HADIS HARIAN PPDH
SETIAP PERBUATAN BAIK ITU SEDEKAH
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ
DARI JABIR BIN ABDULLAH RADLIALLAHU 'ANHUMA DARI NABI SAW BELIAU BERSABDA: "SETIAP PERBUATAN BAIK ADALAH SEDEKAH." (HR BUKHARI NO: 5562)
PENGAJARAN:
1. PERBUATAN YANG BAIK SAMA ADA YANG DILAKUKAN ATAU YANG DITINGGALKAN (LARANGAN) AKAN DICATAT SEBAGAI PAHALA SEDEKAH.
2. PERBUATAN YANG BAIK SAMA ADA YANG KECIL SEPERTI BERWAJAH CERIA, MENYAPA KHABAR, MEMBUANG DURI DIJALANAN, MENYEBARKAN INFO BERFAEDAH MAHUPUN YANG BESAR SEPERTI BEKERJA MENCARI NAFKAH, MEMBINA PONDOK PERLINDUNGAN, MELAKSANAKAN SOLAT DAN SEBAGAINYA DICATAT GANJARAN PAHALA.
تَبَسُّمُكَ فِى وَجْهِ أَخِيْكَ لَكَ صَدَقَةٌ
SENYUMMU DI MUKA SAUDARAMU ADALAH SEDEKAH BAGIMU (HR. BUKHARI)
3. MENINGGALKAN LARANGAN WALAUPUN KECIL SAMA ADA MELIBATKAN DIRI, KELUARGA, SAUDARA MUSLIM JUGA BUKAN ISLAM, TERMASUK MENINGGALKAN PENYIKSAAN KE ATAS BINATANG – IA TERMASUK PERKARA BAIK YANG MENDATANGKAN GANJARAN PAHALA.
MARILAH KITA MELAKUKAN PELBAGAI AMAL KEBAIKAN MENGIKUT RELUNG DIMANA KITA BERKEMAMPUAN TERUTAMA KEPADA YANG MEMERLUKAN KETIKA PKP INI. SEMOGA ALLAH MENGANJARKAN PAHALA SEBAIKNYA.
"KE ARAH MELAHIRKAN ULAMAK PEWARIS NABI"
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS
YAYASAN PAKSI, ALOR SETAR
19 ZULKAEDAH 1442H
30 JUN 2021
UNTUK DAPATKAN PERINGATAN HADIS HARIAN, SILA KLIK LINK DI BAWAH :
HTTPS://T.ME/MAAHADARULHADIS
#HADISHARIAN
#DARULHADIS
#MAAHADDARULHADIS
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#YAYASANPAKSI