SETELAH MENDAPAT PERINTAH HIJRAH DARIPADA ALLAH S.W.T, BARULAH RASULULLAH SAW MEMULAKAN PERJALANAN HIJRAH BAGINDA BERSAMA TEMAN RAPATNYA, SAIDINA ABU BAKAR KE KOTA YATHRIB DAN BERLINDUNG DIRI SELAMA 3 HARI DI GUA THUR. BERDASARKAN BUKU KARANGAN MUHAMMAD SAID RAMADHAN AL-BUTI IAITU FIQH SIRAH, MENYATAKAN BAHAWA MENGIKUT PENDAPAT TERKUAT, PERISTIWA PERJALANAN BAGINDA BERLAKU PADA 2 RABI'UL AWWAL BERSAMAAN 20 SEPTEMBER 631 T.M, TIGA BELAS TAHUN SELEPAS PENGUTUSAN BAGINDA SEBAGAI RASUL. MANAKALA DALAM SIRAH NABAWIYYAH KARANGAN DR. MUSTAFA AS-SYIBAIE MENYATAKAN BAHAWA PERISTIWA HIJRAH BERLAKU PADA TAHUN KE 53 KELAHIRAN BAGINDA.
ANTARA YANG BERPERANAN DALAM MEMBANTU PERJALANAN HIJRAH BAGINDA IALAH:
1. ALI BIN ABI TALIB ; MENGGANTIKAN TEMPAT TIDUR RASULULLAH
2. ABDULLAH BIN ABU BAKAR ( ANAK KEPADA ABU BAKAR) : MENYAMPAIKAN BERITA RANCANGAN PUAK QURAISY KEPADA BAGINDA.
3. AISYAH BT ABU BAKAR DAN ASMA BT ABU BAKAR : MENYEDIAKAN MAKANAN. ASMA BT ABU BAKAR DITUGASKAN MENGHANTAR MAKANAN KEPADA BAGINDA DAN ABU BAKAR DI GUA THUR SETIAP PETANG.
4. AMIR BIN FUHAIRA : MEMBAWA KAMBING TERNAKAN KE TEMPAT TERNAKAN DAN APABILA PETANG DIBAWA KE PINTU GUA BAGI MEMUDAHKAN BAGINDA DAN ABU BAKAR MENGAMBIL SUSU. KAMBING ITU JUGA BERTUJUAN MENGHAPUSKAN KESAN TAPAK KAKI MEREKA KE PINTU GUA.
BEBERAPA PENGAJARAN DARIPADA KISAH HIJRAH RASUL YANG BOLEH DIJADIKAN PEDOMAN BUAT KITA UMMAT NABI MUHAMMAD HARI INI IALAH:
1. RASULULLAH SAW TERLALU MENYAYANGI ABU BAKAR ALAIHISSALAM SEHINGGA MEMPELAWA BELIAU UNTUK BERHIJRAH BERSAMA BAGINDA. MANAKALA ABU BAKAR MERUPAKAN CONTOH TAULADAN SEORANG SAHABAT SETIA DAN JUJUR MALAH MENGORBANKAN SEGALA JIWA, RAGA DAN KESELURUHANNYA DEMI PERJUANGAN RASULULLAH SAW. BELIAU TIDAK MEMBIARKAN RASULULLAH MEMASUKI GUA TERLEBIH DAHULU SEBELUM BELIAU MEMASUKINYA UNTUK MEMASTIKAN GUA TERSEBUT SELAMAT DARIPADA BAHAYA UNTUK DIDIAMI. BELIAU JUGA TELAH MENGERAHKAN TENAGA PUTERA-PUTERI BELIAU, ORANG SURUHAN DAN PENGEMBALA KAMBINGNYA DEMI MENGGABUNGKAN TENAGA BAKTI DAN PENGORBANAN UNTUK RASULULLAH BAGI MELICINKAN PERJALANAN HIJRAH INI. SEBAGAI SOKONGAN KEPADA TINDAKAN ABU BAKAR, RASULULLAH TELAH BERSABDA YANG BERMAKSUD:
"TIDAK BERIMAN SESEORANG ITU KECUALI SETELAH AKU INI (RASULULLAH) LEBIH DIKASIHINYA BERBANDING ANAK, IBU BAPANYA DAN MANUSIA SELURUHNYA."
2. HIJRAH RASULULLAH SECARA BERSEMBUNYIAN MERUPAKAN PERINTAH ALLAH DAN BUKANLAH TANDA BAGINDA SEORANG YANG PENGECUT. SEGALA TINDAKAN BAGINDA BERHUBUNG AGAMA ADALAH SYARIAH. SUNNAH DAN HADITH RASULULLAH MERUPAKAN SUMBER KEDUA DALAM SYARIAH ISLAM. SEKIRANYA RASULULLAH TELAH BERTINDAK SEPERTI HIJRAH SAYYIDINA UMAR, MAKA MANUSIA MELIHAT DAN MENGIRA INILAH CARA YANG DIWAJIBKAN, TIDAK HARUS BERWASPADA DAN BERSEMBUNYI DI KALA BAHAYA, SEDANGKAN ALLAH TELAH MENEGAKKAN SYARIAT-NYA DI DUNIA INI MENGIKUT MUSABABNYA.
3. KESUNGGUHAN ABDULLAH BIN ABU BAKAR MELAKUKAN SEGALA APA YANG DIPERLUKAN OLEH RASULULLAH PATUT DIJADIKAN CONTOH BUAT PEMUDA ZAMAN KINI. BELIAU BERULANG-ALIK ANTARA MAKKAH DAN GUA TEMPAT PERSEMBUNYIAN, MENGINTIP RAHSIA DARI KALANGAN PIHAK MUSYRIKIN MAKKAH DAN MENGKHABARKANNYA KEPADA RASULULLAH. BEGITU JUGA DENGAN KEGIGIHAN ASMA BT ABU BAKAR BERTUNGKUS-LUMUS MENYEDIAKAN MAKANAN DAN KENDERAAN SERTA KEPERLUAN UNTUK BAGINDA DAN BAPANYA. SEMUA INI MEMBERI GAMBARAN KEWAJIPAN MELAKSANAKAN SELURUH PRINSIP ISLAM DAN MENEGAKKAN SEBUAH MASYARAKAT ISLAM MENJADI TANGGUNGJAWAB SETIAP MUSLIM SAMA ADA LELAKI ATAUPUN PEREMPUAN.
4. SAMBUTAN MERIAH YANG DITERIMA BAGINDA SEBAIK SAHAJA MEMASUKI KOTA MADINAH MENANDAKAN BETAPA CINTANYA PENDUDUK ISLAM MADINAH TERHADAP BAGINDA. INI MEMBUKTIKAN KEPADA KITA BAHAWA TANDA KASIH KITA TERHADAP RASULULLAH BUKANLAH HANYA MENGIKUTINYA SAHAJA. PERASAAN CINTA TERHADAP RASULULLAH ITU PERLU DIMILIKI OLEH UMMAT ISLAM KERANA IA MENDORONG KITA UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH BAGINDA YANG LAIN.
AKAN BERSAMBUNG..
RUJUKAN :
1. FIQH SIRAH 1, MUHAMMAD SA'ID RAMADHAN AL-BUTI
2. SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W PENGAJARAN & PEDOMAN, DR. MUSTAFA AS-SYIBAIE