:
SUMBANGAN TETAP BULANAN


Bismillah,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Pusat Pengajian Darul Hadis (PPDH) menawarkan satu platform infaq yang sistematik dan membuka peluang kepada Tuan/Puan yang berhajat menginfaq secara tetap atau berulang-ulang dengan kaedah Auto Debit serendah RM10 setiap bulan(umpama 35 sen sehari) ataupun lebih mengikut ketetapan yang Tuan/Puan ingin infaqkan kepada PPDH. Semoga dengan amalan infaq kita yang istiqamah ini menambahkan iman dan dicintai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW kerana sesungguhnya baginda ada bersabda yang maksudnya:

"Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta'ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit" (HR. Bukhari, No 6465)

Untuk makluman, Infaq Tetap Bulanan ini akan dikendalikan secara sistem digital yang diurus oleh InfaqPay. InfaqPay adalah ejen rasmi kepada Bank Islam Malaysia Berhad(BIMB) di mana InfaqPay menyediakan platform sumbangan berulang-ulang setiap bulan secara Auto Debit dari pelbagai bank(pilihan untuk membuat pemotongan).

INFAQ TETAP BULANAN PPDH AKAN DIMANFAATKAN UNTUK:

1️⃣ Dana Pengurusan & Pentadbiran
>>> Bil Utiliti Bulanan
>>> Bahan Mentah Makanan Pelajar
>>> Majlis Ilmu Darul Hadis

2️⃣ Dana Pembangunan
>>> Fasiliti Para Pelajar dan Warga Kerja Darul Hadis
>>> Fasiliti Sekolah dan Asrama (Infrastruktur)
>>> Penyelenggaraan Fasiliti/Bangunan/Kenderaan Sekolah

3️⃣ Tabung Tajaan Pengajian Pelajar
>>> Anak Yatim
>>> Kurang Mampu
>>> Pelajar Cemerlang

4️⃣ Tabung Kecemasan

 

TUAN/PUAN YANG BERMINAT, SILA IKUTI LANGKAH MUDAH DI BAWAH: 
1️⃣ Klik di sini untuk pendaftaran secara dalam talian (online).

 🎥 Video Tutorial Cara Daftar Online >>> Klik di sini 

2️⃣ Isi maklumat di borang pendaftaran tersebut, baca Terma & Syarat serta ikuti langkah seterusnya sehingga selesai.

 🎥 Video Tutorial Cara Kemaskini/Penutupan (terminate) >>> Klik di sini 

📌 Potongan akan berlaku pada tarikh 2hb,3hb,4hb,5hb atau 22hb,23hb,24hb 25hb,26hb selepas pendaftaran berjaya.
📌 (Sekali Sahaja Permotongan Bulanan Pada Tarikh Tersebut)
📌 Pelbagai Pilihan Bank Untuk Membuat Potongan.

Kami ingin menzahirkan rasa penghargaan di atas kesudian Tuan/Puan memberikan sumbangan secara tetap setiap bulanan. Sesesungguhnya, kelangsungan operasi pengurusan dan pembangunan Darul Hadis adalah juga sebahagiannya bergantung kepada sokongan dan keprihatinan penyumbang seperti Tuan/Puan. Semoga Allah SWT jualah sebaik-baik yang dapat membalas kebaikan Tuan/Puan.

SEBARANG PERTANYAAN, HUBUNGI:
017-5410382 (Mudir - Ust Shahrizan)
019-5512346 (Timb. Mudir - Ust Fikri)
011-59638442 (Pegawai Dana)