:
FALSAFAH

FALSAFAH

FALSAFAH

Menyedari bahawa semua pelajar boleh menghafaz, menghayati Al-Quran dan Hadis serta pelbagai bidang ilmu keagamaan ; menginsafi bahawa aspek keagamaan penting dalam kehidupan manusia, menginsafi bahawasanya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya.


Maka, Pusat Pengajian Darul Hadis mendedikasikan dirinya kepada matlamat melahirkan generasi pewaris nabi yang mempunyai kebolehan dan kepimpinan tinggi dalam dakwah dan penyebaran ilmu keagamaan pada masyarakat demi kesejahteraan manusia.


Pusat Pengajian Darul Hadis bertekad untuk membina kecemerlangan prestasi pelajar dalam pengajaran membaca, menghafal serta menghayati al-quran dan hadis juga pengetahuan agama secara menyeluruh.

Adalah menjadi azam Pusat Pengajian Darul Hadis untuk membina sahsiah bakal lulusannya supaya seimbang antara keilmuan, kebudiman dan segala sifat kemanusiaan dengan nilai-nilai luhur dan murni.