https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH039_1735784901.jpg

TERIMA KASIH DI ATAS SUMBANGAN WAKAF KITAB PELAJAR DARUL HADIS 2025

PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS (PPDH) INGIN MENZAHIRKAN RASA PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PARA PENYUMBANG/PEWAKAF SERTA TUAN/PUAN YANG MEMBANTU DALAM MENYEBARKAN IKLAN WAKAF KITAB PELAJAR DARUL HADIS 2025 INI. 

(DIKEMASKINI 2 JANUARI 2025 - 9.00 PAGI)

SEMOGA ALLAH SWT MENERIMA AMAL KEBAIKAN INI SEBAGAI SAHAM AKHIRAT KITA DAN JUGA MENJADI ASBAB KITA PEROLEH JALAN KE SYURGA.AMIIN...🤲🏻

------------------------------------------------------------
INFAQ/WAKAF/ZAKAT YANG MASIH DIBUKA:

1️⃣ WAKAF PENGHAWA DINGIN PERPUSTAKAAN KLIK SINI

2️⃣ JOM TUNAIKAN ZAKAT HARTA KLIK SINI

KEMPEN INFAQ ONLINE KLIK SINI

PERTANYAAN, HUBUNGI:
017-5410382 (MUDIR - UST SHAHRIZAN)
019-5512346 (TIMB. MUDIR - UST FIKRI)
011-59638442 (PEGAWAI DANA)

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH039_1735784672.jpg

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU SESI 2025

ALHAMDULILLAH, SESI PENDAFTARAN PELAJAR BARU BAGI TAHUN 2025 TELAH BERJALAN LANCAR. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR YANG TERPILIH UNTUK MENIMBA ILMU DI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS, SERTA PENGHARGAAN SETINGGI-TINGGINYA KEPADA IBU BAPA YANG TELAH MEMBERIKAN SOKONGAN PENUH KEPADA ANAK-ANAK MEREKA.

SEMOGA PERJALANAN ILMU INI MENJADI PERMULAAN YANG PENUH KEBERKATAN DAN KEJAYAAN. KAMI MENDOAKAN AGAR SEMUA PELAJAR DIBERI KEKUATAN, KETABAHAN, DAN KEIKHLASAN DALAM MENUNTUT ILMU DEMI MENCAPAI REDHA ALLAH.

BUAT IBU BAPA, YAKINLAH BAHAWA PENGORBANAN KALIAN ADALAH AMAL JARIAH YANG TIDAK TERNILAI HARGANYA. SEMOGA ANAK-ANAK INI MENJADI PENYEJUK MATA, PEWARIS PERJUANGAN ISLAM, DAN ANAK SOLEH YANG SENTIASA MENDOAKAN KALIAN.

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERDOA:
"YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH URUSAN ANAK-ANAK KAMI DALAM MENUNTUT ILMU. BERIKANLAH MEREKA KEFAHAMAN YANG MENDALAM, AKHLAK YANG MULIA, DAN KEBERKATAN SEPANJANG PERJALANAN MEREKA. JADIKANLAH MEREKA CAHAYA UMMAH YANG MENERANGI DUNIA DENGAN ILMU DAN AMAL MEREKA."

SELAMAT MAJU JAYA BUAT SEMUA PELAJAR BARU!
LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH039_1735633064.jpg

SALAM 1 REJAB 1446H

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ

“ALLAAHUMMA BAARIKLANAA FII RAJAB WA SYAABAN WA BAARIKLANAA FII RAMADAN.”

MAKSUDNYA : “YA ALLAH, BERKATILAH KAMI PADA BULAN REJAB DAN SYABAN SERTA SAMPAIKANLAH KAMI KE BULAN RAMADAN.”

BULAN REJAB ADALAH BULAN MULIA YANG MENJADI PINTU PERSIAPAN MENUJU RAMADAN.

