إنا لله و إنا اليه راجعون
DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA IBU KEPADA SEORANG PELAJAR DARUL HADIS ( RAIQ MIKHAIL) TELAH MENINGGAL DUNIA DI HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM, SUNGAI PETANI, KEDAH.
ALMARHUMAH MURZIANA BINTI EUNOS TELAH MENINGGAL DUNIA KIRA-KIRA JAM 12.00 TENGAHARI TADI.
SEBELUM INI ALMARHUMAH SEKELUARGA TERMASUK SUAMI DAN ANAKNYA, RAIQ DILAPORKAN POSITIF COVID-19. WALAUBAGAIMANAPUN RAIQ TELAH SEMBUH DARI COVID-19.
NAMUN, SUAMI ALMARHUMAH TELAH PUN MENINGGAL DUNIA DI HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH, ALOR SETAR PADA 27 OGOS LALU.
SAMA-SAMA KITA DOAKAN AGAR RAIQ DIBERIKAN KEKUATAN DAN KETABAHAN UNTUK MENGHADAPI UJIAN BERAT INI.
SEMOGA ALLAH AMPUNI DIA, RAHMATI DIA, MAAFKAN DIA, MULIAKAN KEMATIAN DIA, LAPANGKAN KUBUR DIA, JADIKANLAH SYURGA SEBAGAI GANTI TEMPAT TINGGAL DIA DAN BERILAH KESABARAN KEPADA AHLI KELUARGANYA, SEMOGA DIA DI TEMPATKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN.
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA RAIQ ATAS PEMERGIAN IBUNDA TERCINTA.
AL - FATIHAH.
‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS
YAYASAN PAKSI ALOR SETAR
RUJUKAN :
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/108973642503531/POSTS/4440258142708371/
#ALFATIHAH #TAKZIAH
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#DARULHADIS #MAAHADDARULHADIS
#YAYASANPAKSI