


Allahyarham Tuan Guru Haji Rifae' ( 1961 - 2020 )
Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Rifae' Bin Yaakob dan beliau dilahirkan di Kampung Padang, Kuala Pegang, Baling, Kedah.
Mula mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Lanai kemudian beliau melanjutkan pelajarannya ke Pondok Lanai dan mendapat didikan penuh dari Tuan Guru Haji Omar Zuhdi. Selain itu, Tuan Guru juga pernah menuntut ilmu di Pondok Tok Jong, Patani.
Diantara gurunya ialah :
1. Tuan Guru Haji Omar Zuhdi
2. Tuan Guru Haji Salleh Musa
3. Tuan Guru Haji Awang Lanai
4. Tuan Guru Pak Su Yop
5. Tuan Guru Haji Abu Bakar Wara'
6. Tuan Guru Pak Teh Mad Isa Mahang
7. Baba Yeh Tok Jong
Tuan Guru Haji Rifae' pernah berkhidmat sebagai guru di Pondok Lanai selama 20 tahun. Selepas kewafatan Tuan Guru Haji Omar Zuhdi, beliau telah membuka pondok pengajiannya sendiri yang diberi nama Madrasah Zuhdiah yang terletak di Kampung Charok Salang, Parit Panjang, Baling, Kedah pada tahun 1997.
Pada tahun 2019, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah.
Khabar dukacita bagi ummah apabila Tuan Guru Haji Rifae' meninggal dunia pada 12 Oktober 2020 ketika berusia 59 tahun. Jenazahnya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Panjang.
*Sumber - Dari AF Ustaz Atiq Kullah