BIOGRAFI RINGKAS SYEIKH YUSUF AL-QARADHAWI
NAMA SEBENAR BELIAU ADALAH YUSUF BIN ABDULLAH BIN ALI BIN YUSUF. DILAHIRKAN PADA TAHUN 1926 DI SEBUAH PERKAMPUNGAN DESA SHAFAT AT-TURAB, MAHALLAH AL-KUBRA, GHARBIAH, MESIR. SEBUTAN YANG TEPAT ADALAH 'AL-QARADHAWI SEPERTI YANG DINYATAKAN DALAM BUKUNYA, I N AL-QARYAH WA AL-KUTTAB, TETAPI AHLI SYAM MENYEBUTNYA DENGAN
'AL-QARDHAWI'. LANYA DINISBAHKAN KEPADA PERKAMPUNGAN AL-QARDHAH.
BAPANYA MENINGGAL DUNIA KETIKA BELIAU MASHLAGI KANAK-KANAK DAN BERUSIA SEKITAR 2
TAHUN. BELIAU DIPELIHARA OLEH IBU, BAPA SAUDARA DAN DATUKNYA. KETIKA BERADA DI PERINGKAT THANAWI (PENDIDIKAN MENENGAH), IBUNYA MENINGGAL DUNIA. BELIAU TERKENAL DENGAN KEPINTARAN DAN KETAJAMAN ILMUNYA. SEJAK KECIL, BELIAU SENTIASA MENDAPAT TEMPAT PERTAMA, KECUALI P A D A PEPERIKSAAN AKHIR DI PERINGKAT THANAWI, BELIAU MENDAPAT TEMPAT KEDUA DI SELURUH MESIR DENGAN PERBEZAAN SETENGAH MARKAH SAHAJA DENGAN INDIVIDU YANG MENDAPAT TEMPAT PERTAMA.
SETERUSNYA, BELIAU MELANJUTKAN PELAJAR KE UNIVERSITI AL-AZHAR DALAM KULIAH USULUDDIN. BELIAU MEMILIH UNIVERSITI AL-AZHAR SEBAGAI TEMPAT UNTUK MENYAMBUNG PENGAJIANNYA WALAUPUN BELIAUJUGA DITAWARKAN KE DAR AL-ULUM, KAHERAH.
BELIAU MENYELESAIKAN PENGAJIANNYA DI PERINGKAT DOKTOR FALSAFAH (PHD) PADA 1973. UNTUK MERAIH GELARAN DOKTOR FALSAFAH (PHD) DI UNIVERSITI AL-AZHAR, KAHERAH, BELIAU MENULIS DISERTASI DENGAN JUDUL "ZAKAT DAN PENGARUHNYA DALAM MENGATASI MASALAH SOSIAL"'. DISERTASI INI TELAH DIBUKUKAN DAN DITERJEMAHKAN KE DALAM BEBERAPA BAHASA DUNIA.
SEBELUM ITU, PADA TAHUN 1957, SYEIKH D.R YUSUF AL-QARADHAWI JUGA SEMPAT MEMASUKI INSTITUT PEMBAHASAN DAN PENGKAJIAN ARAB TINGGI DENGAN MERAIH DIPLOMA TINGGI BAHASA DAN SASTERA ARAB.
GURU-GURUNYA
ANTARA GURU-GURUNYA YANG TERKENAL IALAH:
• SYEIKH HAMID ABU ZUWAIL
• SYEIKH ALI KHALIL
•SYEIKH MUHAMMAD MUTAWALLI AL-SYA'RAWI •SYEIKH HASAN AL-BANNA
• USTAZ AL-BAHI AL-KHULI
• SYEIKH MAHMUD AL-DAFTAR
• SYEIKH AL-MANUFI
• SYEIKH MUHAMMAD AL-GHAZALI
• SYEIKH SAYYID SABIG
• SYEIKH MUHAMMAD ABD AL-RAHMAN AL-BISAR • SYEIKH MUHAMMAD MUKHTAR BUDARI
• SYEIKH MUHAMAD AHMADAIN
• SYEIKH ABDUL HAMID AL-SYAZILI
• SYEIKH SOLEH SHARRAF
• SYEIKH AL-AISAWI
•SYEIKH MUHAMMAD YUSUF
• SYEIKH ABDUL FATTAH SHAHATHAH
• SYEIKH MAHMUD FAYYADH
•SYEIKH ABU ZAID SHALABI
• SYEIKH DR. MUHAMMAD GHALLAB
• SYEIKH ABDUL HALIM MAHMUD
• SYEIKH TAYYIB NAJAZ
•SYEIKH DR. JAMALUDDIN
• SYEIKH ABI AL-GHARABI
DAN RAMAI LAGI.
