TAKZIAH BUAT USTAZ ZULFAHMI ZAM ZAM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
إنا لله و إنا اليه راجعون

DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA AYAH KEPADA USTAZ ZULFAHMI ZAM ZAM (TENAGA PENGAJAR PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS) IAITU TUAN HAJI MD ISHAK BIN AWANG TELAH MENINGGAL DUNIA KIRA-KIRA JAM 9.50 MALAM TADI.

"ALLAHUMMAGHFIRLAHU WARHAMHU WA 'AFIHI WA'FUANHU". SEMOGA ALLAH AMPUNI DIA, RAHMATI DIA, MAAFKAN DIA, MULIAKAN KEMATIAN DIA, LAPANGKAN KUBUR DIA, JADIKANLAH SYURGA SEBAGAI GANTI TEMPAT TINGGAL DIA DAN BERILAH KESABARAN KEPADA AHLI KELUARGANYA, SEMOGA DIA DI TEMPATKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN.

PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA USTAZ ZULFAHMI ZAM ZAM SERTA SELURUH AHLI KELUARGA YANG LAIN.

AL - FATIHAH.
‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS
YAYASAN PAKSI ALOR SETAR

#ALFATIHAH #TAKZIAH
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#DARULHADIS #MAAHADDARULHADIS
#YAYASANPAKSI

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH051_1613097385.JPG

DOA UNTUK HAFIZ

UNTUK MAKLUMAN SEMUA, SEORANG PELAJAR TAHFIZ PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS TELAH MENJALANI 2 KALI PEMBEDAHAN AKIBAT PENYAKIT APENDIKS. KINI BELIAU MASIH MENERIMA RAWATAN SUSULAN DI HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH, ALOR SETAR, KEDAH.

PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS MENGAJAK SAMA-SAMA KITA MENDOAKAN AGAR BELIAU CEPAT SEMBUH SEPERTI SEDIA KALA. AAMIIEEN.

للَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ اَذْهِبِ الْبَاْسَ وَاشْفِهُ وانْتَ الشَّافِى لاَ شِفَاءَ اِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

ALLAHUMMA ROBBANNAASI ADZHIBIL BA’SA WASY FIHU, WA ANTAS SYAAFI, LAA SYIFAA-A ILLA SYFAAUKA, SYIFAAN LAA YUGHAADIRU SAQAAMA

“YA ALLAH, HILANGKANLAH KESUSAHAN DAN BERIKANLAH DIA KESEMBUHAN, ENGKAU ZAT YANG MAHA MENYEMBUHKAN. TIDAK ADA KESEMBUHAN KECUALI KESEMBUHAN DARI MU, KESEMBUHAN YANG TIDAK MENINGGALKAN PENYAKIT LAIN.”

#DOAUNTUKHAFIZ #PELAJARTAHFIZ
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#MAAHADDARULHADIS
#YAYASANPAKSI

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH039_1612340960.jpg

RAYUAN DANA NAIKTARAF BANGUNAN KOMPLEKS SEJUMLAH RM600 RIBU DIPERLUKAN

PIHAK PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS, YAYASAN PAKSI BERBESAR HATI MEMBUKA PELUANG KEPADA ORANG RAMAI YANG INGIN MEMBANTU KEWANGAN SEKOLAH DENGAN MENGHULURKAN SUMBANGAN/WAKAF DANA NAIKTARAF KOMPLEKS PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS, YAYASAN PAKSI SEJUMLAH RM600 RIBU DIPERLUKAN.

PROJEK NAIKTARAF INI MERANGKUMI PEMBINAAN BANGUNAN 3 TINGKAT YANG MEMPUNYAI FASILITI SEPERTI:

1️⃣ LOBI UTAMA BANGUNAN KOMPLEKS

2️⃣ BILIK PEJABAT

3️⃣ BILIK PANTRI GURU

4️⃣ TANDAS & TEMPAT WUDUK PELAJAR

5️⃣ TANDAS VIP

6️⃣ TANGGA NAIK KE BUMBUNG

 

DENGAN TERBINANYA BANGUNAN INI KELAK, IA MEMBERI MANFAAT DAN KESELESAAN KHUSUSNYA KEPADA ANAK-ANAK PELAJAR YANG MENGAJI DI SINI, PARA GURU/STAFF SEKOLAH SERTA ORANG RAMAI YANG PENUNTUT ILMU PADA SETIAP MINGGU DI KULIAH PENGAJIAN MINGGUAN.

