https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH051_1615209879.png

KULIAH DARUL HADIS 9 - 15 MAC 2021

JOM PAKAT MAI MENGAJI KULIAH MINGGUAN DI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS YAYASAN PAKSI πŸ˜ƒ

πŸ“ | KULIAH DHUHA | ✨
BERSAMA TUAN GURU BABA KHAIRUL ANUAR

πŸ—“ HARI: SELASA
πŸ“† TARIKH: 9/3/2021
⏰ MASA: 9.30 PAGI
KITAB PENGAJIAN :
KITAB AL-FATHU AL-MUBIN

πŸ“ | KULIAH DHUHA | ✨
BERSAMA USTAZ SHAHRIZAN MOHD HAZIME

πŸ—“ HARI: RABU
πŸ“† TARIKH: 10/3/2021
⏰ MASA: 9.30 PAGI
KITAB PENGAJIAN :
KITAB RIYADHUS SOLIHIN

πŸ“ | KULIAH MAGHRIB | πŸŒ•
BERSAMA USTAZ SHAHRIZAN MOHD HAZIME

πŸ—“ HARI: KHAMIS
πŸ“† TARIKH: 11/3/2021
⏰ MASA: 8.00 MALAM
KITAB PENGAJIAN :
KITAB AL-AZKAR AN-NAWAWIAH

πŸ“ | KULIAH DHUHA | ✨

πŸ—“ HARI: SABTU
πŸ“† TARIKH: 13/3/2020

⏰ MASA: 9.00 PAGI
BERSAMA USTAZ AHMAD SAYYAF
KITAB PENGAJIAN :
KITAB PENAWAR BAGI HATI

⏰ MASA: 10.00 PAGI
BERSAMA USTAZ DR. AHMAD MAJDI
KITAB PENGAJIAN :
50 HADIS PILIHAN

πŸ“LOKASI:
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS,
KAMPUNG TOK KELING,
05400 ALOR SETAR, KEDAH

LIKE DAN FOLLOW ‡️
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/MAAHADARULHADIS/

πŸ“² SILA SHARE KEPADA KENALAN ANDA. SEMOGA BERMANFAAT BUAT KITA SEMUA.

πŸ‘³πŸ»β€β™€οΈπŸ§•πŸ» MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR SERTA ⚠️ MESTI MENGIKUT SOP YANG TELAH DITETAPKAN.

πŸ“Œ AMALKAN PENJARAKAN SOSIAL, PAKAI PELITUP MUKA, KERAP MENCUCI TANGAN DAN PASTIKAN BADAN ANDA SIHAT.

#KULIAHDARULHADIS #DARULHADIS
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#MAAHADDARULHADIS #YAYASANPAKSI

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH051_1615038909.png

JAWATAN KOSONG DI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS

PIHAK KAMI SEDANG MENCARI INDIVIDU YANG SESUAI UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN SEPERTI BERIKUT :-

1) PEGAWAI JUALAN & PEMASARAN
2) TUKANG MASAK KANTIN ASRAMA
3) PENGASUH TASKA

HANTAR RESUME ANDA KE EMEL MAAHADARULHADIS@GMAIL.COM ATAU HADIR KE PEJABAT UNTUK MENGISI BORANG PERMOHONAN.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI ATAU WHATSAPP KE 019-4402769

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
16 MAC 2021

LIKE DAN FOLLOW FACEBOOK
‡️‡️‡️
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/MAAHADARULHADIS/

LAYARI LAMAN WEB RASMI :
HTTPS://PPDHADIS.EDU.MY/

TOLONG SEBARKAN KEPADA MEREKA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN.

#JAWATANKOSONG
#JOBVACANCY
#PEGAWAIJUALAN
#TUKANGMASAK
#PENGASUH
#DARULHADIS
#MAAHADDARULHADIS
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#YAYASANPAKSI

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH051_1614935889.png

KULIAH DHUHA DARUL HADIS KINI KEMBALI

SETELAH SEBULAN LEBIH BERLALU, SIRI PENGAJIAN KULIAH DHUHA DI DARUL HADIS KINI KEMBALI.

AYUH HADIR KE KULIAH DHUHA ✨

πŸ—“ HARI: SABTU
πŸ“† TARIKH: 6/3/2021

πŸ“LOKASI:
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS,
KAMPUNG TOK KELING,
05400 ALOR SETAR, KEDAH

HTTPS://MAPS.APP.GOO.GL/YOFB947SBHXRWUHA8

BERSAMA USTAZ SHAHRIZAN HAZIME
⏰ MASA: 9.00 PAGI - 10.00 PAGI
KITAB PENGAJIAN :
KITAB BULUGHUL MARAM

BERSAMA DATO' MURSYID DIRAJA SYEIKH BADERUDIN
⏰ MASA: 10.00 PAGI - 11.00 PAGI
KITAB PENGAJIAN :
KITAB TAJZIB ATRAF HADIS JILID 1

πŸ“² SILA SHARE KEPADA KENALAN ANDA. SEMOGA BERMANFAAT BUAT KITA SEMUA.

