https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH045_1587663903.jpg

SALAM RAMADAN 2020M/1441H

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

MAKSUDNYA:

“WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! KAMU DIWAJIBKAN BERPUASA SEBAGAIMANA DIWAJIBKAN ATAS ORANG YANG TERDAHULU DARIPADA KAMU, SUPAYA KAMU BERTAQWA.” (SURAH AL-BAQARAH, AYAT 183)

SEMPENA BULAN YANG PENUH BARAKAH INI, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS YAYASAN PAKSI ALOR SETAR INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.

SAMA-SAMA KITA TINGKATKAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH DENGAN MEMPERBANYAKKAN AMALAN SEPANJANG BULAN RAMADAN PADA TAHUN INI. SEMOGA ALLAH MENERIMA SETIAP AMALAN KITA DI MADRASAH RAMADAN.

#SALAMRAMADAN
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#YAYASANPAKSIALORSETAR

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH045_1587643730.jpg

DOA MALAM PERTAMA PADA BULAN RAMADHAN.

 

“YA ALLAH SEJAHTERAKANLAH KAMI UNTUK TERIMA RAMADHAN DAN SEJAHTERAKANLAH RAMADHAN UNTUK TERIMA KAMI. DAN TERIMALAH AMALAN KAMI SEPANJANG RAMADHAN WAHAI TUHAN SEKALIAN ALAM”.

SEMOGA AMALAN KITA PADA BULAN YANG PENUH BARAKAH INI DITERIMA OLEH ALLAH.

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH001_1586840469.jpg

KENALI SAIYIDUNA ABDULLAH IBNU ABBAS RA

FAEDAH RINGKAS DARIPADA KITAB MUNTAHA SUL KARANGAN SYEIKH ABDULLAH BIN SAID AL-LAHJI

♦️ NAMA
SAIYIDUNA ABDULLAH BIN ABBAS BIN ABDUL MUTHALIB BIN HASYIM AL-MAKKI.

♦️ TARAF SAHABAT
BELIAU ADALAH BERTARAF SAHABAT DAN AYAHNYA SAIYIDUNA ABBAS JUGA BERTARAF SAHABAT. OLEH ITU KALIMAH TARADDI KEPADANYA ADALAH DENGAN RADHIALLAHU ANHUMA MENANDAKAN BAHAWA ANAK DAN AYAH ADALAH BERTARAF SAHABAT.

♦️ KETURUNAN
BELIAU ADALAH SEPUPU BAGINDA RASULULLAH SAW DAN ANAK SAUDARA (ANAK MENAKAN) KEPADA ISTERI BAGINDA RASULULLAH SAW BERNAMA SAIYIDATUNA MAIMUNAH RA.

♦️ KELAHIRAN
BELIAU LAHIR 3 TAHUN SEBELUM BERLAKU PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH SAW DAN NABI SAW PERNAH MENTAHNIKNYA KETIKA LAHIR DENGAN AIR LIURNYA YANG MULIA.

♦️ DOA KHUSUS RASULULLAH SAW
NABI SAW JUGA MENDOAKANNYA DENGAN KEBERKATAN SERTA ALIM DALAM MENAFSIR AL-QURAN SEHINGGA BELIAU DIKENALI SEBAGAI SEORANG YANG SANGAT BERILMU SERTA MENJADI RUJUKAN PARA SAHABAT RASULULLAH SAW TERUTAMANYA PADA TAFSIR AL-QURAN.

♦️RIWAYAT HADIS
MERIWAYATKAN HADIS BAGINDA RASULULLAH SAW SEBANYAK 1660 HADIS. DARIPADA JUMLAH TERSEBUT SEBANYAK 95 HADIS YANG DISEPAKATI OLEH IMAM BUKHARI DAN MUSLIM.

♦️IMAM BUKHARI & MUSLIM
IMAM BUKHARI SAHAJA MERIWAYATKAN HADIS DARIPADANYA SEBANYAK 120 HADIS MANAKALA IMAM MUSLIM PULA MERIWAYATKAN SEBANYAK 49 HADIS.

