HADIS HARIAN PPDH
NIAT DAN HIJRAH KERANA ALLAH
ุนููู ุฃูู
ูููุฑู ุงููู
ูุคูู
ููููููู ุฃูุจููู ุญูููุตู ุนูู
ูุฑู ุจููู ุงููุฎูุทููุงุจู ุฑูุถููู ุงูููู ุนููููู ููุงูู: ุณูู
ูุนูุชู ุฑูุณููููู ุงูููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู
ูููููููู: ุฅููููู
ูุง ุงููุฃูุนูู
ูุงูู ุจูุงูููููููุงุชู ููุฅููููู
ูุง ููููููู ุงู
ูุฑูุฆู ู
ูุง ููููู. ููู
ููู ููุงููุชู ููุฌูุฑูุชููู ุฅูููู ุงูููู ููุฑูุณููููููู ููููุฌูุฑูุชููู ุฅูููู ุงูููู ููุฑูุณููููููู ููู
ููู ููุงููุชู ููุฌูุฑูุชููู ููุฏูููููุง ููุตูููุจูููุง ุฃููู ุงู
ูุฑูุฃูุฉู ููููููุญูููุง ููููุฌูุฑูุชููู ุฅูููู ู
ูุง ููุงุฌูุฑู ุฅููููููู.
DARIPADA AMIRUL MU’MININ, ABI HAFS UMAR BIN AL KHATTAB RA, DIA BERKATA, "SAYA MENDENGAR RASULULLAH SAW BERSABDA: SESUNGGUHNYA SETIAP PERBUATAN TERGANTUNG PADA NIATNYA. DAN SESUNGGUHNYA SETIAP ORANG (AKAN DIBALAS) BERDASARKAN APA YANG DIA NIATKAN. BARANGSIAPA YANG HIJRAHNYA KERANA (INGIN MENDAPATKAN KEREDHAAN) ALLAH DAN RASUL-NYA, MAKA HIJRAHNYA KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA. DAN SIAPA YANG HIJRAHNYA KERANA DUNIA YANG IA MENGINGINKANNYA ATAU WANITA YANG INGIN DIKAHWININYA MAKA HIJRAHNYA KEPADA APA YANG IA BERHIJRAH KEPADANYA (YANG DIA NIATKAN). (HR BUKHARI NO: 1) STATUS: HADIS SAHIH
PENGAJARAN:
1. SETIAP AMAL SESEORANG ITU BERGANTUNG KEPADA NIAT.
2. NIAT MERUPAKAN SYARAT DITERIMA ATAU TIDAKNYA SESUATU AMAL PERBUATAN. AMAL IBADAH TIDAK AKAN MENGHASILKAN PAHALA KECUALI BERDASARKAN NIAT (KERANA ALLAH).
3. IKHLAS MELAKUKAN SESUATU AMAL SEMATA-MATA KERANA ALLAH ADALAH DITUNTUT PADA SEMUA AMAL DAN IBADAH.
4. GANJARAN PAHALA SEORANG MUKMIN AKAN DIBERI BERDASARKAN KADAR NIATNYA.
5. ORANG YANG BERHIJRAH ATAU MELAKUKAN SESUATU PERBUATAN KERANA DUNIA, MAKA DIA HANYA AKAN DAPAT DUNIA YANG DIINGINKAN.
6. ORANG YANG BERHIJRAH KERANA WANITA, DIA JUGA HANYA AKAN DAPAT SEPERTI YANG DINIATKAN.
7. ORANG YANG BERHIJRAH KERANA ALLAH, DIA AKAN MEMPEROLEH APA YANG DINIATKAN DENGAN GANJARAN PAHALA.
8. HIJRAH ADALAH MENINGGALKAN SESUATU YANG BURUK, YANG DILARANG OLEH ALLAH KEPADA SESUATU YANG LEBIH BAIK DAN DIREDAI ALLAH.
LAKUKANLAH APA JUGA AMAL KEBAIKAN DENGAN NIAT YANG IKHLAS KERANA ALLAH. BERUSAHALAH MELAKUKAN HIJRAH DENGAN MENINGGALKAN SEBARANG KEBURUKAN DAN DOSA KEPADA SESUATU YANG LEBIH BAIK DAN DIREDAI.
SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN TAHUN BARU HIJRAH 1443.
"KE ARAH MELAHIRKAN ULAMAK PEWARIS NABI"
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS
YAYASAN PAKSI, ALOR SETAR
30 ZULHIJJAH 1442H
9 OGOS 2021
UNTUK DAPATKAN PERINGATAN HADIS HARIAN, SILA KLIK LINK DI BAWAH :
HTTPS://T.ME/MAAHADARULHADIS
#HADISHARIAN
#DARULHADIS
#MAAHADDARULHADIS
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#YAYASANPAKSI