πŸ‘³πŸ»‍β™€οΈπŸ§•πŸ» MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR SERTA ⚠️ MESTI MENGIKUT SOP YANG TELAH DITETAPKAN.

πŸ“Œ AMALKAN PENJARAKAN SOSIAL, PAKAI PELITUP MUKA, KERAP MENCUCI TANGAN DAN PASTIKAN BADAN ANDA SIHAT.

#KULIAHDHUHA
#KULIAHDARULHADIS #DARULHADIS
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#MAAHADDARULHADIS #YAYASANPAKSI

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH051_1614593192.JPG

SERAMAI 46 ORANG PELAJAR BAHARU TERIMA KAD MATRIK

ALOR SETAR, 1 MAC - PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS MENGGUNAKAN SISTEM DI MANA PELAJAR HANYA MENGGUNAKAN KAD MATRIK UNTUK PEMBELIAN DI KOPERASI DENGAN SYARAT KAD MATRIK PELAJAR TU PERLU DITAMBAH NILAI (TOP UP) TERLEBIH DAHULU.
 
.
ALHAMDULILLAH PEGAWAI MEDIA, SAUDARA MUHAMMAD NOR AMAN SELESAI MENGEDARKAN KAD MATRIK TENGAHARI TADI KEPADA PELAJAR BAHARU BANIN DAN BANAT. KATANYA, ''PELAJAR TIDAK PERLU LAGI MEMBAWA TUNAI KE MAAHAD." MEREKA HANYA PERLU BERBELANJA BARANG KEPERLUAN HARIAN DENGAN MENGGUNAKAN I-WALLET DI DARUL HADIS SHOP.
.
USTAZ SHAHRIZAN HAZIME SELAKU MUDIR JUGA BERKATA, "DENGAN SISTEM I-WALLET INI, IANYA DAPAT MENGURANGKAN KES KECICIRAN DAN KEHILANGAN DUIT TUNAI DALAM KALANGAN PELAJAR SELAIN MEMUDAHKAN PARA WARIS MELIHAT SENARAI BARANG YANG DIBELI OLEH ANAK MEREKA DI DARUL HADIS SHOP." PIHAK WARIS JUGA BOLEH MENYEMAK BAKI DUIT YANG TINGGAL DI DALAM AKAUN I-WALLET MELALUI APLIKASI DI TELEFON MASING-MASING.
 
 
#IWALLET #DARULHADISSHOP
#TOWARDSCASHLESSSOCIETY
#DARULHADISTANPATUNAI
#JOMBELAJARDIDARULHADIS
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#MAAHADDARULHADIS
#YAYASANPAKSI
LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH051_1614156488jpeg

LANGKAH AWAL PENUBUHAN KOPERASI DARUL HADIS

ALOR SETAR, 24 FEB - HARI INI PIHAK PENTADBIRAN PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS TELAH MEMULAKAN LANGKAH AWAL DALAM PENUBUHAN KOPERASI DENGAN MENGADAKAN PERJUMPAAN BERSAMA PEGAWAI SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA CAWANGAN NEGERI KEDAH.
 
 
DARUL HADIS YANG DIWAKILI OLEH MUDIR, USTAZ SHAHRIZAN HAZIME DAN TIMBALAN MUDIR, USTAZ FIKRI NOORDIN MENYAMPAIKAN HASRAT TERSEBUT DAN TELAH DIPERJELASKAN MENGENAI PANDUAN PENUBUHAN KOPERASI. PIHAK SKM MENYAMBUT BAIK HASRAT MURNI ITU SELARI DENGAN VISI SKM IAITU "PENERAJU KECEMERLANGAN KOPERASI BAGI MENJADIKANNYA PENYUMBANG BERKESAN KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA "
 
SAMA-SAMA KITA DOAKAN KELANCARAN PROSES PENUBUHAN KOPERASI DARUL HADIS AGAR MENJADI KENYATAAN DAN BAKAL MEMBERI MANFAAT KEPADA SELURUH ANGGOTA KOPERASI KELAK.
 
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS
YAYASAN PAKSI, ALOR SETAR
 
#DARULHADIS
#MAAHADDARULHADIS
#KOPERASIDARULHADIS
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#YAYASANPAKSI
LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH051_1613871426jpeg

IJTIMAK MINGGUAN : PELAJAR BERSEMANGAT MENERUSKAN PENGAJIAN SECARA BERSEMUKA

ALOR SETAR, 21 FEB - ALHAMDULILLAH SELESAI IJTIMAK MINGGUAN KEDUA UNTUK TAHUN 2021 SETELAH PKP. DIHARAPKAN PARA PELAJAR TERUS BERSEMANGAT UNTUK MENUNTUT ILMU DENGAN PARA ASATIZAH DI BUMI BARAKAH, DARUL HADIS.
 
