KATA ULAMA: 10 HARI PERTAMA MERUPAKAN HARI YANG TERBAIK SEPANJANG TAHUN KERANA IA DISUMPAH OLEH ALLAH
(( DEMI WAKTU FAJAR, DAN 10 MALAM PERTAMA-SURAH AL-FAJR:1-2)) IAITU 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH MENGIKUT PANDANGAN JUMHUR
10 HAI PERTAMA INI JUGA MERUPAKAN PENYEMPURNAAN NABI MUSA BERMUNAJAT KEPADA ALLAH SETELAH BAGINDA BERMUNAJAT (SELAMA 30 HARI DI BULAN ZULQA'DAH)
PARA ULAMA TASAWUF MENGATAKAN, JIKA NABI MUSA MEMPERSIAPKAN DIRI DENGAN MEMBERSIHKAN DIRI UNTUK BERMUNAJAT KEPADA ALLAH, MAKA BEGITU JUGA KITA DITUNTUT MEMBERSIHKAN DIRI TERUTAMA SEPANJANG 10 HARI PERTAMA, KERANA IA MERUPAKAN HARI-HARI YANG SANGAT MULIA
ANTARA AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN IALAH:
1-MEMPERBANYAKKAN TAHMID BERTAHLIL TERUTAMA YANG DISEBUTKAN الباقيات الصالحات IAITU SUBNAALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR
DI DALAM HADIS DISEBUT:
((TIDAKLAH ADA SATU AMALAN YANG PALING DISUKAI OLEH ALLAH MELAINKAN PADA HARI 10 HARI PERTAMA ZULHIJAH )) PARA SAHABAT BERTANYA: WALAUPUN SEORANG YANG KELUAR PERGI BERJIHAD?
KATA BAGINDA: TIDAK JUGA JIHAD KECUALI SESEORANG YANG KELUAR DENGAN MEMBAWA HARTA DAN DIRINYA , LALU TIDAK MEMBAWA SESUATU DARINYA"
2- BERPUASA DI SIANG HARI DAN BANGUN MALAM DI MALAMNYA
KELEBIHAN BANGUN MALAM ADALAH SEUMPAMA BANGUN PADA MALAM LAILATUL QADAR MANAKALA BERPUASA PADA SIANG HARINYA ADALAH SEPERTI MANA BERPUASA SEPANJANG TAHUN
APATAH LAGI JIKA BERPUASA PADA HARI ARAFAH , NESCAYA AKAN DIAMPUNKAN DOSA OLEH ALLAH SELAMA 2 TAHUN.
GOLONGAN WANITA YANG UZUR PADA BULAN RAMADHAN, MAKA BOLEH DNIATKAN PUASA QADHA PADA HARI-HARI YANG MULIA 10 ZULHIJJAH KERANA PAHALA JUGA AKAN TURUT DIGANDAKAN
3-BAGI YANG INGIN MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN, MAKA JANGANLAH MEMOTONG RAMBUT , KUKU DAN BULU-BULU DI BADAN SEHINGGAKAN WAKTU PENYEMBELIHAN.
INI DENGAN HARAPAN AGAR ANGGOTA BADAN KITA JUGA MENGIKUTI DENGAN TIDAK DIPOTONG DAN MUDAH-MUDAHAN DOSA KITA JUGA TURUT DIAMPUNKAN
4- SUNAT APABILA MELIHAT BINATANG KORBAN HENDAKLAH BERTAKBIR KERANA IA MENGHIDUPKAN SYIAR ISLAM.
DI DALAM HADIS DISEBUT:
((MULIAKANLAH BINATANG KORBAN KALIAN KERANA IA AKAN MENJADI TUNGGANGAN KALIAN DI SIRATH KELAK.))
5- PADA PAGI HARI ARAFAH, DISUNATKAN BERTAKBIR IAITU TAKBIR MUQAYYAD SELEPAS SETIAP KALI SOLAT SAMADA SOLAT WAJIB, SUNAT TERMASUK SOLAT QADHA DAN JUGA SOLAT JENAZAH.