♦️ WAFAT
KETIKA TAHUN KEWAFATAN BAGINDA RASULULLAH SAW BELIAU BERUMUR 13 TAHUN. MENINGGAL PADA TAHUN 68 HIJRAH DAN UMURNYA KETIKA ITU ADALAH 71 TAHUN.

OLEH : USTAZ SHAHRIZAN HAZIME AL-AZHARI (USHA)

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH001_1586840311.jpg

HUKUM NIAT PUASA SEBULAN RAMADHAN

SOAL JAWAB RAMADHAN

🔴 SOALAN : APAKAH HUKUM NIAT PUASA SEBULAN RAMADHAN? ADAKAH TAK PERLU LAGI NIAT PADA TIAP-TIAP MALAM?

 JAWAPAN : DALAM MAZHAB SYAFIE WAJIB NIAT PUASA RAMADHAN PADA TIAP-TIAP MALAM. SEKIRANYA TIDAK NIAT PADA MALAM HARI MAKA PUASA ADALAH TIDAK SAH.

ADAPUN HUKUM NIAT SEBULAN PUASA RAMADHAN ADALAH SUNAT DILAKUKAN PADA MALAM 1 RAMADHAN. NIAT SEPERTI INI ADALAH MENGIKUT PENDAPAT MAZHAB IMAM MALIK.

🔹 FAEDAH RINGKAS DARIPADA KITAB TAQRIRATUS SADIDAH KARANGAN SYEIKH HASAN BIN AHMAD AL-KAFF

🔹 KATA BELIAU TERDAPAT 2 FAEDAH SUNAT NIAT SEBULAN RAMADHAN PADA MALAM PERTAMA

1. SAH PUASA PADA HARI YANG TERLUPA NIAT PADA WAKTU MALAM.
2. MENDAPAT PAHALA PUASA PENUH SEBULAN WALAUPUN DIA MENINGGAL SEBELUM SAMPAI AKHIR RAMADHAN.

OLEH :
UST SHAHRIZAN HAZIME AL-AZHARI (USHA)

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH001_1586839833.jpg

KENALI SAIYIDUNA ANAS IBNU MALIK RA

FAEDAH RINGKAS DARIPADA KITAB MUNTAHA SUL KARANGAN SYEIKH ABDULLAH AL-LAHJI RH

🔹 NAMA
NAMA PANJANG BELIAU ADALAH ANAS BIN MALIK BIN NADHAR BIN DHAMDHAM BIN ZAID BIN HARAM BIN JUNDUB BIN AMIR BIN GHANM BIN 'ADI BIN NAJJAR BIN THA'LABAH BIN 'AMRU BIN KHAZRAJ BIN HARITHAH AL-ANSORI.

🔹 KHADAM RASULULLAH SAW
BERKHIDMAT DENGAN RASULULLAH SAW SEJAK BERUMUR 10 TAHUN. BERBANGGA DIRINYA DIGELAR SEBAGAI KHADIM RASULILLAH SAW.

🔹 IBUNYA
IBUNYA BERNAMA SAIYIDATUNA UMMU SULAIM RA. BELIAU DIBERI OLEH IBUNYA KEPADA RASULULLAH SAW UNTUK BERKHIDMAT SELAMA 10 TAHUN HINGGALAH WAFAT BAGINDA RASULULLAH SAW.

🔹 RIWAYATNYA
MERIWAYATKAN HADIS DARIPADA BAGINDA RASULULLAH SAW SEBANYAK 2286 HADIS.

DARIPADA JUMLAH TERSEBUT HADIS YANG DISEPAKATI OLEH IMAM BUKHARI DAN MUSLIM ADALAH SEBANYAK 168 HADIS.

DARIPADA SAHIH BUKHARI SAHAJA SEBANYAK 83 HADIS MANAKALA SAHIH MUSLIM PULA SEBANYAK 71 HADIS.

