:
KATA-KATA MASYHUR IMAM ASY-SYAFIE TENTANG KEPENTINGAN MENUNTUT ILMU


"Bila Kamu Tidak Tahan Lelahnya Belajar, Maka Kamu Akan Menanggung Peritnya Kebodohan" - Imam Syafie.

Kata-kata masyhur Imam Syafie tentang kepentingan belajar atau menuntut ilmu ini sangat dekat dengan diri setiap manusia.

Jika kejayaan yang diinginkan, maka penat lelah sepanjang perjalanan belajar ini adalah perkara lumrah yang pasti akan berlaku.

Tiadalah yang disebutkan dengan kejayaan umpama turun dari langit melainkan atas usaha masing-masing.

Begitulah juga untuk mencapai sesuatu, perlukan kepada ilmu yang betul supaya matlamat yang diinginkan akan dapat dicapai.

In shaa Allah ilmu yang betul akan menatijahkan kejayaan yang diinginkan dan segala kepenatan yang dilalui akan terlupakan.

Jadi jika ingin jadi orang yang berjaya, janganlah mengeluh apabila berhadapan dengan cabaran sepanjang menuntut ilmu.
 
Tulisan : Zahiruddin Juatin