BOLEH HULURKAN SUMBANGAN SECARA ONLINE MELALUI 3 PLATFORM:

☑️ BANK ISLAM

➡️ DANA DARUL HADIS

➡️ 02105010006858

📌 SILA TULIS DI RUANGAN RECIPIENT REFERENCE: NAIKTARAF KOMPLEKS

 

☑️ JOMPAY

➡️ BILLER CODE : 41673 

➡️ REF - 1 : WAKAF  

 

☑️ APLIKASI SNAPNPAY DI TELEFON PINTAR, IKUTI LANGKAH MUDAH SEPERTI:

➡️ DOWNLOAD APLIKASI SNAPNPAY DI GOOGLE PLAY STORE ATAU APP STORE

➡️ LOG IN/DAFTAR MASUK MELALUI GMAIL ANDA

➡️ BOLEH TERUS MENYUMBANG DENGAN:

 • KLIK 'I-SEDEKAH' DAN TAIP 'PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIA KEDAH' ATAU

 • IMBAS QR KOD

 

MOGA ALLAH SWT SAMPAIKAN PAHALA WAKAF/SUMBANGAN TN/PN SEMUA SERTA YANG TURUT MEMBANTU SHARE IKLAN INI. AMIIN🤲

PERTANYAAN, HUBUNGI:

017-5410382 (MUDIR - UST SHAHRIZAN)

019-5512346 (TIMB. MUDIR - UST FIKRI)

011-59638442 (PEGAWAI DANA)

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH051_1612021740.jpg

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2020

JITRA, 31 DIS - ADALAH MENJADI KELAZIMAN PADA SETIAP TAHUN, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS AKAN MENGANJURKAN SEBUAH MAJLIS SEBAGAI TANDA APRESIASI KEPADA STAF PENTADBIRAN DAN AKADEMIK YANG MENUNJUKKAN PRESTASI KERJA CEMERLANG SEPANJANG TAHUN.
 
 
MAJLIS ANUGERAH PERKIDMATAN KALI INI DIADAKAN DI BDB RESORT, JITRA, KEDAH. TURUT HADIR MERASMIKAN MAJLIS INI ADALAH PENGARAH PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS, USTAZ DR. AHMAD MAJDI YUSOFF. PADA TAHUN INI KITA DAPAT MENYAKSIKAN SEBANYAK 6 KATEGORI ANUGERAH DISAMPAIKAN. SENARAI KATEGORI ANUGERAH DAN PENERIMA ANUGERAH ADALAH SEPERTI BERIKUT :-
 
ANUGERAH PEKERJA PROAKTIF
CIK NOORAIN BINTI WAHAB
 
ANUGERAH MURABBI MITHALI
USTAZ MUHAMMAD SALAHUDDIN BIN ISHAK
 
ANUGERAH PERSONALITI UNGGUL TEMPAT BEKERJA
PUAN SUMAIYAH NASIBAH BINTI HUSSAIN
 
ANUGERAH KHAS SMART TEAMWORK
BARISAN ASATIZAH WANITA
 
ANUGERAH TOKOH GURU CEMERLANG
USTAZAH HUDA BINTI MOHD TARMIDZI
 
ANUGERAH TOKOH PEKERJA TERBAIK
ENCIK MOHAMAD ZULFAHMI BIN SULAIMAN
 
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2020. SEMOGA ISTIQAMAH DAN TERUS CEMERLANG DALAM GERAK KERJA PADA 2021. SAMA-SAMA KITA KOREKSI DIRI DAN MENGORAK LANGKAH KE GERBANG KEJAYAAN PADA MASA HADAPAN.
 
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS
YAYASAN PAKSI, ALOR SETAR
 
 
#MAJLISANUGERAHPERKHIDMATANCEMERLANG
#DARULHADIS #MAAHADDARULHADIS
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#YAYASANPAKSI
LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH039_1611985453.jpg

TERIMA KASIH ATAS INFAQ ANDA UNTUK WAKAF SET KATIL DAN ALMARI ASRAMA PELAJAR

PIHAK PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS YAYASAN PAKSI INGIN MEMAKLUMKAN BAHAWA PADA TARIKH 30/01/2021, KUTIPAN SUMBANGAN WAKAF SET KATIL & ALMARI ASRAMA PELAJAR DARUL HADIS SEBANYAK 17 UNIT DENGAN HARGA KESELURUHANNYA RM10,200.00 SUDAH MENCUKUPI. 

JAZAKUMULLAH KHAIRAN KATHIRA KEPADA SEMUA PARA PENYUMBANG, PEWAKAF DAN TN/PN YANG TURUT MEMBANTU DALAM MENYEBARKAN POSTER IKLAN SUMBANGAN 'JOM BERWAKAF'.

SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKHATI DAN MENERIMA AMALAN INI SEBAGAI SAHAM AKHIRAT KITA, AAMIIN..

