https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH051_1652353383.JPG

WARNA-WARNI JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2022

 
 
ALOR SETAR, 12 MEI 2022 - SEGALA PUJI BAGI ALLAH TELAH SELESAI JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI YANG BERLANGSUNG DENGAN PENUH WARNA-WARNI DENGAN KESEMUA WARGA PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS BERBUSANA BAJU RAYA YANG TERDIRI DARIPADA BAJU MELAYU, BAJU KURUNG DAN JUBAH.
 
PROGRAM TAHUNAN INI DIADAKAN BERTUJUAN MERAPATKAN DAN MENGUKUHKAN SILATURRAHIM ANTARA WARGA DARUL HADIS MERENTASI SEMUA PERINGKAT SELAIN MERAIKAN HARI RAYA BERSAMA. TURUT HADIR KE JAMUAN HARI INI ADALAH EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH (AGAMA, PENDIDIKAN DAN SUMBER MANUSIA) MERANGKAP AHLI LEMBAGA PENGARAH YAYASAN PAKSI, YB. BRIGEDIER JENERAL(B) DATO' HAJI NAJMI BIN HAJI AHMAD.
 
PADA SEBELAH PAGI TELAH DIMULAKAN DENGAN SEMBANG SANTAI AIDILFITRI YANG MENAMPILKAN PANEL USTAZ ZULFAHMI ZAMZAM DAN USTAZAH MAISARAH SERTA MODERATOR USTAZ 'ATHA IBRAHIM. ANTARA TOPIK YANG DIBINCANGKAN ADALAH MENGENAI ADAB MENYAMBUT HARI RAYA DAN BATASAN PERGAULAN SESAMA AHLI KELUARGA BESAR. SELEPAS ITU, BERLANGSUNG SESI PENYERAHAN DUIT RAYA OLEH PIHAK MAAHAD KEPADA SEMUA PELAJAR.
 
USTAZ MOHD AZIZI BIN SHUKRI YANG MERUPAKAN PENGARAH JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI MELAHIRKAN RASA SYUKUR PROGRAM BERJALAN LANCAR DENGAN PELBAGAI JUADAH RAYA SEPERTI LEMANG, KETUPAT, SATE, RENDANG DAN HIDANGAN NASI HUJAN PANAS, KUETIAU GORENG, CUCUR UDANG, AISKRIM SERTA MENU TAMBAHAN REMPEYEK, APAM LENGGANG, APAM COKLAT DAN ROJAK BUAH.
 
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AHLI JAWATANKUASA DI PERINGKAT KAKITANGAN DAN PELAJAR SERTA SEMUA DALAM MENJAYAKAN JAMUAN RAYA KALI INI.
 
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS
YAYASAN PAKSI, ALOR SETAR
 
#JAMUANRAYA #RAYA2022
#DARULHADIS
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#MAAHADDARULHADIS #YAYASANPAKSI
LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH051_1652328629.png

AYUH HADIR KE PENGAJIAN PAKSI πŸ˜ƒ

AYUH HADIR KE PENGAJIAN PAKSI πŸ˜ƒ

TARIKH : 13 MEI 2022
HARI : JUMAAT

SLOT 1 : 9.00 PAGI
USTAZ AHMAD ABDULLAH
SLOT 2 : 10.00 PAGI
DR. JAMNUL AZHAR MULKAN

πŸ“ LOKASI:

DEWAN UTAMA,
UKIR MALL,
JALAN SULTAN BADLISHAH,
ALOR SETAR

πŸ“² SILA SHARE KEPADA KENALAN ANDA. SEMOGA BERMANFAAT BUAT KITA SEMUA.

πŸ‘³πŸ»β€β™€οΈπŸ§•πŸ» MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR SERTA ⚠️ MESTI MENGIKUT SOP YANG TELAH DITETAPKAN.

πŸ“Œ KERAP MENCUCI TANGAN DAN PASTIKAN BADAN ANDA SIHAT.

