SETIAP ORANG BERIMAN PERLU MEMILIKI SIFAT MENGAMBIL BERAT AKAN PERIHAL SAUDARA SEAGAMANYA. RASULULLAH SALLALAHU ALAIHI WASALLAM BERSABDA DALAM SEBUAH HADIS YANG DIRIWAYATKAN OLEH IMAM AHMAD:
“PERUMPAMAAN ORANG MUKMIN DALAM SIKAP SALING MENCINTAI, MENGASIHI DAN MENYAYANGI, SEUMPAMA TUBUH BADAN, JIKA SATU ANGGOTA TUBUH BADAN SAKIT, MAKA ANGGOTA TUBUH BADAN YANG LAIN AKAN SUSAH TIDUR ATAU MERASA DEMAM.”
DALAM SEBUAH HADIS YANG LAIN, RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM MEMBUAT PERUMPAMAAN BAHAWA PERSAUDARAAN ORANG MUKMIN ITU SEOLAH-OLAH SEBUAH BANGUNAN SEBAGAIMANA SABDA BAGINDA DALAM HADIS RIWAYAT IMAM MUSLIM:
الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضً
YANG BERMAKSUD: “ORANG MUKMIN DENGAN ORANG MUKMIN YANG LAIN SEPERTI SEBUAH BANGUNAN, SEBAHAGIAN MENGUATKAN SEBAHAGIAN YANG LAIN.”
DI PALESTIN, UMAT ISLAM MENGHADAPI KEZALIMAN OLEH REGIM ZIONIS ISRAEL SEJAK BERPULUH-PULUH TAHUN. DI SYRIA, SAUDARA-SAUDARA KITA SEDANG MENGHADAPI KEZALIMAN MELAMPAU OLEH REGIM BASYAR ASSAD. DI YAMAN, UMAT ISLAM DI SANA SEDANG DIANCAM KRISIS KEBULURAN. BEGITU JUGALAH JUTAAN UMAT ISLAM DI SOMALIA, ETHIOPIA DAN BEBERAPA NEGARA MISKIN YANG LAIN.
KITA MAMPU TIDUR NYENYAK DI RUMAH MASING-MASING BERALASKAN TILAM DAN BANTAL EMPUK, SEDANGKAN SAUDARA SEAGAMA KITA DI SESETENGAH NEGARA, TIDUR DALAM KELAPARAN ATAU KETAKUTAN. ADA YANG TIDUR DI CELAH RUNTUHAN BANGUNAN BERTEMANKAN BUNYI TEMBAKAN DAN LETUPAN BOM.
APAKAH PERANAN KITA SEBAGAI SAUDARA SEAGAMA YANG DIKURNIAKAN
KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK? TIDAKKAH KITA MERASA SEDIH, SEBAK ATAU TERGURIS
HATI MELIHAT NASIB MEREKA YANG SEDANG DITIMPA KESUSAHAN?
MENOLONG UMAT ISLAM YANG SEDANG DALAM KESUSAHAN ATAU YANG SEDANG DIZALIMI MERUPAKAN SUATU TUNTUTAN DALAM ISLAM. SABDA RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM DALAM SEBUAH HADIS YANG DIRIWAYATKAN OLEH IMAM AL-BUKHARI:
“TOLONGLAH SAUDARAMU YANG ZALIM ATAU YANG DIZALIMI.” MAKA PARA SAHABAT BERTANYA, “ORANG YANG DIZALIMI JELAS KAMI TOLONG, LALU BAGAIMANAKAH CARA MENOLONG ORANG YANG MELAKUKAN KEZALIMAN?” BAGINDA BERSABDA, “IAITU DENGAN CARA MENCEGAHNYA DARIPADA PERBUATAN ZALIM ITU.”
FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TAALA DALAM SURAH AL-MA’IDAH AYAT 2:
"...DAN TOLONG-MENOLONGLAH KAMU DALAM (MENGERJAKAN) KEBAJIKAN DAN TAKWA, DAN JANGANLAH KAMU TOLONG-MENOLONG DALAM BERBUAT DOSA DAN PELANGGARAN..."
JIKA KITA MUKMIN SEJATI, SUDAH TENTU KITA MENCARI JALAN BAGAIMANA HENDAK MENOLONG SAUDARA SEAGAMA KITA.
DI SEKITAR KITA, TERDAPAT JUGA SEGELINTIR AHLI MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN SEPERTI GOLONGAN MISKIN TEGAR, GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH, IBU-IBU TUNGGAL, ANAK-ANAK YATIM, GOLONGAN PENDAKWAH YANG MEMPERUNTUKKAN SEPENUH JIWA RAGA UNTUK MENYEBARKAN
AGAMA ISLAM KHUSUSNYA DI PEDALAMAN, GOLONGAN PELAJAR YANG KURANG BERKEMAMPUAN UNTUK MENYAMBUNG PENGAJIAN, GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU), PENGIDAP-PENGIDAP PENYAKIT KRONIK YANG MEMERLUKAN WANG UNTUK MENAMPUNG KOS PERUBATAN YANG TINGGI DAN PELBAGAI GOLONGAN LAGI.
RINGANKANLAH BEBAN MEREKA DENGAN BERKONGSI SEBAHAGIAN REZEKI YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA KITA DENGAN MEMBERIKAN INFAQ.
SABDA RASULULLAH SALLAHU ALAIHI WASALLAM DALAM SEBUAH HADIS YANG DIRIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM YANG BERMAKSUD:
“BARANGSIAPA MERINGANKAN SATU KESUSAHAN SEORANG MUKMIN DARIPADA KESUSAHAN-KESUSAHANNYA DI DUNIA, MAKA ALLAH AKAN MERINGANKAN SATU KESUSAHAN
DARIPADA KESUSAHAN-KESUSAHANNYA PADA HARI KIAMAT. BARANGSIAPA MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA SEORANG YANG DALAM KESULITAN, ALLAH AKAN MEMBERI KEMUDAHAN KEPADANYA DI DUNIA DAN AKHIRAT."