JAWATAN-JAWATAN
ANTARA JAWATAN YANG DISANDANGNYA ADALAH:
•PENYELIA HAL EHWAL DI KEMENTERIAN WAKAF DAN JABATAN KEBUDAYAAN ISLAM AL-AZHAR.
• PENGARAH KOLEJ AGAMA, QATAR SELAMA 12 TAHUN SEJAK TAHUN 1961 •PENGARAH BAHAGIAN PENGAJIAN ISLAM DI FAKULTI PENDIDIKAN PADA TAHUN 1973
•PENGASAS DAN DEKAN FAKULTI SARIAH DAN PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI QATAR PADA TAHUN 1977 SEHINGGA TAHUN 1989/90
•PADA TAHUN 1991, MENJADI PENGARAH PUSAT PENGKAJIAN SUNNAH DAN SIRAH, UNIVERSITI QATAR.
• PADA TAHUN 1990/91 MENJADI PENSYARAH PELAWAT DI ALGERIA.
AL-QARADHAWI JUGA MENJADI AHLI BEBERAPA MAJLIS DAN YAYASAN TEMPATAN DAN ANTRABANGSA YANG MEMBERI TUMPUAN KEPADA PEMIKIRAN, PENGETAHUAN, HAL EHWAL ISLAM DAN DAKWAH. ANTARANYA IALAH :
• PRESIDEN AL-ITTIHAD AL-ALAMI LI-ULAMA' MUSLIMIN (KESATUAN ULAMA' ISLAM SEDUNIA)
• MAJLIS RABITAHAL-ALAM AL-ISLAMI, DI MEKKAH,
•MAJLIS DIRAJA UNTUK PENGAJIAN TAMADUN ISLAM DI JORDAN, • OXFORD ISLAMIC CENTRE FOR STUDIES
•MAJLIS UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA ISLAMABAD, •ORGANISASI DAKWAH ISLAM DI KHORTUM, SUDAN
• MAJLIS TINGGI PENDIDIKN DI QATAR
• MAJLIS PUSAT PENYELIDIKN TAMADUN DI QATAR
• AHLI LEMBAGA FIGH ISLAM DI MEKAH
•AHLI LIGA KESUSASTERAAN ISLAM
• AHLI GABUNGAN EKONOMI ISLAM DI KAHERAH
•AHLI MAJLIS DANA ISLAM DI QATAR
• AHLI MAJLIS PENGAJIAN ISLAM EROPAH DI PERANCIS
• AHLI YAYASAN MEDIA ISLAM ANTARABANGSA DI ISLAMBAD, PAKISTAN.
•MENJAWAT JAWATAN PENGARAH LEMBAGA PENGAWASAN SYARIAH DI BEBERAPA BANK
ISLAM. ANTARANYA IALAH BANK AL-TAQWA YANG BERPUSAT DI SWIZTERLAND DAN BANK ISLAM
QATAR DALAM MAJALAH MUA'ASIR, ISLAMIYYAT AL-MA'RIFAT DAN JURNAL SYARIAH DAN •PENASIHAT
ANUGERAH-ANUGERAH
BELIAU TELAH MENDAPAT ANUGERAH ANTARANYA IALAH :
• ANUGERAH EKONOMI ISLAM DARIPADA ISLAMIC DEVELOPMENT BANK PADA TAHUN 1411. •ANUGERH ANTARBANGSA RAJA FAISAL DALM BIDANG PENGKAJIAN ISLAM PADA TAHUN 1413
BERSAMA DENGAN SAYYID SABIA.
•ANUGERAH KECERMERLANGAN SARJANA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA PADA TAHUN 1996.
•ANUGERAH SULTAN HASAN AL-BULKIAH SULTAN BRUNEI DALAM BIDANG FIGH PADA TAHUN 1997.