#KULIAHDUHAPAKSI #DARULHADIS
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#MAAHADDARULHADIS #YAYASANPAKSI

KETERANGAN LANJUT HUBUNGI CG SUKARNO 0195987842

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH051_1652279692.png

πŸ“ KULIAH MAGHRIB MINGGUAN πŸŒ™

πŸ“ KULIAH MAGHRIB MINGGUAN πŸŒ™

BERSAMA USTAZ SHAHRIZAN HAZIME
πŸ—“ HARI: KHAMIS
πŸ“† TARIKH: 12/5/2022
⏰ MASA: 8.00 MALAM
KITAB PENGAJIAN :
KITAB AL-AZKAR NAWAWIAH

PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS,
KAMPUNG TOK KELING,
05400 ALOR SETAR, KEDAH

LIKE DAN FOLLOW ‡️
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/MAAHADARULHADIS/

πŸ“² SILA SHARE KEPADA KENALAN ANDA. SEMOGA BERMANFAAT BUAT KITA SEMUA.

πŸ‘³πŸ»β€β™€οΈπŸ§•πŸ» MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR SERTA ⚠️ MESTI MENGIKUT SOP YANG TELAH DITETAPKAN.

πŸ“Œ AMALKAN PENJARAKAN SOSIAL, PAKAI PELITUP MUKA, KERAP MENCUCI TANGAN DAN PASTIKAN BADAN ANDA SIHAT.

#KULIAHDARULHADIS #DARULHADIS
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#MAAHADDARULHADIS #YAYASANPAKSI

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH051_1652235549.JPG

DAURAH KITAB BERSAMA SYEIKH HISHAM BERLANGSUNG 3 SESI

ALOR SETAR, 9 MEI 2022 - ALHAMDULILLAH TELAH BERLANGSUNG SEBUAH DAURAH KITAB BERSANAD DI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS YANG DISAMPAIKAN OLEH AL-FADHIL SYEIKH DR. HISHAM KAMIL HAMID MUSA AL-AZHARI (IMAM & KHATIB MASJID BAIBARS, KAHERAH).

DAURAH KITAB BERSANAD KALI INI MENGGUNAKAN KITAB SITTIN MASAIL IMAM AL-ZAHID AL-MISRI (FEQAH). KITAB INI DIKARANG OLEH AL-IMAM AL-ZAHID AL-MISRI YANG MEMBINCANGKAN TENTANG PELAJARAN ASAS DALAM FEQAH, KHUSUSNYA DALAM BIDANG IBADAH.

DAURAH SECARA BERSEMUKA INI DIJALANKAN MENGIKUT TIGA SESI YANG TELAH DITETAPKAN IAITU:-

SESI 1: 10.00 PAGI -12.00 TENGAHARI
SESI 2: 5.00 PETANG - 7.00 MALAM
SESI 3: 8.00-10.00 MALAM

PESERTA YANG TERDIRI DARIPADA SEMUA PELAJAR TAFAQQUH TERDIRI DARIPADA 25 ORANG BANIN DAN 17 ORANG BANAT TERMASUKLAH KEHADIRAN ORANG AWAM.

MENURUT PENGARAH DAURAH, USTAZ YAHYA AYYASH BIN ZAKARIA MERANGKAP PENOLONG KANAN KOKURIKULUM BERKATA, ANTARA OBJEKTIF PENGANJURAN DAURAH ADALAH MEMBERIKAN PENDEDAHAN AWAL KEPADA PARA PELAJAR TENTANG SISTEM PENGAJIAN DI AL-AZHAR SELAIN MENYEMAI MINAT BERTALAQQI KITAB BERSAMA PARA MASYAIKH.

PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SYEIKH HISHAM ATAS ILMU YANG DISAMPAIKAN DAN TIDAK LUPA JUGA PASUKAN KHIDMAT SYEIKH HISHAM SERTA AJK DAURAH KITAB DARUL HADIS DAN KESEMUA PESERTA YANG HADIR.

PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS
YAYASAN PAKSI, ALOR SETAR

#DAURAHKITAB #DAURAHKITAB
#SYEIKHHISHAM
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#MAAHADDARULHADIS #YAYASANPAKSI

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH051_1652179357.png

BERSAMA USTAZ SHAHRIZAN HAZIME

πŸ“ PAKAT MAI NGAJI DI DARUL HADIS ! πŸ˜ƒ
 
BERSAMA USTAZ SHAHRIZAN HAZIME
πŸ—“ HARI: RABU
πŸ“† TARIKH: 11/5/2022
⏰ MASA: 9.30 PAGI
KITAB PENGAJIAN :
KITAB RIYADHUS SOLIHIN
 
#KULIAHDARULHADIS #DARULHADIS
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#MAAHADDARULHADIS #YAYASANPAKSI
LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH051_1652176490.png

PUASA SUNAT ENAM SYAWAL

HADIS HARIAN PPDH
PUASA SUNAT ENAM SYAWAL

ΨΉΩŽΩ†Ω’ أَبِي Ψ£ΩŽΩŠΩ‘ΩΩˆΨ¨ΩŽ Ψ§Ω„Ω’Ψ£ΩŽΩ†Ω’Ψ΅ΩŽΨ§Ψ±ΩΩŠΩ‘Ω رَآِيَ Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω ΨΉΩŽΩ†Ω’Ω‡Ω Ψ£ΩŽΩ†Ω‘ΩŽ Ψ±ΩŽΨ³ΩΩˆΩ„ΩŽ Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω Ψ΅ΩŽΩ„Ω‘ΩŽΩ‰ Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω ΩˆΩŽΨ³ΩŽΩ„Ω‘ΩŽΩ…ΩŽ Ω‚ΩŽΨ§Ω„ΩŽ Ω…ΩŽΩ†Ω’ Ψ΅ΩŽΨ§Ω…ΩŽ Ψ±ΩŽΩ…ΩŽΨΆΩŽΨ§Ω†ΩŽ Ψ«ΩΩ…Ω‘ΩŽ أَΨͺΩ’Ψ¨ΩŽΨΉΩŽΩ‡Ω سِΨͺΩ‘Ω‹Ψ§ مِنْ Ψ΄ΩŽΩˆΩ‘ΩŽΨ§Ω„Ω ΩƒΩŽΨ§Ω†ΩŽ ΩƒΩŽΨ΅ΩΩŠΩŽΨ§Ω…Ω Ψ§Ω„Ψ―Ω‘ΩŽΩ‡Ω’Ψ±Ω

DARIPADA ABU AYYUB AL-ANSARI RA BAHAWA IA TELAH MENCERITAKAN BAHAWA RASULULLAH SAW BERSABDA: "BARANG SIAPA YANG BERPUASA RAMADAN KEMUDIAN DIA MENGIRINGINYA DENGAN PUASA ENAM HARI DARI BULAN SYAWAL MAKA SEOLAH-OLAH IA BERPUASA SEPANJANG TAHUN.” (SAHIH MUSLIM NO: 1984) DAR IHYA KUTUB ARABIYYAH. STATUS: HADIS SAHIH

PENGAJARAN :

1. KEWAJIPAN MUKMIN MELAKSANAKAN IBADAT PUASA SEBULAN RAMADAN.
2. ORANG YANG BERPUASA PENUH SEPANJANG BULAN RAMADAN DAN DIIKUTI PUASA SUNAT SYAWAL SEBANYAK ENAM HARI, SEOLAH-OLAH DIA TELAH BERPUASA SELAMA SETAHUN.
3. MENURUT IMAM NAWAWI: “GANJARANNYA SEOLAH-OLAH PUASA SEPANJANG TAHUN, KERANA SATU HASANAH (PAHALA) MENDAPAT 10 GANDAAN. JADI PUASA RAMADHAN SEBULAN SEUMPAMA PUASA 10 BULAN. MANAKALA PUASA 6 HARI SEUMPAMA PUASA DUA BULAN”.
4. PUASA SUNAT ENAM HARI PADA BULAN SYAWAL, TIDAK SEMESTINYA DILAKUKAN ENAM HARI BERTURUT-TURUT. PUASA SUNAT BOLEH BERMULA PADA DUA, TIGA, EMPAT HARI RAYA AIDIL FITRI ATAU BILA-BILA MASA PADA BULAN SYAWAL SEHINGGA BERAKHIRNYA SYAWAL.