DARIPADA ABU HURAIRAH RA, BAHAWA NABI SAW BERSABDA:
Ω…ΩŽΩ†Ω’ Ψ³ΩŽΩ„ΩŽΩƒΩŽ Ψ·ΩŽΨ±ΩΩŠΩ‚Ω‹Ψ§ ΩŠΩŽΩ„Ω’ΨͺΩŽΩ…ΩΨ³Ω ΩΩΩŠΩ‡Ω ΨΉΩΩ„Ω’Ω…Ω‹Ψ§ΨŒ Ψ³ΩŽΩ‡Ω‘ΩŽΩ„ΩŽ اللهُ Ω„ΩŽΩ‡Ω بِهِ Ψ·ΩŽΨ±ΩΩŠΩ‚Ω‹Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩ‰ Ψ§Ω„Ω’Ψ¬ΩŽΩ†Ω‘ΩŽΨ©ΩΨŒ ΩˆΩŽΩ…ΩŽΨ§ Ψ§Ψ¬Ω’ΨͺΩŽΩ…ΩŽΨΉΩŽ Ω‚ΩŽΩˆΩ’Ω…ΩŒ فِي Ψ¨ΩŽΩŠΩ’Ψͺٍ مِنْ بُيُوΨͺِ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ΩΨŒ يَΨͺΩ’Ω„ΩΩˆΩ†ΩŽ كِΨͺَابَ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ΩΨŒ وَيَΨͺΩŽΨ―ΩŽΨ§Ψ±ΩŽΨ³ΩΩˆΩ†ΩŽΩ‡Ω Ψ¨ΩŽΩŠΩ’Ω†ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω’ΨŒ Ψ₯ΩΩ„Ω‘ΩŽΨ§ Ω†ΩŽΨ²ΩŽΩ„ΩŽΨͺΩ’ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡ΩΩ…Ω Ψ§Ω„Ψ³Ω‘ΩŽΩƒΩΩŠΩ†ΩŽΨ©ΩΨŒ وَغَشِيَΨͺْهُمُ Ψ§Ω„Ψ±Ω‘ΩŽΨ­Ω’Ω…ΩŽΨ©Ω ΩˆΩŽΨ­ΩŽΩΩ‘ΩŽΨͺْهُمُ Ψ§Ω„Ω’Ω…ΩŽΩ„ΩŽΨ§Ψ¦ΩΩƒΩŽΨ©ΩΨŒ ΩˆΩŽΨ°ΩŽΩƒΩŽΨ±ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω اللهُ ΩΩΩŠΩ…ΩŽΩ†Ω’ ΨΉΩΩ†Ω’Ψ―ΩŽΩ‡Ω
 
MAKSUDNYA: “BARANGSIAPA YANG MENEMPUH SATU JALAN UNTUK MENUNTUT ILMU MAKA ALLAH SWT AKAN MEMUDAHKAN BAGINYA JALAN UNTUK KE SYURGA. TIDAKLAH SATU KUMPULAN BERKUMPUL DI DALAM SEBUAH RUMAH DI ANTARA RUMAH-RUMAH ALLAH, MEMBACA KITAB ALLAH (AL-QUR’AN) DAN MEMPELAJARINYA SESAMA MEREKA MELAINKAN AKAN TURUN KEPADA MEREKA SAKINAH (KETENANGAN), DILIPUTI KE ATAS MEREKA RAHMAT DAN DINAUNGI OLEH MALAIKAT SERTA ALLAH SWT AKAN MENYEBUT MEREKA PADA MALAIKAT YANG BERADA DI SISI-NYA”. [RIWAYAT MUSLIM (4867)]
 
#DARULHADIS
#MAAHADDARULHADIS
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#YAYASANPAKSI
LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH039_1613621722.jpg

PERKEMBANGAN TERKINI PROJEK NAIKTARAF KOMPLEKS PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS,YAYASAN PAKSI

18/2/2021 - PERKEMBANGAN TERKINI PROJEK NAIKTARAF BANGUNAN KOMPLEKS PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS, YAYASAN PAKSI DI MANA KERJA-KERJA MEMASANG DINDING/PAGAR PROJEK DAN MENANAM BATANG CERUCUK KONKRIT SEDANG GIAT DIJALANKAN. DIANGGARKAN KOS KESELURUHAN PROJEK NAIKTARAF INI MENELAN BELANJA RM 600 RIBU.

JUSTERU ITU, PIHAK SEKOLAH MEMBUKA PELUANG KEPADA ORANG RAMAI YANG INGIN MEMBANTU KEWANGAN SEKOLAH DAN KAMI JUGA MERAYU KEPADA ANDA UNTUK SAMA-SAMA MELABUR SAHAM AKHIRAT DENGAN MENGHULURKAN SUMBANGAN/WAKAF BAGI MENJAYAKAN PROJEK NAIKTARAF BANGUNAN KOMPLEKS.