INGIN HULURKAN SEBARANG SUMBANGAN, BAYAR ZAKAT & DAPATKAN RESIT PELEPASAN CUKAI? HUBUNGI:

017-5410382 (MUDIR - UST SHAHRIZAN)

019-5512346 (TIMB. MUDIR - UST FIKRI)

011-59638442 (PEGAWAI DANA)

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH039_1611549153.jpg

JOM BERWAKAF SET KATIL DAN ALMARI ASRAMA

SEPERTIMANA KITA SEBAGAI IBUBAPA MENYEDIAKAN KATIL DI RUMAH BUAT ANAK-ANAK AGAR MEREKA SELESA BILA TIDUR, SEDIAKAN ALMARI AGAR PAKAIAN SENTIASA DISIMPAN/DIKEMAS DENGAN RAPI...BEGITULAH JUGA PIHAK PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS, YAYASAN PAKSI INGINKAN ANAK-ANAK PELAJAR DISINI, MENDAPAT KEMUDAHAN YANG BAIK AGAR MEREKA SELESA DAN LEBIH FOKUS DALAM PEMBELAJARAN DI SEKOLAH.

OLEH ITU, PIHAK SEKOLAH BERBESAR HATI MEMBUKA PELUANG KEPADA ORANG RAMAI YANG INGIN BERKONGSI REZEKI DENGAN MENGHULURKAN SUMBANGAN/WAKAF BAGI TUJUAN MEMBELI 17 UNIT SET KATIL & ALMARI ASRAMA PELAJAR DARUL HADIS YANG KESELURUHANNYA BERHARGA RM10,200.00.

SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN SECARA ONLINE KE AKAUN BANK ISLAM ATAS NAMA:

➡️ DANA DARUL HADIS

➡️ 0210 5010 0068 58

📌 SILA TULIS DI RUANGAN RECIPIENT REFERENCE: WAKAF KATIL ALMARI

📌 MAKLUMAT UNTUK RUJUKAN, REKOD DAN AGIHAN

MOGA ALLAH SWT SAMPAIKAN PAHALA WAKAF/SUMBANGAN TN/PN SEMUA SERTA YANG TURUT MEMBANTU SHARE IKLAN INI. AMIIN🤲

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH051_1611505729.jpg

MINGGU SILATURAHIM MENGANGKAT TEMA KEMULIAAN AKHLAK MEMBINA UKHUWAH

ALOR SETAR, 21 JAN - SINONIM DENGAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU, MINGGU SILATURAHIM MERUPAKAN ACARA WAJIB DIADAKAN PADA SETIAP TAHUN. "KEMULIAAN AKHLAK, MEMBINA UKHUWAH" DIPILIH UNTUK MENJADI TEMA PROGRAM KALI INI. IANYA BERTEPATAN DENGAN AKHLAK TERPUJI YANG DITUNJUKKAN SEORANG MUSLIM AKAN MEMPERTAUTKAN TALI UKHUWAH SESAMA MUSLIM YANG LAIN.
 
 
PARA PESERTA ADALAH TERDIRI DARIPADA SELURUH PELAJAR PUSAR PENGAJIAN DARUL HADIS. MEREKA DIPECAHKAN MENGIKUT KUMPULAN MASING-MASING TANPA MENGIRA TAHUN KEMASUKAN. SETIAP KALI SEBELUM SESUATU SLOT BERMULA, SEMUA PESERTA AKAN MENYANYIKAN LAGU TEMA PROGRAM IAITU AKLAK BUNGA DIRI. BAIT-BAIT LIRIKNYA DIHAYATI SEPENUHNYA OLEH PESERTA.
 
ANTARA SLOT YANG DIANJURKAN IALAH SLOT PERATURAN PELAJAR DI MAAHAD DARUL HADIS OLEH PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, USTAZ AHMAD SAYYAF, SLOT TEKNIK DHOBIT KITAB ARAB DAN JAWI DIBENTANG OLEH KETUA PANITIA USULUDDIN, USTAZ ZULFAHMI ZAMZAM MANAKALA SLOT ETIKA PELAJAR DI PEJABAT PULA DIJELASKAN OLEH PENOLONG KANAN PENTADBIRAN, USTAZ FAIZ FARHAN SERTA SLOT TAHSIN IBADAH DISAMPAIKAN OLEH USTAZ AZIMI ZUKI.
 
TIDAK KETINGGALAN AKTIVITI LDK JUGA TURUT DIADAKAN SEPERTI SUKANEKA DAN MENARA IMPIAN YANG DIJALANKAN OLEH BADAN PENGAWAS. DIHARAPKAN TERUTAMA PELAJAR BAHARU DAPAT MENYESUAIKAN DIRI DENGAN PERSEKITARAN BAHARU JAUH DARI IBU DAN AYAH. INSYA-ALLAH PARA SENIOR AKAN SAMA-SAMA MEMBANTU. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR, STAF AKADEMIK DAN PENTADBIRAN ATAS KERJASAMA DALAM MENJAYAKAN MINGGU SILATURAHIM 2021.
 