🔹DOA NABI SAW
BELIAU MENDAPAT DOA KHUSUS DARIPADA RASULULLAH SAW IAITU

عن أنس رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عن أمّ سُلَيم أَنَّها قَالتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَنَسٌ خَادِمُكَ ادْعُ اللَّهَ لَه،ُ قَالَ: «اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ، وَبَارِكْ لَهُ فِيمَا أَعْطَيْتَهُ»

MAKSUDNYA : DARIPADA SAIYIDUNA ANAS RA DARIPADA SAIYIDATUNA UMMU SULAIM RA BELIAU BERKATA " WAHAI RASULULLAH SAW, ANAS INI BERKHIDMAT DENGAN ENGKAU MAKA DOAKANLAH KEPADA ALLAH SWT UNTUKNYA. LALU BAGINDA RASULULLAH SAW BERDOA

(YA ALLAH ENGKAU BANYAKKANLAH HARTA DAN ANAKNYA DAN ENGKAU BERKATILAH BAGINYA DENGAN APA YANG TELAH ENGKAU BERIKANNYA)

🔹 KEHIDUPAN YANG BERKAT
DIRIWAYATKAN BAHAWA SAIYIDUNA ANAS IBNU MALIK WAFAT KETIKA BERUMUR 103 TAHUN. BELIAH ADALAH ANTARA YANG TERAKHIR WAFAT DALAM KALANGAN SAHABAT NABI SAW.

KEBUN YANG DIMILIKI OLEHNYA BERBUAH 2 KALI GANDA DARIPADA KEBUN ORANG LAIN.

ANAK KETURUNANNYA YANG RAMAI HINGGAKAN CUCUNYA SAHAJA BERJUMLAH RATUSAN.

OLEH : USTAZ SHAHRIZAN BIN MOHD HAZIME AL-AZHARI (USHA)

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH001_1586565611jpeg

JOM MENGAJI ONLINE

JOM MENGAJI DI KULIAH ONLINE PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS.

JUMAAT I 10.4.2020 I 9.00 MALAM
USTAZ AHMAD SAYYAF BIN ABDUL SAMAD
KITAB PENAWAR BAGI HATI

SABTU I 11.4.2020 I 9.00 PAGI
USTAZ ZULFAHMI ZAMZAM BIN MD ISHAK
KITAB ATTIBYAN FI ADABI HAMALATIL QURAN

AHAD I 12.4.2020 I 9.00 PAGI
USTAZ MUHAMMAD SHAHRUL BIN NAYAN
KITAB MATAN TUHFATUL ATFAL

ISNIN I 13.4.2020 I 9.00 MALAM
USTAZ SHAHRIZAN BIN MOHD HAZIME
TAZKIRAH SANTAI

KLIK LINK FB LIVE DIBAWAH UNTUK MENGIKUTI KULIAH SECARA LANSUNG;

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/DARULHADISMEDIA/

SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT UNTUK MENGIKUTI PENGAJIAN INI BERAMAI-RAMAI.

#KULIAHMINGGUAN
#UNITMEDIADARULHADIS
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#YAYASANPAKSI

 

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH001_1586565769jpeg

MENUNTUT ILMU LEBIH AFDHAL DARIPADA SOLAT DAN PUASA SUNAT

FAEDAH DARIPADA KITAB LATHAIFUL MA'ARIF KARANGAN AL-IMAM IBNU REJAB AL-HAMBALI

TELAH MENYEBUT OLEH IMAM YANG EMPAT (HANAFI, MALIKI, SYAFIE, DAN HAMBALI) BAHAWA MENUNTUT ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA SOLAT SUNAT. DAN SOLAT ITU PULA LEBIH BAIK DARIPADA PUASA SUNAT. MAKA ILMU ITU LEBIH UTAMA DICARI BERBANDING SOLAT DAN PUASA.

SESUNGGUHNYA ILMU ADALAH CAHAYA YANG MENERANGI KEGELAPAN JAHIL DAN NAFSU. BARANGSIAPA YANG BERJALAN TANPA CAHAYA MAKA DIA TIDAK AKAN SELAMAT DARIPADA JATUH KE DALAM PERIGI

ULASAN

DENGAN ILMU SESEORANG DAPAT MEMBEZAKAN ANTARA PERKARA YANG SALAH DAN BENAR. DAPAT DIKETAHUI ANTARA PERKARA HAQ DAN BATIL. KENAL ANTARA DOSA DAN PAHALA.