PROJEK NAIKTARAF INI MERANGKUMI PEMBINAAN BANGUNAN 3 TINGKAT YANG MEMPUNYAI FASILITI SEPERTI:

1️⃣ LOBI UTAMA BANGUNAN KOMPLEKS

2️⃣ BILIK PEJABAT

3️⃣ BILIK PANTRI GURU

4️⃣ TANDAS & TEMPAT WUDUK PELAJAR

5️⃣ TANDAS VIP

6️⃣ TANGGA NAIK KE BUMBUNG

DENGAN TERBINANYA BANGUNAN INI KELAK, IA MEMBERI MANFAAT DAN KESELESAAN KHUSUSNYA KEPADA ANAK-ANAK PELAJAR YANG MENGAJI DI SINI, PARA GURU/STAFF SEKOLAH SERTA ORANG RAMAI YANG PENUNTUT ILMU PADA SETIAP MINGGU DI KULIAH PENGAJIAN MINGGUAN.

SUMBANGAN BOLEH DIHULURKAN SECARA ONLINE MELALUI 3 PLATFORM:

β˜‘οΈ BANK ISLAM

➑️ DANA DARUL HADIS

➑️ 02105010006858

πŸ“Œ SILA TULIS DI RUANGAN RECIPIENT REFERENCE: NAIKTARAF KOMPLEKS

 

β˜‘οΈ JOMPAY

➑️ BILLER CODE : 41673 

➑️ REF - 1 : WAKAF  

 

β˜‘οΈ APLIKASI SNAPNPAY DI TELEFON PINTAR, IKUTI LANGKAH MUDAH SEPERTI:

➑️ DOWNLOAD APLIKASI SNAPNPAY DI GOOGLE PLAY ATAU APP STORE

➑️ LOG IN/DAFTAR MASUK MELALUI GMAIL ANDA

➑️ BOLEH TERUS MENYUMBANG DENGAN:

 • KLIK 'I-SEDEKAH' DAN TAIP 'PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS KEDAH' ATAU

 • IMBAS QR KOD

 

KAMI JUGA MENGHARAP AGAR TN/PN YANG DAPAT IKLAN INI UNTUK TURUT MEMBANTU DENGAN SHARE KEPADA PARA KENALAN AGAR AMALAN KEBAIKAN YANG KITA KERJAKAN INI MENDAPAT GANJARAN PAHALA SEPERTI MANA PAHALA MEREKA YANG WAKAF DAN MENYUMBANG.

 

ALAMAT SEKOLAH:

PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS,YAYASAN PAKSI

KG. TOK KELING, MUKIM DERGA,

05400 ALOR SETAR, KEDAH.

 

LOKASI PETA SEKOLAH BY GOOGLE(KLIK SINIπŸ‘‡)

HTTPS://MAPS.APP.GOO.GL/YOFB947SBHXRWUHA8

 

PERTANYAAN, HUBUNGI:

017-5410382 (MUDIR - UST SHAHRIZAN)

019-5512346 (TIMB. MUDIR - UST FIKRI)

011-59638442 (PEGAWAI DANA)

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH051_1613470173.png

KEPUTUSAN PERTANDINGAN SYARAHAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Β 

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
 
 
SEMPENA DENGAN PKP KALI INI, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS TELAH MENGANJURKAN PERTANDINGAN SYARAHAN HADIS 40 IMAM NAWAWI KHUSUS UNTUK ANAK-ANAK DARUL HADIS.
 
ALHAMDULILLAH PENYERTAAN YANG SANGAT BAIK DARIPADA SEMUA SERTA KOMITMEN YANG JITU DARIPADA PIHAK WARIS. SERAMAI 10 ORANG PERSERTA YANG MENYERTAI PERTANDINGAN INI. HANYA 3 YANG TERBAIK DIPILIH SEBAGAI PEMENANG.
 
TEMPAT PERTAMA
ADIBAH HANIM BINTI ABU HASSAN
PELAJAR BANAT SANAWI 3
 
TEMPAT KE-2
NUR ANIS NAZIMAH BT ASMIRA
PELAJAR BANAT SANAWI 1
 
TEMPAT KE-3
ABDUL HAQQ BIN SHAHRUL MIZAL
PELAJAR BANIN SANAWI 1
 
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PEMENANG YANG TELAH BERJAYA.
YANG TIDAK TERSENARAI DALAM PEMENANG, ANDA JUGA TELAH MENANG KERANA BERJAYA MEMASUKI PERTANDINGAN.
 
TEMPAT PERTAMA : WANG TUNAI RM200πŸ’΅
TEMPAT KEDUA : WANG TUNAI RM100πŸ’΅
TEMPAT KETIGA : WANG TUNAI RM50πŸ’΅
 
SEMOGA ANDA SEMUA LEBIH BERSEMANGAT UNTUK MENGASAH BAKAT SYARAHAN HADIS SETERUSNYA MENYAMPAIKAN HADIS KEPADA MASYARAKAT APABILA BERGRADUASI DARI DARUL HADIS NANTI SEPERTIMANA SABDA RASULULLAH SAW.
 
