ONLINE
2️⃣ TUNAI DI KAUNTER PEJABAT SEKOLAH BERALAMAT:
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS,
YAYASAN PAKSI,
KG. TOK KELING, MUKIM DERGA,
05400 ALOR SETAR, KEDAH.
LOKASI PETA SEKOLAH BY GOOGLE MAP : KLIK SINI
RUJUKAN SURAT LANTIKAN EJEN LZNK : KLIK SINI
“ZAKAT MEMBAWA BERKAT”
“SUCIKAN HARTA DENGAN BERZAKAT”
SEBARANG MAKLUMAT,HUBUNGI:
017-5410382 (MUDIR - UST SHAHRIZAN)
019-5512346 (TIMBALAN MUDIR - UST FIKRI)
011-59638442 (PEGAWAI DANA)
JOM SERTAI KAMI
JAWATAN KOSONG GURU PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS YAYASAN PAKSI
▪️GURU TAFAQQUH FIDDIN
(KHUSUS BAHASA ARAB)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :
✅ WANITA SAHAJA.
✅ MEMILIKI IJAZAH KEPUJIAN BIDANG SYARIAH, USULUDDIN ATAU BAHASA ARAB (DIUTAMAKAN) PADA PERINGKAT IPTA/S ATAU KELULUSAN YANG DIIKTIRAF SETARAF DENGANNYA.
✅ LULUSAN PONDOK ATAU PESANTEREN DI MALAYSIA ATAU LUAR NEGARA.
✅ CALON BERPENGALAMAN ADALAH DIUTAMAKAN.
✅ MENJAGA SOLAT LIMA WAKTU DAN BERKETERAMPILAN BAIK.
📌 TARIKH TUTUP
6 OKTOBER 2022
📝 CARA MEMOHON
PERMOHONAN HENDAKLAH DIBUAT SECARA EMEL DENGAN MENYATAKAN KETERANGAN LENGKAP PERIBADI (RESUME), KELAYAKAN, PENGALAMAN DAN DISERTAKAN DOKUMEN/SIJIL-SIJIL BERKAITAN.
PERMOHONAN BOLEH DIKEMUKAKAN KE EMEL:
MAAHADARULHADIS@GMAIL.COM
SEBARANG PERTANYAAN LANJUT HUBUNGI:
019-4402769 (WAKTU PEJABAT)
#JAWATANKOSONGALORSETAR #GURUTAFAQQUHFIDDIN #PUSATPENGAJIANDARULHADIS #YAYASANPAKSI
Page 49 of 127