SYAITAN LEBIH SUKA ORANG JAHIL BERIBADAH DARIPADA ORANG BERILMU YANG SEDANG TIDUR. HAL INI KERANA MUNGKIN SAJA ORANG YANG BERILMU ITU MENDAPAT PAHALA WALAUPUN HANYA SEKADAR TIDUR KERANA DENGAN ILMU YANG ADA, TIDUR PUN BOLEH DAPAT PAHALA.

BERBEZA DENGAN ORANG JAHIL WALAUPUN DIA BERIBADAH TAPI IBADAHNYA TAK SEMPURNA KERANA IBADAH ADA SYARAT DAN RUKUN. TANPA SYARAT DAN RUKUM MAKA IBADAH TAK SAH DAN TERBATAL. BAHKAN TANPA ILMU IBADAH PUN BOLEH DAPAT DOSA.

CATATAN SANTAI PKP

UST SHAHRIZAN MOHD HAZIME AL-AZHARI (USHA)

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH001_1586495397jpeg

HUKUM BERPUASA PADA PERTENGAHAN SYAABAN KE 2

HUKUM BERPUASA PADA PERTENGAHAN SYA'BAN KE 2

HUKUM DAN LARANGAN BERPUASA SESUDAH PERTENGAHAN SYA’BAN SERTA BOLEHKAH PUASA SUNAT SELEPAS 15 SYA’BAN? RAMAI ULAMA’ YANG BERSELISIH PENDAPAT MENGENAI PERSOALAN INI. ADA YANG MEMBENARKAN DAN SEBAHAGIAN ULAMA’ MELARANGNYA.

🔴 A. DALIL2 YANG MELARANG PUASA SELEPAS 15 SYA’BAN

▪️ 1. DARI ABU HURAIRAH RA, KATANYA: “RASULULLAH ﷺ BERSABDA:

إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلاَ تَصُومُوا

“APABILA TELAH TERTINGGAL SEPARUH DARI BULAN SYA’BAN, MAKA JANGANLAH KAMU BERPUASA.”

(HADITH RIWAYAT IMAM TIRMIDZI DAN ABU DAUD).

▪️ 2. DALAM LAFAZ LAIN,

إِذَا كَانَ النِّصْفُ مِنْ شَعْبَانَ فَلاَ صَوْمَ حَتَّى يَجِىءَ رَمَضَانُ

“JIKA TELAH SEPARUH BULAN SYA’BAN, MAKA TIDAK ADA PUASA SEHINGGA TIBANYA RAMADHAN.”

(HADITH RIWAYAT IBNU MAJAH NO. 1651)

▪️ 3. DAN DALAM LAFAZ YANG SETERUSNYA PULA,

إِذَا كَانَ النِّصْفُ مِنْ شَعْبَانَ فَأَمْسِكُوا عَنِ الصَّوْمِ حَتَّى يَكُونَ رَمَضَانُ

“JIKA TELAH MASUK SEPARUH BULAN SYA’BAN, MAKA TAHANLAH DIRI DARIPADA BERPUASA HINGGA TIBANYA BULAN RAMADHAN.”

(HADITH RIWAYAT AHMAD)

ULAMA’-ULAMA’ SEPERTI AT-TIRMIZI, IBNU HIBBAN, AL-HAKIM, AT-TAHAWI DAN IBNU ‘ABDIL BARR TELAH MENSAHIHKAN HADIS-HADIS DI ATAS.

🔴 B. ULAMA2 YANG MEMBENARKAN PUASA

ULAMA’-ULAMA’ SEPERTI ’ABDURRAHMAN BIN MAHDI, IMAM AHMAD, ABU ZUR’AH AR-ROZI, DAN AL-ATSROM MENOLAK HADIS2 DI ATAS DAN MENGANGGAP IA MUNGKAR SERTA BERTENTANGAN DENGAN HADIS LARANGAN BERPUASA SEHARI ATAU DUA HARI SEBELUM RAMADHAN. LARANGAN TERSEBUT MENUNJUKKAN BOLEHNYA BERPUASA SELEPAS 15 SYA’BAN.