• ANUGERAH SULTAN AL-UWAIS, EMERIAT ARAB BERSATU P A D A THUN 1999. • ANUGERAH ANTARABANGSA DUBAI P A D A TAHUN 2000
KARYA PENULISAN
BELIAU BANYAK MENYAMPAIKAN DAKWAH DAN MEMBENTANGKAN KERTAS KERJA DI
PERINGKAT KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA. BEGITU JUGA, BELIAU BANYAK MENGHASILKAN KARYA ILMIAH YANG BERMUTU TINGGI SEHINGGA MENJADI RUJUKAN SAMADA FATWAATAU PENDAPATNYA OLEH PARA ULAMA'
AL-QARADAWI TELAH MENGARANG HAMPIR SERATUS BUAH BUKU DALAM PELBAGAI BIDANG KEILMUAN ISLAM TERUTAMA DALAM BIDANG SOSIAL, DAKWAH DAN PENGAJIAN ISLAM. BUKU-BUKU BELIAU SANGAT DIMINATI OLEH UMAT ISLAM SELURUH DUNIA. BAHKAN BUKU-BUKU TERSEBUT TELAH DIULANG CETAK BERPULUH-PULUH KALI DAN DITERJEMAHKAN KE DALAM
PELBAGAI BAHASA. DI SAMPING ITU, BUKU-BUKU TERSEBUT DAPAT MENJELASKAN WAWASAN PERJUANGAN D A N PEMIKIRAN AL-QARADAWI SECARA LEBIH TERPERINCI. ANTARANYA IALAH :
.1 FIGH D A N USUL FIGH
• AL-HALAL W A AL-HARAM FI AL-ISLAM
•FATAWA MU'ASARAH, 2JILID
"AL-LITIHAD FI AL-SHARI'AT AL-ISLAMIAH
• MADKHAL LI DIRASAT AL-SHARI'A T AL-ISLAMIAH
•MIN FIGH AL-DAWLAH AL-ISLAMIAH
•NAHW FIGH TAYSIR
•AL-FATWA BAYN AL-INDIBAT WA AL-TASAYYUB,
•AL-FIGH AL-ISLAMI BAYN AL-ASALAH WA AL-TAJDID
•AWAMIL AL-SA'AH WA AL-MURUNAH FI AL-SYARI'AH AL-ISLAMIAH •AL-LITIHAD AL-MU'ASIR BAYN AL-INDIBAT WA AL-INFIRAT
•FIGH AL-SIYAM
• FIGH AL-TAHARAH
•FIGH AL-GHINA' WA AL-MUSIQA
FI FIGH AL-AQALIYYAT AL-MUSLIMAH
2. EKONOMI ISLAM
• FIGH AL-ZAKAT 2 JILID
•MUSHKILAT AL-FAQRWA KAYFA ALAJAHA AL-ISLAM, •BAY'U AL-MURABAHAH IL AL-AMRI BI AL-SHIRA
•FAWA'ID AL-BUNUK HIYA AL-RIBA AL-HARAM
•DAWR AL-QIYAM WA AL-AKHLAQ FI AL-LQTISAD AL-ISLAMI •DAWR AL-ZAKAT FI ALAJ AL-MUSYKILAT ALIQTISADIYYAH
3. PEMAHAMAN AL-QUR'AN DANAL-HADITH • AL-AGL W A AL-ILM FI AL-QURAN
• AL-SABRU FI AL-QURAN
•TAFSIR SURAH AL-RA'D
•KAYFA NATA'AMAL MA'A AL-SUNNAH AL-NABAWIYYAH • MADKHAL IL DIRASAT AL-SUNNAH
•KAYFA NATA'AMAL MA'A AL-QURAN
• AL-MUNTAGA MIN AL-TAGHIB WA AL-TARHIB •AL-SUNNAH MASDARAN LI AL-MA'RIFAH WA AL-HADARAH
4. TAUHID
• WUJUDULLAH
•HAQIGAT AL-TAWHID
•MAWGIF AL-ISLAM MIN AL-ILHAM WA AL-KASHAF WA AL-RU'A WA MIN AL-TAMAI'M WA
AL-KAHANAH WA AL-RAQY • AL-IMAN BI AL-QADR
PENGIKTIRAFAN ULAMA' DUNIA KEPADA SYEIKH YUSUF AL-QARADHAWI
RAMAI TOKOH ULAMA DAN CENDEKIAWAN ISLAM KONTEMPORARI YANG MEMUJI KETOKOHAN
DAN KEILMUAN MENDALAM YANG DIMILIKI OLEH BELIAU. LEBIH MENARIK LAGI, ANTARA PENGIKTIRAFAN YANG DIPEROLEHNYA ADALAH DARIPADA GURU-GURUNYA SENDIRI. ANTARA PUJIAN YANG DITERIMANYA ADALAH DARIPADA :
•PELANTIKANBELIAU SEBAGAI PRESIDEN AL-ITTIHAD AL-ALAMI LI-ULAMA' MUSLIMIN (KESATUAN ULAMA' ISLAM SEDUNIA) PADA TAHUN 2014 BARU-BARU INI MEMBUKTIKAN PENGIKTIRAFAN ULAMA' DUNIA KEPADA BELIAU.