MARILAH DALAM KEMERIAHAN KITA MERAIKAN HARI RAYA, JANGAN LUPA PUASA SUNAT ENAM HARI SYAWAL.

JADILAH KITA SEORANG RABBANI (HAMBA ALLAH YANG SELALU BERIBADAH KEPADA-NYA DI SETIAP WAKTU DAN TEMPAT), DAN JANGANLAH KITA MENJADI SEORANG RAMADANI (ORANG YANG HANYA BERIBADAH KEPADA ALLAH DI BULAN RAMADAN)

"KE ARAH MELAHIRKAN ULAMAK PEWARIS NABI"
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS
YAYASAN PAKSI, ALOR SETAR

9 SYAWAL 1443H
10 MEI 2022

UNTUK DAPATKAN PERINGATAN HADIS HARIAN, SILA KLIK LINK DI BAWAH :
HTTPS://T.ME/MAAHADARULHADIS

#HADISHARIAN
#DARULHADIS
#MAAHADDARULHADIS
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#YAYASANPAKSI

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH051_1652066946jpeg

JAWATAN KOSONG ASATIZAH PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS YAYASAN PAKSI

JAWATAN KOSONG ASATIZAH PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS YAYASAN PAKSI

β–ͺGURU TAFAQQUH FIDDIN
(KHUSUS BAHASA ARAB)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :

βœ… MEMILIKI IJAZAH KEPUJIAN BIDANG SYARIAH, USULUDDIN ATAU BAHASA ARAB (DIUTAMAKAN) PADA PERINGKAT IPTA/S ATAU KELULUSAN YANG DIIKTIRAF SETARAF DENGANNYA.
βœ… LULUSAN PONDOK ATAU PESANTEREN DI MALAYSIA ATAU LUAR NEGARA.
βœ… CALON BERPENGALAMAN ADALAH DIUTAMAKAN.
βœ… TIDAK MEROKOK.
βœ… MENJAGA SOLAT LIMA WAKTU DAN BERKETERAMPILAN BAIK.

TARIKH TUTUP
12 MEI 2021

CARA MEMOHON

PERMOHONAN HENDAKLAH DIBUAT SECARA EMEL DENGAN MENYATAKAN KETERANGAN LENGKAP PERIBADI (RESUME), KELAYAKAN, PENGALAMAN DAN DISERTAKAN DOKUMEN/SIJIL-SIJIL BERKAITAN.

PERMOHONAN BOLEH DIKEMUKAKAN KE EMEL

MAAHADARULHADIS@GMAIL.COM

SEBARANG PERTANYAAN LANJUT HUBUNGI 019-4402769 (WAKTU PEJABAT)

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH039_1651162028.jpg

PELUANG INFAQ JUMAAT TERAKHIR DI BULAN RAMADHAN 1443H

HARI JUMAAT MINGGU TERAKHIR...
BAGI BULAN RAMADHAN TAHUN INI...
SETAHUN SEKALI KEDATANGAN DAN PEMERGIANNYA KINI KIAN HAMPIR... 😭

DIKESEMPATAN HARI INI 27 RAMADHAN 1443H PADA HARI JUMAAT YANG PENUH BARAKAH, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS MENYERU TUAN/PUAN AGAR MARILAH SAMA-SAMA KITA MEREBUT PELUANG KEEMASAN PADA BAKI-BAKI TERAKHIR RAMADHAN UNTUK BERBUAT KEBAJIKAN DENGAN MENYUMBANG WALAUPUN HANYA RM1 KE AKAUN BANK ISLAM ATAS NAMA:

➑️ DANA DARUL HADIS
➑️ 02105010006858

HANYA RM1 BOLEH KAN???πŸ™

DARI ANAS RA BERKATA, BAHAWA RASULULLAH SAW PERNAH DITANYA APAKAH SEDEKAH YANG PALING UTAMA? BAGINDA PUN MENJAWAB, "SEDEKAH YANG PALING UTAMA ADALAH SEDEKAH PADA BULAN RAMADHAN" (HR AL-BAIHAQI)

1️⃣ INFAQ IHYA' RAMADHAN 1443H/2022M
KLIK SINI

2️⃣ WAKAF PEMBELIAN KENDERAAN
KLIK SINI

3️⃣ WAKAF NAIKTARAF KOMPLEKS
KLIK SINI

4️⃣ WAKAF DEWAN TAHFIZ
KLIK SINI

5️⃣ INFAQ TETAP BULANAN
KLIK SINI

6️⃣ INFAQ DI APLIKASI SNAPNPAY
KLIK SINI

7️⃣ INFAQ MELALUI DUITNOW QR
KLIK SINI

SEMOGA KITA SEMUA DIBERIKAN KESIHATAN, KEKUATAN UNTUK MENJALANI BAKI-BAKI TERAKHIR RAMADHAN DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KETAKWAAN DAN DITERIMA AMAL IBADAT SEPANJANG BULAN RAMADHAN INI.. AMIIN🀲🏻

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH039_1651114353.jpg

PECUTAN AKHIR WAKAF KENDERAAN BULAN RAMADHAN

DARI ANAS RA BERKATA, BAHAWA RASULULLAH SAW PERNAH DITANYA APAKAH SEDEKAH YANG PALING UTAMA? BAGINDA PUN MENJAWAB, "SEDEKAH YANG PALING UTAMA ADALAH SEDEKAH PADA BULAN RAMADHAN" (HR AL-BAIHAQI)

AYUH KITA REBUT PELUANG DI 10 RAMADHAN TERAKHIR INI UNTUK BERBUAT KEBAJIKAN DENGAN MENGAMBIL KELEBIHAN BERSEDEKAH PADA BAKI-BAKI TERAKHIR BULAN RAMADHAN INI. 

ALHAMDULILLAH..SEHINGGA 27 APRIL 2022, JUMLAH KUTIPAN SUMBANGAN WAKAF PEMBELIAN KENDERAAAN (KERETA BEZZA) RASMI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS(PPDH) ADALAH RM 30,000 DAN SEJUMLAH RM 6,000 LAGI KEKOSONGAN SLOT WAKAF YANG MASIH DIBUKA UNTUK MENYUMBANG NIAT WAKAF. 

πŸ’° DANA DIPERLUKAN LAGI: RM 6,000

πŸ™‹‍♂️ MISI MENCARI 120 PENYUMBANG

🚘 1 SLOT WAKAF: RM50

❀️ @SEIKHLAS HATI

 

MARILAH KITA MEREBUT PELUANG KEEMASAN INI SEDEKAH DI 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN WALAUPUN DENGAN HANYA RM1, RM10, RM30, RM50 ATAU PUN MENGIKUT KEMAMPUAN TUAN/PUAN SERTA MEMBANTU MENYEBAR LUASKAN IKLAN INI KEPADA KENALAN. 

MOGA-MOGA SEGALA AMAL KEBAJIKAN KITA DI BULAN RAMADHAN INI DITERIMA OLEH ALLAH SWT DAN MENJADIKAN IANYA SAHAM AKHIRAT KELAK. AMIIN..🀲🏻

INFO SELANJUTNYA: KLIK SINI

 

PERTANYAAN, HUBUNGI:

017-5410382 (MUDIR - UST SHAHRIZAN)

019-5512346 (TIMB. MUDIR - UST FIKRI)

011-59638442 (PEGAWAI DANA)

LAGI