لاَ تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ

“JANGANLAH MENDAHULUKAN RAMADHAN DENGAN SEHARI ATAU DUA HARI BERPUASA.”

(HADITH RIWAYAT MUSLIM NO. 1082)

AL-ATSROM BERKATA: “HADIS LARANGAN BERPUASA SETELAH SEPARUH BULAN SYA’BAN BERTENTANGAN DENGAN HADIS LAINNYA. INI KERANA RASULULLAH ﷺ SENDIRI BERPUASA DI BULAN SYA’BAN SELURUHNYA (KEBANYAKAN HARINYA) DAN BAGINDA ﷺ MENERUSKAN DENGAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.”

AL-ATSROM BERKATA LAGI: “TIGA HADIS LARANGAN DI ATAS JUGA BERTENTANGAN DENGAN HADIS YANG MELARANG BERPUASA DUA HARI SEBELUM RAMADHAN. KESIMPULANNYA, HADIS TERSEBUT ADALAH HADIS YANG SYADZ, BERTENTANGAN DENGAN HADIS YANG LEBIH KUAT.”

AT-TAHAWI MENYATAKAN BAHAWA HADIS LARANGAN BERPUASA SETELAH SEPARUH SYA’BAN ADALAH HADIS YANG MANSUKH (SUDAH DIHAPUS). BAHKAN AT-TAHAWI MENCERITAKAN BAHAWA TELAH ADA IJMA’ (KESEPAKATAN ULAMA) UNTUK TIDAK BERAMAL DENGAN HADIS TERSEBUT. DAN KEBANYAKAN ULAMA MEMANG TIDAK MENGAMALKAN HADIS TERSEBUT.

🔴 C. BOLEH BERPUASA DENGAN SYARAT

IMAM SYAFIE DAN ULAMA’2 MAZHAB SYAFIE SERTA SEBAHAGIAN ULAMA HANBALI YANG TERKEMUDIAN BERPENDAPAT BAHAWA LARANGAN BERPUASA SETELAH SEPARUH BULAN SYA’BAN ADALAH BAGI ORANG YANG TIDAK MEMILIKI KEBIASAAN BERPUASA KETIKA ITU. JADI BAGI YANG MEMILIKI KEBIASAAN BERPUASA (SEPERTI PUASA ISNIN-KHAMIS), BOLEH BERPUASA KETIKA ITU.

DARI AISYAH RADHIALLAHU ‘ANHA, KATANYA: “TIDAK PERNAH NABI ﷺ ITU BERPUASA DARI SESUATU BULAN LEBIH BANYAK DARIPADA SYA’BAN, KERANA BAGINDA ﷺ ITU BERPUASA DALAM BULAN SYA’BAN ITU SELURUHNYA.” DALAM SUATU RIWAYAT DISEBUTKAN: “BAGINDA ﷺ ITU BERPUASA DALAM BULAN SYA’BAN, MELAINKAN SEDIKIT SEKALI YANG TIDAK (IAITU SEBAHAGIAN BESAR DALAM BULAN INI DIA BERPUASA).” (MUTTAFAQ ‘ALAIH)

🔴 KESIMPULAN

PENDAPAT YANG TEPAT DALAM MASALAH INI ADALAH TIDAK ADA MASALAH PUASA SELEPAS PERTENGAHAN SYA’BAN KERANA HADIS LARANGAN TERSEBUT TERMASUK HADIS LEMAH, APATAH LAGI JIKA PELAKUNYA MEMANG BIASA BERPUASA. ANTARA KATEGORI PUASA YANG DIBENARKAN ADALAH

✔️ PUASA YANG WAJIB SEPERTI QHADA ATAU NAZAR

✔️ PUASA YANG BERSAMBUNG DARI AWAL ATAU TENGAH SYAABAN

✔️ PUASA PADA HARI YANG KEBIASAANNYA BERPUASA SUNAT (ISNIN / KHAMIS)