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS
YAYASAN PAKSI, ALOR SETAR
 
 
 
#MINGGUSILATURAHIM
#DARULHADIS #MAAHADDARULHADIS
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#YAYASANPAKSI
LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH051_1611502862.jpg

TAMRIN NUQABA ASAH BAKAT KEPIMPINAN PELAJAR

ALOR SETAR, 15 JAN - BARISAN KEPIMPINAN PELAJAR BANIN DAN BANAT PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULANG AWAL DARI KEBIASAAN BAGI MENYERTAI PROGRAM TAMRIN NUQABA'. MEREKA YANG TERDIRI DARIPADA PELAJAR TAFAQQUH DAN PENGAWAS TELAH MENJALANI PROGRAM INI SELAMA 2 HARI.
 
 
OBJEKTIF PROGRAM INI ADALAH UNTUK MENGERATKAN UKHUWAH SESAMA PIMPINAN PELAJAR SELAIN MENGASAH BAKAT KEPIMPINAN. PARA PESERTA DILATIH UNTUK BERCAKAP DAN DIAJAR SIFAT TANGGUNGJAWAB DALAM MENGGALAS AMANAH.
 
SEMOGA BARISAN PENGAWAS DARUL HADIS TAHUN 2021 DIBERIKAN KEKUATAN DALAM MENJALANKAN TUGAS MEMIMPIN SELURUH PELAJAR. SEERU ALA BARAKATILLAH.
 
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS
YAYASAN PAKSI, ALOR SETAR
 
#TAMRINNUQABA #PENGAWAS
#DARULHADIS #MAAHADDARULHADIS
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#YAYASANPAKSI
LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH051_1611494989.jpg

MAJLIS EIDUL ILMI RAI PELAJAR CEMERLANG

MAJLIS EIDUL ILMI RAI PELAJAR CEMERLANG
 
ALOR SETAR, 30 DIS - MAJLIS EIDUL ILMI INI ADALAH MAJLIS YANG SABAN TAHUN DIADAKAN BAGI MERAIKAN KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN ANAK DIDIK DI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS. SEGALA USAHA DAN KEGIGIHAN PELAJAR SEPANJANG TAHUN TURUT DIRAIKAN SAMA ADA YANG TERLIBAT DI DALAM KURIKULUM MAHUPUN KOKURIKULUM. TIDAK DILUPAKAN, PENAMPILAN PELAJAR DARI SUDUT AKHLAK DAN SYAKHSIAH TURUT DIBERI PERHATIAN.
 
MAJLIS EIDUL ILMI KALI INI TURUT MENAMPILKAN PELANCARAN RASMI KAD MATRIK PELAJAR DAN SISTEM I-WALLET YANG MERUPAKAN SATU INOVASI DALAM CARA PEMBELIAN DAN JUALAN DI DARUL HADIS SHOP. SEGALA TRANSAKSI ADALAH DILAKUKAN SECARA TANPA TUNAI DENGAN HANYA MENGGUNAKAN KAD MATRIK. PELANCARAN INI DISEMPURNAKAN OLEH TIMBALAN PENGERUSI PERTUBUHAN HAL EHWAL SEKOLAH AGAMA NEGERI KEDAH (HESA), USTAZ MUHAMMAD BIN ISMAIL. PARA WARIS YANG HADIR KELIHATAN TERUJA DAN GEMBIRA DENGAN PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN ANAK-ANAK MEREKA SEPANJANG TAHUN 2020. MAJLIS KALI INI DISERIKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN NASYID OLEH KUMPULAN NASYID PELAJAR BANIN YANG DIBERI NAMA, NIDA' AZZAKIRIN. ANUGERAH TOKOH PELAJAR MITHALI 2020 DIRANGKUL OLEH HANA' BINTI TARMIDZI. BELIAU MERUPAKAN PELAJAR TAHUN AKHIR DAN MERUPAKAN ANTARA GENERASI PERTAMA PELAJAR BANAT YANG MENAMATKAN PENGAJIAN DI DARUL HADIS.
 
SELURUH WARGA PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR YANG MENUNJUKKAN PRESTASI CEMERLANG DAN KEPADA YANG KURANG BERJAYA, JANGAN BERPUTUS ASA DAN SENTIASA BERUSAHA MEMPERBAIKI DAN LAKUKAN YANG TERBAIK PADA TAHUN HADAPAN.
 
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS
YAYASAN PAKSI, ALOR SETAR
 
#EIDULILMI #MAJLISEIDULILMI #DARULHADIS #MAAHADDARULHADIS #PUSATPENGAJIANDARULHADIS #YAYASANPAKSI
LAGI