Ψ¨ΩŽΩ„Ω‘ΩΨΊΩΩˆΨ§ ΨΉΩŽΩ†Ω‘ΩΩŠ ΩˆΩŽΩ„ΩŽΩˆΩ’ Ψ’ΩŠΩŽΨ©Ω‹
 
MAKSUDNYA: SAMPAIKANLAH KALIAN DARIPADAKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.
HADIS RIWAYAT IMAM AL-BUKHARI (3461)
 
USTAZ MUHAMMAD 'ATHA BIN IBRAHIM
PENOLONG KANAN AKADEMIK
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS
 
#SYARAHANHADIS #DARULHADIS
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#MAAHADDARULHADIS
#YAYASANPAKSI
 
LAGI

BULAN REJAB: KEMULIAAN DICEMARI KEPALSUAN

BULAN REJAB MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA 'AL-ASHUR AL-HURUM' (BULAN-BULAN HARAM) SELAIN BULAN MUHARRAM, ZULKAEDAH DAN ZULHIJJAH. BULAN-BULAN HARAM MERUPAKAN BULAN MULIA SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH AL-TAUBAH AYAT 36, YANG BERMAKSUD, "SESUNGGUHNYA BILANGAN BULAN-BULAN DI SISI (HUKUM) ALLAH IALAH DUA BELAS BULAN, (YANG TELAH DITETAPKAN) DALAM KITAB ALLAH SEMASA DIA MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI. ANTARANYA EMPAT BULAN HARAM (YANG DIHORMATI). KETETAPAN YANG DEMIKIAN ITU IALAH AGAMA YANG BETUL LURUS, MAKA JANGANLAH KAMU MENGANIAYA DIRI KAMU DALAM BULAN-BULAN YANG DIHORMATI ITU (DENGAN MELANGGAR LARANGANNYA)...." ABU BAKRAH MELAPORKAN, NABI MUHAMMAD SAW BERSABDA, "SESUNGGUHNYA MASA ITU BEREDAR SEBAGAIMANA HARI ALLAH MENCIPTA LANGIT DAN BUMI IAITU SETAHUN ITU ADA DUA BELAS BULAN. ANTARANYA ADA EMPAT BULAN HARAM (YANG DIHORMATI) IAITU TIGA BULAN BERTURUT-TURUT: ZULKAEDAH, ZULHIJJAH, DAN MUHARRAM. SETERUSNYA REJAB IAITU ANTARA BULAN JAMADILAKHIR DAN SYA'BAN." (HADIS SAHIH DIREKODKAN OLEH IMAM BUKHARI DAN MUSLIM).

IMAM IBNU RAJAB AL-HANBALI MENJELASKAN, MAKSUD REJAB IALAH AGUNG (LATA'IF AL-MA'ARIF, HLM. 117). OLEH SEBAB ITU, BULAN REJAB ADALAH BULAN YANG AGUNG DAN MULIA. ANTARA KEISTIMEWAAN BULAN REJAB IALAH BERLAKUNYA PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ YANG MENURUT MAJORITI ULAMA' IA BERLAKU PADA 27 REJAB.

NAMUN ISU YANG TIMBUL IALAH KEMULIAAN BULAN REJAB SEBAGAI SALAH SATU BULAN HARAM TELAH DICEMARI DENGAN PENGAGUNGAN YANG BERSUMBERKAN KEPADA LAPORAN/HADIS PALSU YANG DIREKA-REKA YANG DIISTILAHKAN DALAM ILMU HADIS SEBAGAI HADIS MAUDHUK.

MENGAGUNGKAN BULAN REJAB BUKANLAH SATU PERSOALAN YANG BARU. IA TELAH PUN WUJUD PADA ZAMAN JAHILIYYAH; SEBELUM KEDATANGAN ISLAM. MASYARAKAT ARAB JAHILIYAH BEGITU MENGAGUNGKAN BULAN REJAB SEHINGGA MEREKA MENJADIKANNYA SEBAGAI PERAYAAN. ANTARA AMALAN POPULAR YANG DILAKUKAN OLEH SEBAHAGIAN ORANG ISLAM DI MALAYSIA APABILA DATANGNYA BULAN REJAB IALAH MEREKA BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MELAKUKAN PUASA SUNAT REJAB DAN MENGHIDUPKAN MALAM DENGAN SEMBAHYANG SUNAT REJAB.

UMAT ISLAM DI MALAYSIA KHUSUSNYA DAN DUNIA UMUMNYA; KINI DAN DAHULU, TELAH DISAJIKAN DENGAN PELBAGAI JANJI MANIS JIKA MELAKUKAN SESUATU AMALAN KHUSUS DI BULAN REJAB. SATU KEBENARAN YANG PERLU DIJELASKAN KEPADA UMAT ISLAM IALAH TIADA AMALAN KHUSUS DALAM BULAN REJAB YANG DILAPORKAN DARIPADA RASULULLAH SAW DARI HADIS SAHIH. AMALAN TERTENTU SEPERTI SOLAT SUNAT REJAB, PUASA REJAB DAN UMRAH DI BULAN REJAB ADALAH SEBAHAGIAN KECILNYA BERSANDARKAN KEPADA HADIS LEMAH (DAIF) DAN KEBANYAKKANNYA ADALAH HADIS PALSU (MAUDHUK).