SELAIN DARIPADA 3 JENIS PUASA INI MAKA DILARANG UNTUK BERPUASA. LARANGAN TERSEBUT HANYALAH TERPAKAI BAGI MEREKA YANG SAJA-SAJA INGIN MELAKUKAN PUASA SUNAT TANPA ADA 3 KATEGORI DI ATAS

والله أعلم بالصواب

UST SHAHRIZAN HAZIME AL-AZHARI (USHA)

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH001_1586489569.jpg

MENGHIDUPKAN SYAHRUL QURAN

MENGHIDUPKAN SYAHRUL QURAN

 

KETIKA NABI MUHAMMAD TINGGAL DI MAKKAH SELAMA 13 TAHUN SEBAGAI RASUL, PUASA BELUM DIFARDUKAN.

ALLAH MEWAJIBKAN PUASA PADA BULAN RAMADAN PADA 2 HIJRAH IAITU SELEPAS DUA TAHUN NABI MUHAMMAD BERHIJRAH KE MADINAH AL-MUNAWWARAH.

SEPANJANG KEHIDUPAN RASULULLAH, BAGINDA HANYA BERPUASA RAMADAN SEMBILAN KALI KERANA PADA 11 HIJRAH, BAGINDA WAFAT.

BERMAKNA, KITA DAPAT BERTEMU BERPUASA DALAM BULAN RAMADAN LEBIH BANYAK DARIPADA RASULULLAH.

 

KATAKAN, USIA KITA SEKARANG 30 ATAU 40 TAHUN, JIKA AMBIL UMUR BALIGH BERUSIA 15 TAHUN, MAKA MASING-MASING SUDAH 15 DAN 25 KALI BERTEMU RAMADAN.

APATAH LAGI YANG SUDAH MEMASUKI USIA EMAS 60 TAHUN, SUDAH 45 KALI ALLAH BERIKAN KEPADANYA PELUANG BERAMAL IBADAT DALAM BULAN RAMADAN.

TETAPI, SETIAP TAHUN PERKARA SAMA BERULANG IAITU RAMAI ANTARA KITA TIDAK MENGGUNAKAN PELUANG BERIBADAT DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH SEHINGGA AKHIRNYA.

BOLEH DIKATAKAN, PADA 10 MALAM TERAKHIR YANG SEPATUTNYA DIPENUHKAN DENGAN BERAMAL IBADAT SELALU BERTUKAR ‘ACARA’ MENCARI KELENGKAPAN MENYAMBUT AIDILFITRI.

MASJID DAN SURAU TIDAK LAGI DIKUNJUNGI. SEMANGAT TIDAK LAGI SEPERTI PERMULAAN KEDATANGAN RAMADAN YANG PENUH SESAK DENGAN JEMAAH SEHINGGA ADA YANG TERPAKSA BERSOLAT DI LUAR.

SEDAR ATAU TIDAK, KITA BAKAL BERTEMU RAMADAN UNTUK 1440 HIJRAH DALAM 19 HARI LAGI. ORANG YANG MERINDUI KEDATANGAN RAMADAN, PERASAAN MEREKA PASTI BERCAMPUR BAUR ANTARA KESEDIHAN DAN KEGEMBIRAAN.

YANG PASTI, RAMADAN ADALAH BULAN RASULULLAH MENGGANDAKAN AMAL IBADAT.

APABILA MASUK SAJA REJAB, SAHABAT MENYATAKAN, MEREKA MELIHAT RASULULLAH MULA MENINGKATKAN AMAL IBADAT ANTARANYA DENGAN MELAKUKAN SEDEKAH, SOLAT SUNAT DAN MEMBACA AL-QURAN.

SETERUSNYA, MASUK PULA SYAABAN, NABI MUHAMMAD TERUS MENGGANDAKAN LAGI AMAL IBADAT.

SAIDATINA AISYAH R.ANHA BERKATA, TIADA BULAN YANG PALING BANYAK NABI MUHAMMAD BERPUASA SUNAT MELEBIHI BULAN SYAABAN.

MAKA, NABI MUHAMMAD HAMPIR MELENGKAPKAN SELURUH BULAN SYAABAN ITU DENGAN BERPUASA SUNAT. MESEJNYA, RASULULLAH MENJADIKAN KESELURUHAN RAMADAN ITU BULAN BERIBADAT.

