OLEH USTAZ AZHAR IDRUS
SOALAN :SAYA MOHON USTAZ SEBUTKAN DALIL-DALIL BERLAKUNYA KARAMAH PADA WALI-WALI ALLAH KERANA KEBELAKANGAN INI ADA ORANG YANG KATA PERKARA YANG PELIK HANYALAH MUKJIZAT NABI2 DAN TIDAK BERLAKU KARAMAH PADA WALI.
JAWAPAN : ULAMAK-ULAMAK AHLU SUNNAH TELAH SEPAKAT ATAS BERLAKUNYA KARAMAH ATAS PARA AULIA’ KERANA TERLALU BANYAK DALIL ATAS KEBENARANNYA SAMADA DALIL AQAL ATAU PUN DALIL NAQAL.
UNTUK JAWAPAN PERSOALAN TUAN MEMADAI RASANYA SAYA SERTAKAN DISINI PERKATAAN IMAM NAWAWI DI DALAM KITAB BELIAU BUSTAN AL-‘ARIFIN.
BERKATA IMAM ABU ZAKARIA YAHYA BIN SORAF AN-NAWAWI :
BAB PADA MENYATAKAN SEGALA KARAMAH BAGI SEGALA AULIA’ DAN SEGALA ANUGERAH ALLAH KEPADA MEREKA.
ALLAH TAALA TELAH BERFIRMAN :
أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (62) الَّذِينَ آَمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ (63) لَهُمُ الْبُشْرَى فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآَخِرَةِ لَا تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (64)
ARTINYA : “KETAHUILAH BAHAWASANYA PARA WALI ALLAH ITU TIADA KETAKUTAN ATAS MEREKA DAN MEREKA TIDAK BERDUKACITA. YAITU ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MEREKA TAKUT KEPADA ALLAH. BAGI MEREKA ITU KHABAR GEMBIRA PADA KEHIDUPAN DUNIA DAN KEHIDUPAN AKHIRAT. TIDAK ADA PERUBAHAN BAGI HUKUM ALLAH. YANG DEMIKIAN ITU ADALAH KEMENANGAN YANG AMAT BESAR.” (YUNUS : 62-64)
DALIL BERLAKU KARAMAH PADA AQAL DAN NAQAL
KETAHUI OLIHMU SUNGGUHNYA MAZHAB ULAMAK YANG SEBENAR IALAH MENYABITKAN BERLAKU SEGALA KARAMAH BAGI WALI-WALI ALLAH. DAN SUNGGUHNYA SEGALA KARAMAH ITU TELAH BERLAKU DAN WUJUD IA BERKEKALAN SEPANJANG ZAMAN DAN MENUNJUK ATASNYA OLIH SEGALA DALIL YANG BANGSA AQAL DAN JELASNYA SEGALA DALIL NAQAL YAITU NAS DARI AL-QURAN DAN HADITH.
DALIL AQAL
MAKA KARAMAH ITU ADALAH PEKERJAAN YANG BOLEH BERLAKUNYA DAN TIDAKLAH BERLAKUNYA ITU MEMBAWA KEPADA MEROSAKKAN SATU ASAS DARI ASAS-ASAS BAGI AGAMA. MAKA WAJIB MENSIFATKAN ALLAH ITU BERKUASA ATAS MENGADAKANNYA. MAKA APA SAHAJA YANG ALLAH BERKUASA ATASNYA NESCAYA HARUS BERLAKUNYA.
DALIL NAQAL
DAN ADA PUN DALIL NAQAL MAKA BEBERAPA AYAT DI DALAM QURAN YANG MULIA DAN BEBERAPA HADITH YANG MENCERITAKANNYA.
