HADIS HARIAN PPDH
KEWAJIPAN IBADAH HAJI
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَمْنَعْهُ عَنْ الْحَجِّ حَاجَةٌ ظَاهِرَةٌ أَوْ سُلْطَانٌ جَائِرٌ أَوْ مَرَضٌ حَابِسٌ فَمَاتَ وَلَمْ يَحُجَّ فَلْيَمُتْ إِنْ شَاءَ يَهُودِيًّا وَإِنْ شَاءَ نَصْرَانِيًّا
DARI ABU UMAMAH, IA BERKATA; RASULULLAH SAW BERSABDA: "BARANGSIAPA TIDAK TERHALANG UNTUK MELAKUKAN HAJI OLEH SUATU HAJAT YANG JELAS ATAU OLEH PENGUASA YANG ZALIM ATAU PENYAKIT YANG MENAHANNYA, KEMUDIAN IA MENINGGAL DUNIA DAN BELUM MELAKUKAN HAJI, BOLEH JADI IA MENINGGAL DUNIA DALAM KEADAAN SEBAGAI YAHUDI ATAU SEBAGAI NASRANI." (HR DARIMI NO: 1719)
PENGAJARAN:
1. IBADAT HAJI ADALAH SALAH SATU DARIPADA RUKUN ISLAM YANG WAJIB DILAKSANAKAN OLEH SETIAP MUKALAF YANG BERKEMAMPUAN DAN BERKUASA.
2. MEREKA YANG TIADA HALANGAN DARI SUDUT WANG RINGGIT, KESIHATAN MAHUPUN KEMUDAHAN UNTUK MENGERJAKAN IBADAT HAJI, NAMUN MASIH TIDAK BERUSAHA MENUNAIKANKANNYA ATAS ALASAN "BELUM SAMPAI SERU" DIBIMBANGI JIKA MENINGGAL DUNIA AKAN MENJADI YAHUDI ATAU KERISTIAN.
3. KEWAJIPAN MENUNAIKAN IBADAH HAJI ADALAH KEPADA MEREKA YANG BERKUASA MENGELUARKAN BELANJA TAMBANG DAN SEGALA PERBELANJAAN LAIN TERMASUK MEMPUNYAI BEKALAN DAN PERBELANJAAN YANG CUKUP BAGI SARAAN NAFKAH ORANG YANG DITINGGALKAN.
4. PALING TIDAK ANDA TELAH BERUSAHA MENABUNG DAN MENDAFTAR DENGAN TABUNG HAJI SEBAGAI PERSIAPAN MENUNAIKANNYA, WALAUPUN TARIKH GILIRAN YANG DIPEROLEHI LAMA LAGI.
5. BAGI PANDANGAN IMAM AHMAD IBN HANBAL, JIKA SESEORANG MEMILIKI LEBIHAN HARTA SEPERTI HARTA TAK ALIH (I.E. RUMAH LEBIH DARI SATU, KENDERAAN LEBIH DARI SATU) ATAU SESUATU YANG LEBIH DARIPADA KEPERLUAN, MAKA WAJIB IA MENJUAL SEBAHAGIAN DARIPADANYA UNTUK KEPERLUAN MENUNAIKAN HAJI.
SIAP SEDIAKAN KEMAMPUAN DIRI UNTUK MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN UMRAH BAGI YANG BELUM. JIKA TIDAK MENABUNG SEKARANG, BILA LAGI?
"KE ARAH MELAHIRKAN ULAMAK PEWARIS NABI"
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS
YAYASAN PAKSI, ALOR SETAR
26 ZULKAEDAH 1442H
8 JULAI 2021
UNTUK DAPATKAN PERINGATAN HADIS HARIAN, SILA KLIK LINK DI BAWAH :
HTTPS://T.ME/MAAHADARULHADIS
#HADISHARIAN
#DARULHADIS
#MAAHADDARULHADIS
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#YAYASANPAKSI