:
LARANGAN POTONG KUKU DAN RAMBUT BAGI PESERTA QURBAN


Daripada Ummu Salamah R.Anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

"Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban" (HR Muslim)

Hikmah Larangan Ini:

Imam Nawawi R.A: "Supaya anggota yang terdapat pada badannya(peserta Qurban) itu semuanya akan dibebaskan daripada api neraka"

Sohibus Samahah Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyimpulkan:

"Apabila tiba 1 Zulhijjah, maka disunatkan untuk tidak memotong kuku, rambut serta bulu-bulu yang berada di badan sehingga selesai melakukan ibadah Qurban tersebut. Ini juga adalah pendapat muktamad di dalam mazhab al-Shafie.."

Semoga ianya bermanfaat buat kita semua khusus buat peserta Qurban dan semoga ibadah pada tahun ini meningkatkan keimanan dan cinta kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.