ISU MENCEMARKAN BULAN REJAB DENGAN JANJI-JANJI DARIPADA SUMBER YANG PALSU INI SUDAHPUN WUJUD SEKIAN LAMA. ANTARA ULAMA TERDAHULU YANG MEMBONGKAR USAHA GOLONGAN PEMALSU HADIS YANG MEMBUAT PEMBOHONGAN TERHADAP NABI MUHAMMAD SAW BERKAITAN KELEBIHAN BULAN REJAB DAN AMALAN KHUSUS PADANYA, ANTARANYA IALAH IMAM AHLI HADIS ABU AL-KHATTAB 'UMAR BIN HASAN IBN DIHYAH (W. 633H) YANG MENGARANG BUKU YANG BERTAJUK 'ADA' MA WAJAB MIN BAYAN WAD' AL-WADDA'IN FI RAJAB (MELAKSANAKAN APA YANG WAJIB DENGAN MENERANGKAN PEMALSUAN YANG DILAKUKAN OLEH PEMBOHONG BERKAITAN REJAB)' DAN IMAM IBNU HAJAR AL-'ASQALANI (W. 852H) YANG MENGARANG RISALAH YANG BERTAJUK 'TABYIN AL-'AJAB BI MA WARADA FI FADHL RAJAB (MENJELASKAN PERKARA YANG PELIK BERKAITAN DENGAN APA YANG DISAMPAIKAN TENTANG KELEBIHAN REJAB)'.

'ATA; SEORANG ULAMA TABI'IN MENJELASKAN, NABI MUHAMMAD SAW MELARANG DARIPADA BERPUASA PENUH SEBULAN BULAN REJAB AGAR IA TIDAK DIJADIKAN SEBAGAI PERAYAAN SEBAGAIMANA YANG DILAKUKAN OLEH ORANG ARAB JAHILIYYAH (IBNU RAJAB, LATA'IF AL-MA'ARIF, HLM. 11). IBNU HAJAR AL-'ASQALANI MENJELASKAN, "LARANGAN DARIPADA BERPUASA SEBULAN PENUH PADA BULAN REJAB ADALAH BERKAITAN DENGAN INDIVIDU YANG MELAKUKANNYA KERANA TERPENGARUH DENGAN AMALAN ORANG ARAB JAHILIYYAH YANG BEGITU MENGAGUNGKAN BULAN REJAB.

TETAPI JIKA SESEORANG ITU BERPUASA SUNAT SAMA SEPERTI BULAN LAIN TANPA MENGANGGAP PUASA BULAN REJAB ADALAH LEBIH UTAMA DARIPADA BULAN LAIN, TIDAK MENGKHUSUSKAN PUASA HARI TERTENTU BULAN REJAB BAGI MENDAPAT GANJARAN TERTENTU, MAKA AMALAN ITU TIDAK MENJADI KESALAHAN. BEGITU JUGA DENGAN INDIVIDU YANG MENGHIDUPKAN MALAM BULAN REJAB DENGAN BERIBADAH SEBAGAIMANA DIA BERIBADAH PADA MALAM BULAN LAIN. TETAPI JIKA SESEORANG BERIBADAH SUNAT HANYA PADA BULAN REJAB SAHAJA DENGAN ANGGAPAN IA KHUSUS UNTUK BULAN REJAB, MAKA IA ADALAH AMALAN YANG DILARANG." (TABYIN AL-'AJAB, HLM. 49).

IMAM IBNU HAJAR AL-'ASQALANI MENJELASKAN TUJUAN BELIAU MENGARANG RISALAH YANG BERTAJUK 'TABYIN AL-'AJAB BI MA WARADA FI FADHL RAJAB' : "TELAH BERULANG-ULANG SOALAN YANG DIKEMUKAKAN TENTANG KELEBIHAN BULAN REJAB, TENTANG BERPUASA DAN SOLAT SUNAT PADANYA. SERTA UNTUK MENJELASKAN YANG MANA HADIS YANG SAHIH DAN YANG PALSU." KESIMPULAN DARIPADA ANALISA YANG DILAKUKAN OLEH IMAM IBNU HAJAR IALAH, "LANGSUNG TIDAK TERDAPAT HADIS SAHIH YANG BOLEH DIJADIKAN HUJAH TENTANG KELEBIHAN BULAN REJAB, PUASA SUNAT KHUSUS REJAB, JUGA SOLAT SUNAT QIYAMULLAIL KHUSUS REJAB...NAMUN BEGITU TERDAPAT SEBAHAGIAN ULAMA YANG MEMBENARKAN MENERIMA HADIS YANG MENJELASKAN TENTANG KELEBIHAN BULAN REJAB WALAUPUN HADIS ITU DAIF, TETAPI TIDAK BOLEH DITERIMA JIKA IA HADIS MAUDUK."