IA MEMBERIKAN PELUANG UNTUK MEMPERBAIKI DIRI, MENINGKATKAN AMAL IBADAH, DAN MEMPERKUAT HUBUNGAN DENGAN ALLAH SEBAGAI PERSEDIAAN MENYAMBUT BULAN PENUH KEBERKATAN IAITU RAMADAN.

MAKA BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH KEPADA ALLAH SWT PADA MALAM INI (1 REJAB) KERANA MALAM PERTAMA BULAN REJAB ADALAH MALAM MUSTAJAB DOA.

MARILAH SAMA-SAMA MEMPERTINGKATKAN AMALAN BAIK DAN SEMOGA ALLAH SWT SENTIASA MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH-NYA DALAM SETIAP AMALAN YANG DILAKUKAN.

آمـــــــــــــــــــــــــــين, آمِّيْنَ آمِّيْنَ يارب العَـــالَمِيْن

 

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH039_1734944400.jpg

JOM TUNAIKAN ZAKAT ANDA DI DARUL HADIS

SUDAHKAH ANDA TUNAIKAN ZAKAT..?! 

”DAN DIRIKANLAH KAMU AKAN SEMBAHYANG SERTA KELUARKANLAH ZAKAT DAN TAATLAH KEPADA RASUL SUPAYA KAMU BEROLEH RAHMAT” (SURAH AN-NUR, AYAT 56)

KAMI MERUPAKAN EJEN KUTIPAN YANG DILANTIK SAH OLEH PIHAK LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK).

NAMA SEKOLAH : PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS
NO. TAULIAH EJEN : ESA 000124

JOM TUNAIKAN ZAKAT DENGAN KAMI:
✅ DAPAT RESIT LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH(LZNK)
✅ DAPAT PELEPASAN CUKAI LHDN DENGAN RESIT LZNK
✅ 42.5%(TERMASUK 5% UPAH AMIL) DARIPADA ZAKAT ANDA AKAN DISALURKAN KE PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS

MENERIMA SEMUA JENIS KUTIPAN ZAKAT HARTA:
▪️ ZAKAT PENDAPATAN
▪️ ZAKAT WANG SIMPANAN
▪️ ZAKAT WANG KWSP
▪️ ZAKAT PERNIAGAAN
▪️ ZAKAT EMAS
▪️ ZAKAT SAHAM
▪️ ZAKAT PADI
▪️ ZAKAT TERNAKAN

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT:
1️⃣ ZAKAT ONLINE (IMBAS KOD QR) ATAU : KLIK SINI

2️⃣ KAUNTER PEJABAT SEKOLAH BERALAMAT:
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS,
KG. TOK KELING, MUKIM DERGA,
05400 ALOR SETAR, KEDAH.

LOKASI PETA SEKOLAH BY GOOGLE MAP : KLIK SINI

RUJUKAN SURAT LANTIKAN EJEN LZNK : KLIK SINI

“ZAKAT MEMBAWA BERKAT”
“SUCIKAN HARTA DENGAN BERZAKAT”

PERTANYAAN, HUBUNGI:
017-5410382 (MUDIR - UST SHAHRIZAN)
019-5512346 (TIMBALAN MUDIR - UST FIKRI)
011-59638442 (PEGAWAI DANA)

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH039_1734924150.jpg

MAJLIS IDUL ILMI DARUL HADIS 2024

LENSA MAJLIS IDUL IIMI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS YAYASAN PAKSI 2024 PADA

TARIKH : 19 DISEMBER 2024 (KHAMIS)
MASA : 10 PAGI

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KESEMUA PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG PERINGKAT TAHFIZ DAN TAFAQQUH FIDDIN SERTA PELAJAR KHATAM 30 JUZUK AL-QURAN.