WAKTU TAKBIR ITU BERTERUSAN SEHINGGALAH PADA ASAR HARI TASYRIQ IAITU HARI KE 13 ZULHIJAH
SEKALIPUN SELEPAS SOLAT TERLUPA UNTUK TAKBIR, MAKA IA TIDAK LUPUT WALAUPUN SELEPAS BEBERAPA TEMPOH SOLAT, MAKA IA DISUNATKAN LAGI UNTUK BERTAKBIR
MANAKALA TAKBIR MUTLAK ATAU MURSAL, IA DILAKUKAN PADA MALAM HARI RAYA AIDILADHA BERTERUSAN SEHINGGALAH IMAM MENGANGKAT TAKBIR SOLAT HARI RAYA
TAKBIR MUQAYYAD ADALAH LEBIH AFDOL DARIPADA TAKBIR MURSAL.
TAKBIR PADA EIDULFITRI ADALAH LEBIH BAIK DARI TAKBIR PADA HARI RAYA EIDULADHA, ADAPUN DARI SEGI SOLAT, MAKA SOLAT EIDULADHA ADALAH LEBIH BAIK
SEKIRANYA SESEORANG YANG BELUM SOLAT HARI RAYA, MAKA TAKBIR ITU BERTERUSAN SELAGI MANA BELUM SOLAT HARI RAYA SEHINGGALAH WAKTU TERGELINCIR MATAHARI (WAKTU ZOHOR), BARU LUPUT TAKBIR ITU
6- SUNAT MENGUCAPKAN TAHNIAH HARI RAYA . IA BUKAN BERMULA PADA HARI RAYA, BAHKAN IA SUDAH BERMULA PADA SUBUH HARI ARAFAH
DI HARI ARAFAH, ALLAH BERIKAN PELBAGAI ANUGERAH DENGAN ALLAH MENGAMPUNKAN SELURUH DOSA MAKHLUK SEHINGGAKAN SESIAPA YANG MENYANGKA BAHAWA DOSANYA TIDAK DIAMPUNKAN , MAKA IA BERDOSA BESAR.
KEBESARAN RAHMAT ALLAH PADA HARI ARAFAH INI, ALLAH BEBASKAN HAMBA-HAMBANYA DARI API NERAKA.
MAKA, MEREKA YANG TIDAK DAPAT BERKUMPUL DI PADANG ARAFAH, MAKA BERUSAHALAH MENIRU ORANG YANG BUAT HAJI DENGAN BERKUMPUL PADA PETANGNYA, BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH SEPERTI MANA ORANG BUAT HAJI DI TANAH ARAFAH BERDOA, MOGA DOSANYA DIAMPUNKAN ALLAH
ORANG YANG MEMULAKAN MENIRU PERKARA INI IALAH SAYYIDUNA ABDULLAH B ABBAS YANG KETIKA ITU BELIAU BERADA DI BASRAH.
PERKARA INI JUGA TURUT DILAKUKAN OLEH SAYYIDUNA HASAN AL-BASRI .
IMAM AHMAD B AHMAD APABILA DITANYA MENGENAI PERKUMPULAN ORANG-ORANG YANG MENIRU SEPERTI ORANG YANG YANG BERKUMPUL DI PADANG ARAFAH, BELIAU MENYEBUT:
“TIDAK ADA MASALAH, KERANA IA ADALAH MUNAJAT DAN DOA”.
MOGA KITA MENGAMBIL PELUANG BERAMAL PADA HARI-HARI YANG MULIA INI
FAWAID DARI KELAS BERSAMA HABIB ALWI ABU FUTAIM, MUDIR RIBAT AHLIL QURAN
 
VIDEO ZIKIR 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH ADALAH SEPERTI DI BAWAH :-