ANTARA KELEBIHAN BULAN REJAB DAN AMALAN KHUSUS PADANYA YANG BERSUMBERKAN LAPORAN/HADIS PALSU IALAH:

  1. HENDAKLAH KAMU MEMULIAKAN BULAN REJAB NESCAYA ALLAH MULIAKAN KAMU DENGAN SERIBU KEMULIAAN DI HARI QIAMAT LAPORAN INI PALSU KERANA IA DIREKA OLEH SEORANG PELAPOR HADIS YANG DILABEL OLEH ULAMA HADIS SEBAGAI SEORANG PEMBOHONG IAITU ABU AL-BARAKAT HIBATULLAH IBN AL-MUBARAK AL-SAQATI.
  2. BULAN REJAB BULAN ALLAH, BULAN SYAABAN BULANKU, DAN BULAN RAMADHAN BULAN UMATKU. LAPORAN INI PALSU KERANA IA DIREKA OLEH SEORANG PELAPOR HADIS YANG DILABEL OLEH ULAMA HADIS SEBAGAI SEORANG PEMBOHONG IAITU ABU BAKAR MUHAMMAD BIN HASAN AL-NAQQASH. DALAM RANTAIAN PELAPOR HADIS INI JUGA TERDAPAT INDIVIDU YANG TIDAK DIKENALI SEPERTI AL-KASSA'I.

III. KELEBIHAN BULAN REJAB DARI SEGALA BULAN SEPERTI KELEBIHAN QURAN ATAS SEGALA ZIKIR. LAPORAN INI PALSU KERANA IA DIREKA OLEH SEORANG PELAPOR HADIS YANG DILABEL OLEH ULAMA HADIS SEBAGAI SEORANG PEMBOHONG IAITU ABU AL-BARAKAT HIBATULLAH IBN AL-MUBARAK AL-SAQATI.

  1. SESIAPA BERPUASA TIGA HARI PADA BULAN REJAB, ALLAH MENULISKAN UNTUKNYA PAHALA BERPUASA SEBULAN. SESIAPA YANG BERPUASA TUJUH HARI DITUTUP BAGINYA TUJUH PINTU NERAKA. SESIAPA BERPUASA LAPAN HARI, ALLAH MEMBUKA BAGINYA LAPAN PINTU SYURGA. SESIAPA BERPUASA SETENGAH BULAN REJAB, ALLAH MENULISKAN UNTUKNYA MEMPEROLEH KEREDAANNYA, SESIAPA YANG DITULIS BAGINYA KEREDAANNYA, ORANG ITU TIDAK AKAN DIAZAB. SESIAPA YANG BERPUASA SEBULAN REJAB, ALLAH AKAN MENGHISAB ORANG ITU DI PADANG MAHSYAR DENGAN HISAB YANG MUDAH. LAPORAN INI PALSU KERANA IA DIREKA OLEH SEORANG PELAPOR HADIS YANG DILABEL OLEH ULAMA HADIS SEBAGAI SEORANG PEMBOHONG IAITU ABAN BIN ABI 'IYASH. LAPORAN-LAPORAN LAIN YANG MENJELASKAN KELEBIHAN BERPUASA MENGIKUT BILANGAN HARI DI BULAN REJAB JUGA LAPORAN PALSU, ANTARANYA DIREKA OLEH UTHMAN BIN MATAR, HARUN BIN 'ANTARAH, DAN FARRAT BIN AL-SA'IB.
  2. SESIAPA SEMBAHYANG MAGHRIB PADA HARI PERTAMA BULAN REJAB, KEMUDIAN SELEPAS ITU DIA BERSEMBAHYANG SUNAT 20 RAKAAT DENGAN SEPULUH KALI SALAM, SETIAP RAKAAT DIBACA SURAH AL-FATIHAH DAN SELEPAS ITU MEMBACA SURAH AL-IKHLAS SEKALI, ADAKAH KAMU TAHU PAHALANYA? LAPORAN INI PALSU KERANA IA DIREKA OLEH SEORANG PELAPOR HADIS YANG DILABEL OLEH ULAMA HADIS SEBAGAI SEORANG PEMBOHONG IAITU AL-HUSAYN BIN IBRAHIM. TERDAPAT LAPORAN PALSU LAIN YANG DIREKA MENJELASKAN KELEBIHAN TERTENTU JIKA BERSEMBAHYANG SUNAT DENGAN BILANGAN RAKAAT TERTENTU DENGAN BACAAN TERTENTU PADA BULAN REJAB. ANTARA INDIVIDU LAIN YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMBUAT LAPORAN PALSU TERSEBUT IALAH ALI BIN ABDULLAH BIN JAHDAM, ABAN BIN ABI 'IYASH. SEMBAHYANG TERSEBUT JUGA DIISTILAHKAN SEBAGAI SEMBAHYANG SUNAT RAGHA'IB.