ADA PUN AYAT QURAN MAKA FIRMAN ALLAH TAALA PADA MENCERITAKAN KISAH MARYAM :
وَهُزِّىٓ إِلَيْكِ بِجِذْعِ ٱلنَّخْلَةِ تُسَٰقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا
ARTINYA : “DAN GOYANGLAH OLEH MU AKAN PANGKAL POHON KURMA ITU KE ARAHMU NISCAYA POHON ITU AKAN MENGGUGURKAN BUAH KURMA YANG MASAK KEPADAMU.” (MARYAM : 25)
TELAH BERKATA IMAM ABU AL-MA’ALI IMAM AL-HARAMAIN : “TIDAK ADALAH MARYAM ITU NABI DENGAN IJMAK ULAMAK. DAN SEPERTI DEMIKIANLAH BERKATA OLIH SELAINNYA BAHKAN ADALAH MARYAM ITU WALI YANG SANGAT BENAR SEBAGAIMANA ALLAH TELAH MENGKHABARKAN KEPADA KITA TENTANGNYA.”
DAN FIRMAN ALLAH TAALA :
كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيْهَا زَكَرِيَّا الْمِحْرَابَ وَجَدَ عِندَهَا رِزْقًا ۖ قَالَ يَا مَرْيَمُ أَنَّىٰ لَكِ هَٰذَا ۖ قَالَتْ هُوَ مِنْ عِندِ اللَّهِ
ARTINYA : “SETIAP KALI MASUK ATAS MARYAM ITU OLIH NABI ZAKARIA AKAN MIHRAB NESCAYA DIDAPATINYA ADA DI SISI MARYAM ITU HIDANGAN MAKANAN. BERKATA NABI ZAKARIA : WAHAI MARYAM DARI MANAKAH INI SEMUA BAGI MU? JAWAB MARYAM : IA DARI SISI ALLAH.” (MARYAM : 37)
DAN SETENGAH DARI YANG DEMIKIAN ITU IALAH KISAH AL-QURAN TENTANG LELAKI PADA ZAMAN NABI SULAIMAN A.S. SEKIRA-KIRA BERKATA IA :
أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ
ARTINYA : “AKU AKAN MEMBAWA SINGAHSANA RATU BALQIS ITU SEBELUM LAGI KEMBALI MATA KAMU BERKEDIP.” (AN-NAML : 40)
PARA ULAMAK TELAH BERKATA : LELAKI TERSEBUT BUKANLAH NABI DAN SETENGAH DARI YANG DEMIKIAN ITU IALAH BARANG YANG MEMBUAT DALIL DENGANNYA OLEH IMAM HARAMAIN DAN LAINNYA.
DAN SETENGAH DARINYA IALAH KISAH IBU NABI MUSA A.S.
DAN SETENGAHNYA IALAH APA YANG DIBUAT DALIL DENGAN OLEH IMAM ABU AL-QASIM AL-QUSYAIRI DARIPADA KISAH ZULQARNAIN.
SEKIAN APA YANG TELAH DISEBUTKAN OLIH IMAM NAWAWI PADA KITAB BUSTANUL ‘ARIFIN
MAKA TERJAWAB SUDAH BAHWA KARAMAH YANG BERLAKU PADA SEGALA WALI ITU SABIT IA YAITU PERKARA YANG MENCARIK ADAT YANG ALLAH BERIKAN KEPADA PARA AULIA’NYA SEPERTI KISAH MARYAM DIMANA ALLAH MENGURNIAKANNYA KARAMAH KELUAR BUAH KURMA YANG MASAK DARI POHONNYA DAN TURUN HIDANGAN MAKANAN DISISINYA DARI ALLAH DAN LELAKI YANG MAMPU MENGALIH SINGGAHSANA RATU BALQIS DENGAN HANYA SEKELIP MATA PADA JARAK YANG BEGITU JAUH DAN LAIN-LAIN.
DAN TELAH IJMAK ULAMAK BAHAWA MARYAM DAN LELAKI DI ZAMAN NABI SULAIMAN A.S. TIU BUKANNYA NABI DAN ULAMAK MEMBANGSAKAN KEDUA MEREKA INI SEBAGAI WALI DARI WALI-WALI ALLAH TAALA.
WALLAHUA’LAM