MALAH, 60 HARI SEBELUM KEDATANGAN RAMADAN, BAGINDA MENGAJAR UMATNYA SUPAYA MEMPERSIAPKAN JIWA DAN TUBUH BADAN UNTUK MENYAMBUTNYA.

RAMADAN DISEBUT SEBAGAI SYAHRUL QURAN IAITU BULAN AL-QURAN. SEJAK ZAMAN RASULULLAH SEHINGGA ZAMAN SAHABAT, TABI’IN DAN TABI’ TAABI’IN, MEREKA MENGHIDUPKAN RAMADAN DENGAN AL-QURAN.

RAMADAN JUGA SATU-SATUNYA BULAN DISEBUT OLEH ALLAH SEBAGAI BULAN AL-QURAN KERANA DI DALAM RAMADAN, 30 JUZUK AL-QURAN DIBAWA DARI LUH MAHFUZ TURUN KE LANGIT PERTAMA DUNIA.

ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD: “(MASA YANG DIWAJIBKAN KAMU BERPUASA ITU IALAH) BULAN RAMADAN YANG PADANYA DITURUNKAN AL-QURAN, MENJADI PETUNJUK BAGI SEKALIAN MANUSIA DAN MENJADI KETERANGAN YANG MENJELASKAN PETUNJUK DAN (MENJELASKAN) PERBEZAAN ANTARA YANG BENAR DENGAN YANG SALAH...” (SURAH AL-BAQARAH, AYAT 185)

AL-QURAN YANG MEMPUNYAI 114 SURAH ITU SUDAH BERADA DI LUH MAHFUZ SEBELUM NABI MUHAMMAD LAHIR.

ALLAH MEMERINTAHKAN MALAIKAT JIBRIL MEMBAWA TURUN AL-QURAN DARI LUH MAHFUZ PADA BULAN RAMADAN KE LANGIT PERTAMA DUNIA.

AL-QURAN KEMUDIAN TURUN KEPADA NABI MUHAMMAD MELALUI PERANTARAAN MALAIKAT JIBRIL SELAMA 23 TAHUN IAITU 13 TAHUN DI MAKKAH DAN 10 TAHUN DI MADINAH, SECARA BERPERINGKAT.

KETIKA ALLAH MEMILIH RAMADAN UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI BULAN TURUNNYA AL-QURAN, MAKA KEDUDUKAN RAMADAN DIANGKAT SEBAGAI PENGHULU SEGALA BULAN.

BEGITU JUGA DALAM RAMADAN ADA LAILATULQADAR. MALAM PENUH KEBERKATAN ITU DIPILIH ALLAH SEBAGAI MALAM DIBAWA TURUN AL-QURAN LALU MENJADIKANNYA MALAM TERBAIK DARIPADA MALAM LAIN KERANA AL-QURAN.

KEMUDIAN, AL-QURAN ITU DITURUNKAN PULA KEPADA NABI MUHAMMAD MENJADIKAN BAGINDA SEBAGAI PENGHULU SEKALIAN NABI DAN RASUL KERANA KEMULIAAN AL-QURAN.

SETERUSNYA, KEMULIAAN AL-QURAN YANG DITURUNKAN KEPADA NABI MUHAMMAD MENJADIKAN KITA TERPILIH SEBAGAI UMAT TERBAIK YANG PERNAH DIUTUSKAN ALLAH KERANA KEMULIAAN AL-QURAN.

MAKA, AMAT RUGI KEPADA MEREKA YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA DALAM KEADAAN TIDAK SEMPAT MENYINTAI SERTA MEMULIAKAN AL-QURAN DALAM HIDUPNYA.

ORANG YANG HIDUP DENGAN AL-QURAN, ALLAH AKAN SENTIASA MEMULIAKANNYA DI DUNIA, DI ALAM BARZAKH, DI PADANG MAHSYAR SEHINGGA SESEORANG ITU DIHIMPUNKAN DI DALAM SYURGA KELAK.

