PELAJAR DARUL HADIS TUNAI KEWAJIPAN ZAKAT FITRAH BAGI TAHUN 2023
ALOR SETAR, 6 APRIL 2023 - ZAKAT FITRAH BERBEZA DARI ZAKAT HARTA KERANA IA MERUPAKAN KEWAJIPAN KE ATAS INDIVIDU-INDIVIDU, SEDANGKAN ZAKAT HARTA MERUPAKAN KEWAJIPAN KEPADA HARTA-HARTA YANG DIMILIKI. OLEH SEBAB ITU, TIDAK DISYARATKAN PADA ZAKAT FITRAH SEPERTI APA YANG DISYARATKAN PADA ZAKAT HARTA, SEPERTI NISAB, HAUL DAN SEBAGAINYA.
PADA JAM 2.30 PETANG, PARA PELAJAR PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS TELAH MENDENGAR TAKLIMAT DAN TEORI MENGENAI PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH YANG DISAMPAIKAN OLEH GURU TAFAQQUH, USTAZ MUJAHID FIKRI.
KEMUDIAN, PARA PELAJAR TELAH DIBAHAGIKAN MENGIKUT KUMPULAN DAN MENUNAIKAN ZAKAT FITRAH DENGAN GURU KUMPULAN MASING-MASING. ALHAMDULILLAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH YANG BUAT JULUNG KALINYA DIBAYAR OLEH PARA PELAJAR SENDIRI INI TELAH BERJALAN DENGAN LANCAR.
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS SELAKU AMIL YANG DILANTIK OLEH LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK) MENYERU UNTUK ORANG AWAM YANG BELUM MENUNAIKAN ZAKAT FITRAH, BOLEH BERBUAT DEMIKIAN SAMADA MELALUI KAUNTER DI PEJABAT DARUL HADIS ATAUPUN SECARA ATAS TALIAN MELALUI PAUTAN INI HTTP://BIT.LY/ZAKAT-FITRAH-LZNK2023
“ZAKAT MEMBAWA BERKAT”
“TUNAIKAN KEWAJIPAN ANDA”
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS
YAYASAN PAKSI, ALOR SETAR
#ZAKATFITRAH #ZAKAT
#IHYARAMADAN #RAMADAN
#DARULHADIS #MAAHADDARULHADIS