BERIKUT ADALAH PENERIMA ANUGERAH UTAMA IAITU :
ANUGERAH SYAHADAH NIHAIIYAH 2024 (PELAJAR TAMAT PENGAJIAN)

1 - MUHAMMAD RIDZUAN BIN MOHD JOHARI
2 - MUHAMAD ALIF PUTRA BIN SUHAIDI
3 - MUHAMMAD NASIH ULWAN BIN ROZALI
4 - MUHAMMAD KHAIRIL ASHYRAF BIN KHAIRIL ASWAN
5 - HARITH NAUFAL BIN MOHD FAIZAL
6 - ERISYA FARDEENA BINTI MOHAMAD NAZRI
7 - SARAH SOFFYNA BINTI ZOHIZAM
8 - NUR AFIFI AYUNI BINTI MOHD NIZAM
9 - FAKHRIAH HANIM BINTI HAMDAN

PENERIMA ANUGERAH KHAS MAJLIS IDUL ILMI 2024 :
ANUGERAH AL-HAFIZ TERBAIK

• NURUL 'AINUL MADHIHAH BINTI MOHD FAUZI
ANUGERAH BAHASA ARAB TERBAIK
• MUHAMMAD ALIF PUTRA BIN SUHAIDI
ANUGERAH SAHSIAH TERBAIK
• MUHAMMAD RIDZUAN BIN MOHD JOHARI
ANUGERAH TUNAS HARAPAN
• MUHAMMAD MUAZ BIN MOHD ROSLI
ANUGERAH TOKOH PELAJAR MITHALI
• ERISYA FARDEENA BINTI MOHAMAD NAZRI

LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH039_1734923655.jpg

MAJLIS KHATAM 30 JUZUK AL-QURAN 2024

LENSA MAJLIS KHATAM 30 JUZUK AL-QURAN PELAJAR DARUL HADIS 2024 PADA

TARIKH : 19 DISEMBER 2024 (KHAMIS)
MASA : 9.00 PAGI

ALHAMDULILLAH, SEJARAH TERCIPTA PADA TAHUN INI APABILA DARUL HADIS BERJAYA MELAHIRKAN 28 ORANG PELAJAR AL-HAFIZ/HAFIZAH YANG TERDIRI DARIPADA;

- MUHAMMAD IMRAN BIN MOHD ROSHIDI
- MUHAMMAD IZZUDDIN AL-QASSAM BIN USTAZ SHAHRIZAN HAZIME
- MUHAMMAD AMSYAR BIN MUHAMMAD FAIZAL
- MUHAMMAD AQIL BIN MOHD HANIF
- MUHAMMAD HAIL HADIF BIN MD SHUIB
- AHMAD FATHAN FAHMI BIN MOHD FIRDAUS
- HARITH NAUFAL BIN FAIZAL
- MUHAMMAD ADAM MUKHRIZ BIN SALIM
- AHMAD FATHILLAH BIN MUHAMMAD RIDHUAN
- MUHAMMAD ADAM BIN ABU HASAN
- NURUL 'AINUL MADHIHAH BINTI MOHD FAUZI
- NUR ANISAH BINTI AHMAD NAZRI
- NURUL AIN SOFIA BINTI MOHD ZABIDI
- WAN ALYA BATRISYIA BINTI WAN AZMAN
- SITI NUR BALQIS BINTI ASNUL SANI
- HANNAN HAFIZAH BINTI ROZALI
- NUR SYAMILA BINTI SURFADI
- NUR DAMIA UMMAIRA BINTI ABDULLAH
- DAMIYA MAISARAH BINTI ZULKEPLE
- IZAAN 'ALIYAH BINTI AGUS
- IZAAN 'AISYAH BINTI AGUS
- NUR ASYFA BINTI MOHAMAD ASRI
- NUR ALIA A'WATIF BINTI MAHAZI
- NUR JANNAH BINTI ISHAK
- AMNI DHIA BINTI MOHD ZAHIR
- SITI AISYAH YASMIN BINTI KHAIRUL ANUAR
- ERISYA FARDEENA BINTI MOHAMAD NAZRI
- NURUL IMAN ATHIRAH BINTI MUHAMMAD FAISAL

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA AL-HAFIZ/HAFIZAH YANG TELAH BERJAYA MENAMATKAN KHATAM AL-QURAN.

