MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH,
DALAM ISLAM, KEMERDEKAAN ATAU KEBEBASAN YANG INGIN DICAPAI MESTILAH BERDASARKAN APA YANG TELAH DITETAPKAN DALAM AL-QURAN DAN HADIS. INI BERMAKNA, INTIPATI KEMERDEKAAN YANG SEBENAR ADALAH KEBEBASAN MANUSIA DARIPADA DORONGAN HAWA NAFSU DAN SYAITAN, KEBEBASAN DARIPADA CINTAKAN DUNIA YANG MELAMPAU SEHINGGA MENGETEPIKAN NILAI-NILAI AKHLAK DAN ETIKA.
DI KESEMPATAN INI, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-64.
KEFAHAMAN MENGENAI NIKMAT DAN SEMANGAT KEMERDEKAAN PERLU DISAMPAIKAN AGAR SETIAP MASYARAKAT CINTAKAN NEGARA. TANPA GANDINGAN PERJUANGAN ULAMA' DAN NASIONALIS, NEGARA TIDAK AKAN MERDEKA DAN TERUS DIJAJAH SERTA MENGHADAPI PELBAGAI MASALAH SEPERTI SOSIAL DAN EKONOMI.
ANAK GENERASI SELEPAS MERDEKA PULA PERLU SENTIASA DISEDARKAN DAN DIGEGARKAN PEMIKIRAN MEREKA SUPAYA TIDAK LALAI DAN BERSIKAP SELESA DENGAN KEMAKMURAN YANG MEREKA NIKMATI. JIKA TIDAK, MEREKA AKAN TERUS HANYUT DAN TERLUPA JATI DIRI. KEMERDEKAAN BAGI MEREKA TIADA ERTI DAN NILAINYA.
DIHARAPKAN ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE-64 INI, KITA MELAKUKAN MUHASABAH DAN PERHITUNGAN SUPAYA KITA MENGISI KEMERDEKAAN INI DENGAN CARA YANG SEBENARNYA, SUPAYA KITA MENDAPAT KEMERDEKAAN DENGAN ERTI YANG SEBENAR, BUKANNYA KEMERDEKAAN YANG KOSONG.
KITA PERLU MENGISI KEMERDEKAAN INI SUPAYA BETUL-BETUL MERDEKA, BUKAN PADA NAMA SAHAJA. TERMASUKLAH DI ANTARANYA IALAH KITA MEMPERKASA DAN MENDAULATKAN ISLAM ITU SENDIRI SERTA MENJADIKAN AGAMA YANG MEMERINTAH BUKAN DIPERINTAH, BUKAN MENGIKUT SISTEM YANG DIWARISI ZAMAN PENJAJAH.
SALAM KEMERDEKAAN, ๐ฒ๐พ
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS
YAYASAN PAKSI, ALOR SETAR
SUMBER BERITA: HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/108973642503531/POSTS/4412537168813802/
#DARULHADISMERDEKA
#HARIKEBANGSAAN #HARIKEMERDEKAAN
#MERDEKA64 #MALAYSIAPRIHATIN
#DARULHADIS #MAAHADDARULHADIS
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#YAYASANPAKSI