ALHAMDULILLAH SELESAI USRAH KAKITANGAN PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS BAGI BULAN FEBRUARI 2023. USRAH KALI INI MERUNGKAI AYAT 67 DI DALAM SURAH AZ-ZUKHRUF :
"PADA HARI ITU SAHABAT-SAHABAT KARIB: SETENGAHNYA AKAN MENJADI MUSUH KEPADA SETENGAHNYA YANG LAIN, KECUALI ORANG-ORANG YANG PERSAHABATANNYA BERDASARKAN TAQWA (IMAN DAN AMAL SOLEH)."
PERHATIKAN DENGAN SIAPA ENGKAU BERSAHABAT.
"SAHABAT (KAWAN) ADALAH SALAH SATU SEBAB PENENTU DALAM MENJALANI KEHIDUPAN. SAHABAT MEMILIKI PENGARUH YANG BESAR SEKALI DALAM KEHIDUPAN KITA. SAHABAT BUKAN SAHAJA BOLEH MEMPENGARUHI KEHIDUPAN KITA, BAHKAN AGAMA KITA. MAKA JANGAN TERSALAH PILIH DALAM MENCARI SAHABAT APALAGI SAHABAT KARIB.
RASULULLAH صلى الله عليه و سلم BERSABDA,
المرء على دين خليله فلينظر احدكم من يخالل.
"SESEORANG ITU DIATAS AGAMA SAHABAT KARIBNYA. MAKA HENDAKLAH SALAH SEORANG DI ANTARA KALIAN MELIHAT SIAPAKAH YANG KALIAN JADIKAN SAHABAT KARIB."
(IMAM ABU DAWUD, 2573 - IMAM AT-TIRMIDZI, 2378).
CARILAH SAHABAT ITU KERANA "AKHIRATNYA" BUKAN KERANA "DUNIANYA."
#USRAHDARULHADIS
#DARULHADIS
#PUSATPENGAJIANDARULHADIS
#YAYASANPAKSI
#STAFDARULHADIS
#GURUDARULHADIS