SEMOGA ILMU YANG DIPEROLEH MENJADI CAHAYA KEHIDUPAN, MEMBIMBING KE ARAH KEBAIKAN DAN MENJADI BEKALAN YANG BERHARGA DI DUNIA SERTA AKHIRAT.

TERUSKAN USAHA MENJAGA DAN MENGAMALKAN AYAT-AYAT SUCI INI AGAR IA MENJADI SYAFAAT DI AKHIRAT KELAK. BARAKALLAHU FIK!"
LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH039_1734922878.jpg

JAMUAN AKHIR TAHUN PELAJAR 2024

LENSA PROGRAM JAMUAN AKHIR TAHUN PELAJAR DARUL HADIS SESI 2024 PADA

TARIKH : 17 DISEMBER 2024 (SELASA)
MASA : 9.00 MALAM

JAMUAN INI CUKUP BERMAKNA KERANA IA MERUPAKAN ACARA TAHUNAN YANG BERTUJUAN MERAIKAN KEBERSAMAAN ANTARA PELAJAR DAN GURU SERTA USAHA PELAJAR SEPANJANG TAHUN. IA JUGA MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA PELAJAR DAN GURU DALAM SUASANA YANG CERIA.

SEMOGA KETEMU PADA TAHUN HADAPAN PADA SESI 2025. IN SYA ALLAH
LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH039_1734922630.jpg

LAWATAN PENANDA ARAS KASAH DI DARUL HADIS

LENSA LAWATAN PENANDA ARAS KOLEJ AGAMA SULTAN ABDUL HALIM (KASAH) KE PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS YAYASAN PAKSI PADA

TARIKH : 17 DISEMBER (SELASA)
MASA : 12.30 TENGAH HARI

PERJUMPAAN BERMAKNA INI BERTUJUAN UNTUK SALING BERKONGSI KAEDAH PENGURUSAN UNIT KOKURIKULUM KASAH KHUSUSNYA TATACARA PENGURUSAN KOPERASI SEKOLAH. DIHUJUNG PERTEMUAN, DARUL HADIS MEMBAWA PIHAK KASAH UNTUK MENZIARAHI KOPERASI WARGA DARUL HADIS BERHAD. TURUT BERSAMA MUDIR MERANGKAP PENGERUSI KOPERASI USTAZ SHAHRIZAN, USTAZ LUQMAN (AHLI LEMBAGA KOPERASI), USTAZ ZAKIYUDDIN (PEGAWAI LOGISTIK KOPERASI) SERTA PN. ATHIRAH (PEMBANTU JUALAN KOPERASI).
LAGI
https://tahfiz.awfatech.com/hadis/content/news/newsf1_DH039_1734509511.jpg

KULIAH DUHA SETIAP HARI RABU

LENSA KULIAH DUHA MINGGUAN YANG DISAMPAIKAN OLEH TUAN MUDIR USTAZ SHAHRIZAN BIN MOHD USTAZ SHAHRIZAN HAZIME

KULIAH DUHA INI DIADAKAN SETIAP HARI RABU PADA PUKUL 9.30 PAGI SETIAP MINGGU DI DEWAN UTAMA KOMPLEKS PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS ADALAH PERCUMA DAN TERBUKA KEPADA SEMUA. PENGAJIAN TADI MEMBICARAKAN KITAB ADABUL MUFRAD (JILID 2)
 
SEMOGA ALLAH MEMBERI GANJARAN PAHALA KEPADA PARA MUHIBBIN ATAS SETIAP DERAPAN LANGKAH KE MAJLIS ILMU INI.

SELESAI NGAJI, JEMAAH YANG HADIR BERPELUANG MEMBELI DAGING SEGAR LEMBU TEMPATAN DENGAN HARGA YANG MURAH RM 25 SEKILO DI DEWAN TERBUKA.

SELAIN ITU, DISEDIAKAN JUGA JAMUAN DENGAN MENU BIHUN GORENG HARI INI BUAT PARA MUHIBBIN DAN PARA PELANGGAN YANG MEMBELI DAGING.
LAGI