UNTUK PEDOMAN BERSAMA, APABILA KITA SEMUA KELAK MENEMPUH ALAM BARZAKH, SELEPAS JASAD KITA DIKEBUMIKAN DAN DALAM TEMPOH KIRAAN SEEKOR KAMBING DISEMBELIH DAN DILAPAH DAN DAGINGNYA DIBAHAGIKAN, MAKA AKAN DATANG DUA MALAIKAT IAITU MUNKAR DAN NAKIR.

MATA MEREKA ITU KEBIRU-BIRUAN SAMBIL MEMBAWA ‘MITRAQAH’ IAITU SEJENIS ALAT SEUMPAMA BESI PENUKUL. SEKIRANYA IA DILETAKKAN DI ATAS SEBUAH GUNUNG, MAKA AKAN HANCUR BERKECAI GUNUNG ITU.

KETIKA DUA MALAIKAT ITU BERCAKAP KEPADA MEREKA YANG MATI DALAM KEADAAN SUUL KHATIMAH, MAKA AKAN KELUAR SEOLAH-OLAH API DARIPADA MULUTNYA.

DI DALAM KUBUR, MALAIKAT MUNKAR DAN NAKIR DATANG UNTUK MENGHUKUM SESEORANG BERMULA DI KAKINYA.

BAGAIMANAPUN, SAIDINA ‘ABDULLAH BIN ABBAS MENYATAKAN: “SESIAPA MEMBACA SURAH AL-MULK SEHINGGA MENJADI AMALAN WIRIDNYA, NESCAYA IA MENDAPAT BANTUAN DAN PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH DI DALAM KUBURNYA. BILA AZAB HENDAK DATANG KE KEPALA, TERDENGAR SATU SERUAN: “TIDAK BOLEH ENGKAU DATANG KE KEPALA INI KERANA ADA SURAH AL-MULK.”

ITU SATU-SATUNYA KELEBIHAN MENGAMALKAN MEMBACA AL-QURAN ATAU LEBIH KHUSUS MEMBACA SURAH AL-MULK YANG PASTI AKAN MEMPERTAHANKAN TUANNYA DARIPADA AZAB KUBUR.

BAGAIMANAPUN, SELAMAT ATAU TIDAK KITA DI ALAM SETERUSNYA IAITU APABILA DIBANGKITKAN DI PADANG MAHSYAR, IA BELUM TERJAMIN.

DALAM KEADAAN TIADA SEORANG MANUSIA PUN BERANI MENGANGKAT MUKA DI PADANG MAHSYAR, TIBA-TIBA AL-QURAN DATANG MEMBELA PEMBACANYA DI HADAPAN ALLAH.

BERDASARKAN SEBUAH HADIS SAHIH DARIPADA ABU UMAMAH AL-BAHILI, BELIAU BERKATA: “AKU PERNAH MENDENGAR RASULULLAH BERSABDA YANG BERMAKSUD: ‘BACALAH AL-QURAN KERANA AL-QURAN ITU AKAN MEMBERI SYAFAAT KEPADA PEMBACANYA DI AKHIRAT KELAK. DAN BACALAH AZ ZAHRAWAIN IAITU SURAH AL-BAQARAH DAN ALI IMRAN KERANA KEDUA-DUA SURAH ITU AKAN DATANG PADA HARI KIAMAT, SEOLAH-OLAH KEDUA-DUANYA BAGAI SEKELOMPOK AWAN ATAU PAYUNG YANG MENAUNGI, ATAU DUA KELOMPOK BURUNG YANG MENGEMBANGKAN SAYAPNYA. KEDUA-DUANYA AKAN MEMBELA PEMBACANYA PADA HARI KIAMAT.” (RIWAYAT IMAM AHMAD)

MAKA, SURAH AL-BAQARAH DAN ALI IMRAN ITU AKAN TAMPIL LALU BERHUJAH DI HADAPAN ALLAH SERTA MENJAWAB SEGALA PERSOALAN SEHINGGA TUANNYA DIMASUKKAN DALAM SYURGA.

PENULIS WARTAWAN HARIAN METRO

 

ARTIKEL INI DISIARKAN PADA : RABU, 17 APRIL 2019 @ 8:52 AM
LAGI