• SYEIKH MUHAMMAD MUTAWALLI AL-SYA' RAWI
• SYEIKH MUHAMMAD AL-GHAZALI
"DAHULU BELIAU MERUPAKAN MURID DAN SAYA MERUPAKAN GURUNYA TETAPI SEKARANG
BELIAU MERUPAKAN GURU DAN SAYA MENJADI MURIDNYA PULA" • MAULANA ABU AL-HASAN 'ALI AL-NADWI
MAULANA AL-NADWIMENYIFATKAN SYEIKH DR. YUSUF AL-QARADHAWI SEBAGAI SEORANG YANG
BENAR-BENAR ALIM DANPENDIDIK YANG TERKEMUKA. BAGINYA, BELIAU MERUPAKAN ULAMA' LULUSAN UNIVERSITI AL-AZHAR YANG BERGIAT DALAM BIDANG DAKWAH DENGAN MENGGABUNGKAN ASPEK KEFAHAMAN ISLAM YANG BENAR DENGAN REALITI DUNIA MASAKINI. BELAU MENGGABUNGKAN SISI DAKWAH DAN MANHAJ HASAN AL-BANNA DENGAN SISI AKADEMIK Y A N G DIPEROLEHI D I UNIVERSITI AL-AZHAR. MANHAJNYA Y A N G MENGGABUNGJALINKAN TRADISI DAN MODEN ADALAH SEBAIK-BAIK MANHAJ.
•SYEIKH SOLEH SHARRAF
• SYEIKH MAHMUD SYALFUT
• SYEIKH SAYYID SABIG
• SYEIKH ANWAR AL-JUNDI
"BUKAN SEMUA ORANG SEPERTI AL-QARADHAWI YANG DIKURNIAKAN ALLAH PENGUASAAN DALAM PENULISAN DANPIDATO."
• SYEIKH MUSTAFA ZARQA'
"SYEIKH AL-QARADHAWI ADALAH TOKOH SEMASA YANG MERUPAKAN ANUGERAH ILAHI KEPADA UMAT ISLAM SEKARANG."
TOKOH YANG BERPENGARUH DALAM MEMBENTUK PEMIKIRAN DAN AKHLAKNYA
DISENARAIKAN BEBERAPA TOKOH ILMUAN SILAM DAN KONTEMPORARI YANG MEMBERI PENGARUHKEPADAPEMIKIRANDANAKHLAKSYEIKHYUSUFAL-QARADHAWI. ANTARANYA:
• IMAM ABU HAMID AL-GHAZZALI (PENULIS IHYA' ULUM AL-DIN)
• SYEIKH HASAN AL-BANNA (PENGASAS IKHWAN MUSLIMIN)
•USTAZ AL-BAHI AL-KHULI (PEMIMPIN IKHWAN MUSLIMIN KAWASAN AL-GHARBIYAH) •SYEIKH MUHAMMAD AL-GHAZALI (ULAMA' AL-AZHAR YANG JUGA AHLI IKHWAN MUSLIMIN) • SYEIKH MUHAMMAD ABDULLAH DARRAZ (ULAMA AL-AZHAR)
• SYEIKH MAHMUD SYALFUT (MANTAN SYEIKHUL AZHAR)
• SYEIKH ABDUL HALIM MAHMUD (MANTAN SYEIKHUL AZHAR) •SYEIKH MUHAMMAD RASHID RIDHA (PENULIS TAFSIR AL-MANAR) • SYEIKH MUHAMMAD ABDUH (ULAMA' AL-AZHAR)