VII. BERSEDEKAH PADA BULUN REJAB DIJAUHKAN ALLAH DARIPADA API NERAKA. LAPORAN INI PALSU KERANA IA DIREKA OLEH SEORANG PELAPOR HADIS YANG DILABEL OLEH ULAMA HADIS SEBAGAI SEORANG PEREKA HADIS IAITU ABAN BIN ABI 'IYASH.

HARAM MENYEBAR HADIS PALSU

AL-MUGHIRAH BIN SYU'BAH MELAPORKAN, NABI MUHAMMAD SAW BERSABDA, "SESUNGGUHNYA PEMBOHONGAN YANG DILAKUKAN KE ATASKU ADALAH TIDAK SAMA DENGAN PEMBOHONGAN YANG DILAKUKAN KE ATAS ORANG LAIN. SESIAPA YANG MEMBUAT PEMBOHONGAN TERHADAPKU DENGAN SENGAJA, MAKA BERSEDIALAH DIA DENGAN TEMPAT DUDUKNYA DI DALAM API NERAKA." (HADIS SAHIH DIREKOD OLEH IMAM AL-BUKHARI).

SYEIKH ABU ASMA' IBRAHIM BIN ISMAIL ALI 'ASR MENJELASKAN DALAM PENDAHULUANNYA KEPADA SUNTINGAN KARYA IMAM IBN HAJAR AL-'ASQALANI YANG BERTAJUK 'TABYIN AL-'AJAB BI MA WARADA FI FADHL RAJAB', RAMAI DALAM KALANGAN PENDAKWAH, PENCERAMAH, GURU AGAMA, KHATIB YANG TIDAK SENSITIF TERHADAP HADIS MAUDHUK, SEHINGGA MEREKA MENYAMPAIKANNYA KEPADA MASYARAKAT TANPA BERUSAHA MENGENALPASTI STATUS SESUATU HADIS. PERKARA MERBAHAYA INI BOLEH MENCEBURKAN MEREKA DAN ANGGOTA MASYARAKAT YANG MENYEBARKAN HADIS PALSU DALAM ANCAMAN NABI, "SESIAPA YANG BERDUSTA TERHADAPKU, MAKA BERSEDIALAH TEMPATNYA DI DALAM API NERAKA". WALAUPUN MEREKA TIDAK BERNIAT UNTUK MELAKUKAN PENDUSTAAN TERHADAP RASULULLAH, TETAPI DENGAN TINDAKAN MEREKA MENYEBARKAN HADIS PALSU SEDANGKAN MEREKA SUDAH DIJELASKAN KEPALSUAN HADIS ITU, MEREKA TELAH TERJEBAK DALAM MELAKUKAN PENDUSTAAN TERHADAP RASULULLAH SAW.

ABU HURAIRAH MELAPORKAN, NABI MUHAMMAD SAW BERSABDA, "CUKUPLAH SESEORANG ITU SUDAH DIANGGAP BERDOSA DENGAN DIA MENYEBARKAN SEGALA BERITA YANG DIDENGAR TANPA DISIASAT TERLEBIH DAHULU." (HADIS SAHIH DIREKOD OLEH IMAM MUSLIM).

UMAT ISLAM TIDAK PERLU DISAJIKAN DENGAN PAHALA DAN FADHILAT UNTUK MELAKUKAN AMALAN KHUSUS HANYA DI BULAN REJAB SAHAJA, SEDANGKAN IA BERSUMBERKAN LAPORAN/HADIS PALSU YANG MERUPAKAN PEMBOHONGAN TERHADAP NABI MUHAMMAD SAW. ADALAH AMAT BAIK KITA DAPAT MELAZIMI DIRI DENGAN MELAKSANAKAN AMAL IBADAH SECARA BERTERUSAN YANG BERSUMBERKAN DALIL YANG BENAR DARIPADA AL-QURAN DAN HADIS SAHIH; TENTANG KELEBIHAN MENGHIDUPKAN MALAM DENGAN SOLAT SUNAT SEPERTI TAHAJUD DAN WITIR, PUASA SUNAT ISNIN KHAMIS, PUASA SUNAT HARI KE 13, 14, DAN 15 SETIAP BULAN, PUASA SUNAT SELANG SEHARI SEPERTI CARA PUASA NABI DAUD.

MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMELIHARA KEMULIAAN BULAN HARAM SEPERTI BULAN REJAB INI DARIPADA DICEMARI DENGAN HADIS PALSU.

WALLAHUA'LAM.

OLEH:

PROF. MADYA DR. ARIEFF SALLEH BIN ROSMAN

PENSYARAH

FELO PERUNDANGAN ISLAM DAN KEFATWAAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

 

LAGI